Ads

Tuesday, March 16, 2010

Tampal Koyok di Mesin Basuh

Che Abang Che Mid tu kan... muka garang bukan main.. Tapi kalau nak tau dia paling 'kalah' dengan bau-bau minyak angin atau yang sewaktu dengannya. Pada dia bau minyak jenis tu busuk sangat, kalau tengah pening boleh jadi migrain terus. Jadi dalam kehidupan kami memang tak pernah simpan stok minyak geliga ke, minyak urut ke, minyak chap kapak ke kecuali minyak telon dan vicks vaporub. Itupun sebab ada baby dan anak kecik. Dalam kereta pun adalah tempat larangan untuk minyak angin.

Kalau sakit kepala atau pening, makan ubat jelah yang bolehnya. Kalau Che Mid nak berurut badan, mesti kena mandi lepas tu. Tikar untuk lapik berurut tu kena cuci, dan lantai tempat berurut kena mop cepat-cepat sebelum dia balik ke rumah.

Baru-baru nikan, Che Abang asyik mengadu sakit pinggang. Bila pergi jumpa doktor, memanglah dapat ubat makan dan ubat sapu, tapi dia cuma makan ubat je, ubat sapu tak sentuh langsung. Bila ubat dah habis, sakit pun datang balik. Tiba-tiba Che Abang tergerak nak guna koyok. Jadi dia belilah Panaflex.. konon produk terkini di pasaran. Saiz koyok panaflex ni lagi besar dari koyok biasa dan baunya taklah sekuat koyok tu..


Che Midlah tukang tampal pada sebelah malam sebelum tidur. Esok pagi, masa Che Abang nak mandi, dia kata koyok tu dah hilang.. Mana dia suda pigi?.. Takde masa nak mencari sebab bergegas nak pergi kerja, kami pun buat tak reti jelah.

Lewat pagi tu, masa Faris sedang memunggah pakaian dari mesin basuh untuk disidai, tiba-tiba dia menjerit memanggil Che Mid. "Ibu! Apa dalam 'washing machine' ni?". Bila Che Mid tengok, ada satu benda berwarna putih lembik dan melekat-lekat pada pakaian dalam mesin basuh. "Hee.. geli Faris tengok". Rupanya itulah koyok panaflex abahnya. Mungkin terlekat di baju yang dipakai malam semalam dan tercuci sekali. Bila Che Mid sentuh koyok tu, dia dah jadi lembik akibat kena air dan 'spin' dalam mesin tu.

Belum sempat Che Mid terangkan pada Faris apa benda tu sebenarnya, dia dah masukkan cecair pencuci. Mungkin dia ingat benda tu kotor kut, jadi dia cuci pakaian yang dah bersih tu sekali lagi!! Tak dapek den nak nolong dah hei!

3 comments:

Jejaka Desa said...

Dapat koyok berlade ter baru yer.Menggelepor weh...

Roszana said...

Tak pe berkoyok asal, penangan anak kecil....Ohhh Deja....:)

che mid said...

Ana.. tau takpe