Ads

Thursday, January 28, 2010

Steak Fazli Rogers

Hari Ahad lepas, Che Abang mengeluarkan daging dari dalam freezer. Daging tu sebenarnya daging korban raya haji lepas. Dia kata nak panggang daging tu.Jom tengok macamana kami buat beef steak ni.



Bahan-bahan steak daging:

600gm daging ( biarkan lemak-lemak yang ada)
dua sudu lada hitam kasar
2 biji limau nipis (ambil air perahan)
2 sudu minyak masak (ganti minyak zaitun)
garam dan gula secukup rasa
2 sudu herba thymes ( kalau ada)
Campurkan semua bahan tadi dengan daging tu. Tutup dan simpan dalam peti sejuk. Che Mid perap dalam 2 jam je.
Kemudian panggang daging dalam oven pada suhu 180 selama 1 jam setengah. Daging tu Che Mid saja biarkan ketulan besar sebab taknak jus daging tu cepat hilang. Dah agak dah.. Che Abang tak konfiden berapa lama nak bakar.. silap-silap overcook nanti!!


Daging dah sedia untuk dipanggang. Biasalah bab guna oven ni, Che Abang punya tugas. Dia yang tunggu dan lepas tu... kena bersihkan oven tau!!



Inilah rupanya steak yang baru diangkat dari oven.

Selain dari daging, Ayan dah siapkan kentang goreng, hirisan timun dan tomato. Sos pula kami gunakan dressing thousand island, brown sauce dan mayonaise. Ready made, cuma brown sauce tu kena bancuh dengan air suam dulu.



Daging yang telah dihiris. Kalau ikut Che Mid, daging ni dah terlebih masak sedikit tapi Che Abang kata ok.



Ayan tengah goreng kentang




Dah siap steak Fazli Rogers. He he.. Kenny Rogers pun takde steak tau.. Brown sauce dituang atas steak dan thousand island pula untuk salad.



Nampak sedap!!  Kami makan dengan tangan je.. tak payah berpisau bergarfu, sebab daging tu dah dipotong-potong.


Resepi steak ni Che Mid dapat dari channel Astro AFC. Selalu tengok TV jadi Che Mid agak-agaklah resepi tu. Rasanya sedap juga.. sedang elok untuk kami 5 beranak makan. Cubalah!!

6 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Wah! Mak Yong ni...sedappppnyer...insyaallah nnt nak cuba gak..nyum nyum nyum

Rodong Blogger said...

Koi lapor weh....

che mid said...

Che Adnaz oii... mak yong pun nak makan gak.. lagi teruk selero mak yong ni tau.segala benda lalu depan mata pun nak.. he he

che mid said...

Cik Rodong, moh kita balik kampung, bakar daging ramai-ramai nok!!

Roszana said...

Mid, next time kita ber"Roger" di TBD je la ye....
jimat ongkosnya...
Aku ternanti2 sms ko...ANA, AKU DAH SELAMAT BERSALIN BABY....

che mid said...

Ana, aku yang membawak perut ni lagi tak saba-saba nak keluarkan.. kalaulah boleh main tekan je..keluar.. he he. Takpe, Allah masih nak bagi aku pahala jihad lagi, selagi tak bersalin, aku redho je..