Ads

Friday, March 5, 2010

Deeja Tak Cukup Susu??


Gambo hiasan je

Semasa pemerikasaan berkala di Klinik sewaktu mengandung, ibu-ibu selalu diingatkan supaya sedaya upaya memberi susu ibu selepas melahirkan. Lebih-lebih lagi susu kolustrum, iaitu susu yang keluar 3-4 hari pertama kelahiran. Polisi kerajaan pula menyatakan susu ibu sepenuhnya boleh diberi kepada bayi selama enam bulan sebelum diberikan makanan tambahan lain selepas itu.

Che Mid memang berazam untuk memberi susu ibu kepada Deeja. Semangat berkobar-kobar sekali. Semasa di wad pula, ada jururawat yang datang ke katil-katil mengajar ibu-ibu bagaimana menyusukan bayi dengan betul. Pesannya, jangan beri apa-apa selain dari susu ibu. Apatah lagi Che Mid tidak bekerja, lagi beria-ia dia pesan supaya memberi susu ibu sepenuhnya. Tapi lain pula ceritanya apabila Deeja mula menyusu...

Sebaik dilahirkan memang Deeja pandai menghisap susu. Che Mid tak payah nak paksa-paksa dia menyusu.
Ceh.. Che Mid konfiden habislah yang Deeja memang boleh menyusu. Dan Che Mid tak beli susu tin 'standby' sekiranya Deeja tak boleh menyusu badan. Tapi macamanapun, kami beli juga botol susu saiz kecil, mana tau terpaksa bagi baby air kosong. Sebab Che Mid ingat dulu pernah bagi Ayan minum air kosong dengan buah kundur sebagai petua elak sakit kuning.

Pada hari kedua, Deeja kena masuk wad sebab kena demam kuning. Sepanjang hari Deeja asyik nak menyusu je. Sikit-sikit nak susu, kalau tak dia akan merengek atau menangis. Kalau Deeja tidur pun tak lama dah terjaga. Ketika dalam perjalanan ke hospital, Che Mid kena sentiasa susukan dia, sampaikan turun dari kereta pun tak boleh lepas susu badan. Anggapan Che Mid, Deeja memang kuat susu, tak macam abang dan kakak dia dulu. Dahlah macam tu, Deeja suka 'bergayut' pada susu badan. Orang Jawa kata 'ngempeng'.

Bila tiba di wad, misi suruh letak Deeja di bawah lampu. Che Mid dah risau, sebab Deeja tak boleh lepas dari puting susu. Jadi Che Mid bagi dia minum air sejuk dengan botol susu., bila air kosong tu dah habis, Che Mid biarkan dia hisap botol kosong. Bila misi nampak, dia tak bagi. Dia kata tak elok baby sakit kuning diberi air kosong. Lebih baik bagi puting kosong dari botol kosong. Che Mid tak plan nak beli puting pun, sebab anak-anak memang tak dibiasakan dengan puting, takut jongang pulak nanti...

Deeja asyik nangis je, misi kata,"Kak, dia lapar kut.." Che Mid jawab, " Dia asyik menyusu je dari tadi, takkan lapar .." Kemudian misi tu pun bagi dia susu hospital ... langsung Deeja hisap macam tak pernah jumpa susu!! La.. anak aku ni tak cukup susu rupanya!! Bila dah habis susu tu, barulah Deeja tak merengek lagi.

Keesokkan hari, lepas Deeja balik dari hospital, abahnya belikan susu S26. Kalau agak-agak Deeja tak cukup susu, kami akan beri susu formula tu. Barulah dia dapat tidur lena. Jiran yang datang menziarah, ada yang bagi tau, kadang-kadang sampai 2 minggu, baru 'bekalan' susu badan tu cukup, sebab saluran susu kita belum semuanya 'jadi'. Ohh.. macam tu ke, awat misi tak habaq awai-awai? Naya baby aku..

La ni dah sampai sebulan. susu tak cukup-cukup gak lagi.. Dah naik jemu makan lobak putih, susu tak cukup gak.. dan anak dara kecik ni pulak, memang kuat susu pun. Che Mid bagi tau doktor pasal tu masa check up kelmarin, dan tanya ada tak ubat ke apa ke untuk banyakkan air susu. Doktor pun prescribe satu ubat dan makan 3 kali satu hari. Sejak semalam, Deeja dah tak merengek dan Che Mid tak bagi dah susu S26 tu lagi.

Pengajarannya - Dari pengalaman Che Mid kan, misi-misi kenalah realistik la sikit bila kempen kat kita pasal menyusu badan ni. Kenalah bagi tau kemungkinan susu tak cukup dan mungkin kena tambah sikit dengan susu formula. Jangan dok beria sangat nak suruh bagi susu badan, tak pasal-pasal, baby kelaparan pulak. Che Mid ada juga dengar, yang ada ibu-ibu kehabisan 'stok' tak lama lepas bersalin. Harap-harap Che Mid tak macam tu la kan.

Kepada ibu-ibu yang memang banyak susu badan, susukan bayi anda selama yang boleh. Itu rezeki Allah bagi untuk baby, kita jangan pandai-pandai 'decide' untuk 'deny' hak baby tu. Lu fikirlah sendiri..  





No comments: