Ads

Saturday, March 20, 2010

Betik Muda Tumis

Kali ni Che Mid nak kongsi masakan tradisi keluarga bonda Che Mid iaitu betik muda tumis. Betik muda yang biasa digunakan tu yang dah nak masak tapi masih keras lagi. Yang Che Mid beli baru ni, masih hijau keputihan lagi, tak berapa berseri dan kurang manis.

Bahan-bahannya :

Sebiji betik muda disagat
1 cawan santan pekat
8 biji cili padi dimayang
1 biji bawang besar dimayang
2 biji bawang putih dimayang
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
Garam secukup rasa

Tumis bahan yang dimayang, masukkan belacan dan ikan bilis. Lepas tu, masukkan garam dan betik. Kacau dan biarkan hingga empuk. Masukkan sedikit air kalau takut hangus. Akhir sekali masukkan santan pekat. Bila mendidih tu kira dah masak dah. Rasanya ada pedas dan lemak campur manis buah.






















No comments: