Ads

Thursday, July 29, 2010

Semangat Mazli Bawa Kemenangan

Minggu ni Che Mid slow melow sangat sebab tak berapa sihat. Tapi hari Ahad lepas ada pertandingan futsal peringkat taman Che Mid. Jadi kami pergi jenguk kejap sebelum makan tengahari kat luar. Tukang masak MC laa..

Kalau anda masih ingat dalam entri yang lepas, Che Mid ada cerita tentang arwah Mazli meninggal tidak lama selepas mengadakan mesyuarat futsal dengan anak-anak Jalan Muafakat 3. Jadi budak-budak ni berazam sangat nak menang untuk menunaikan hajat dan harapan arwah. Tempat Mazli digantikan oleh Zamri sebagai pengurus pasukan.

Masa kami sampai tu, dah sampai peringkat akhir. Jalan Muafakat 3 (pasukan Che Mid) hantar 3 pasukan iaitu pasukan remaja lelaki, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki. Semua pasukan dapat masuk final. Gambar atas ni, pasukan kanak-kanak perempuan selepas perlawanan. Kalah 3-2. Naib johan pun ok kan!! Tahniah!!



Pasukan Muafakat 3 berjersi merah menentang pasukan Muafakat 2. Kami kalah juga 2-1. Budak-budak ni kecewa sangat tak dapat jadi johan sekaligus gagal menunaikan amanat arwah Mazli supaya menang.



YESS!! Team kanak-kanak johan!! Bergambar bersama Rashid (baju merah) dan Zamri (baju putih). Petang tu, acik Zamri makan belanja KFC. Best nya!!. Kelakar tengok budak-budak tu pakai jersi orang besar.. Tengok Ammar tu (gambar kanan).. pakai baju besar, seluar pulak ternaik sampai ke lutut..



Ramai warga Muafakat 3 turun beri sokongan pada anak-anak. Termasuk (dari kiri), Che Mid, Nor, Lina dan Rashid yang tak henti-henti nak main dengan Deeja


Che Mid tak lepas peluang berposing dengan anak-anak arwah Mazli yang bersemangat tinggi - Diana (kakak) dan Nadia. Yang pasti, acara hari ini mengingatkan kami pada arwah Mazli.  Pemain turun dengan penuh semangat dan para bapa turut datang memberi sokongan moral.

Memang Muafakat 3 sentiasa muafakat dari dulu, kini dan selamanya!!

Tuesday, July 20, 2010

Iktibar dari Pemergian Mazli

Alhamdulillah, sehingga ke hari semalam kami jiran-jiran tak putus-putus dengan majlis tahlil untuk arwah. Tiga malam di surau kami, kemudian di sambung oleh muslimat yang kebetulan mengadakan majlis di rumah mereka.

Che Mid sempat menghubungi balu arwah di kampung, dia kata dia ok anak-anak pun ok. Tapi anak-anaknya tidak boleh tidur malam, asyik merengek teringatkan arwah. Dalam esak tangisnya, Ita berkirim salam dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada jiran dan sahabat. Che Mid berjanji akan menjenguknya selepas dia pulang dari kampung nanti.

Iktibar yang Che Mid pelajari dari episod pemergian Mazli ialah pentingnya menjaga silaturrahim dengan jiran-jiran. Memanglah kita kena berbaik-baik dengan keluarga di kampung dan rakan sekerja tetapi jangan sesekali kita menganggap jiran itu tidak penting. Ada orang yang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran sendiri walau hidup berkongsi dinding dan pagar. Kerana, dalam waktu terdesak dan kecemasan, jiran adalah orang yang paling cepat dan dekat sekali untuk membantu tanpa mengira waktu. Kan Nabi dah kata, 40 rumah jiran kita adalah saudara kita..



Friday, July 16, 2010

Muafakat 3 Sepi Tanpa Mu MAZLI

Che Mid tinggal di Jalan Muafakat 3. Ada kira-kira 20 keluarga Melayu di Jalan Muafakat 3 ni termasuk adik beradik Che Mid sekali. Hubungan kekeluargaan diantara kami sangat rapat dan baik. Kami sering kali juga berkumpul, masak-masak dan bergurau senda bersama.

Salah satu keluarga yang ada di sini ialah En Mazli bin Mohamad, 36 tahun. Dia ni terkenal dengan sikapnya yang ramah dan sangat mesra dengan jiran. Dah macam adik beradik. Pantang berjumpa ada saja yang nak disakat dan diusiknya. Kalau ada makan-makan, dialah yang akan jadi MC. Memang kecoh majlis dibuatnya.

Mazli sedang sibuk memeriksa PA sistem dan set karaoke masa rumah terbuka Muafakat 3 tahun 2008.

Dikalangan kami dia menggelarkan dirinya adik bongsu kerana paling muda sekali. Suami Che Mid jadi Abang Long. Ada yang dipanggil Abang Ngah.

Mazli menang cabutan bertuah. Sedang menerimanya dari Pak Iman Thaifor.


Tarik tali. Muafakat 3 menang lawan lorong lain taman kami.

Kalau ada sukan-sukan di padang dia tak miss dari ikut serta.  Dia akan sms kami untuk masuk acara yang ada dan pukul berapa berkumpul di padang. Masa cuti sekolah hari tu, dia cadangkan nak pergi mencandat sotong, tapi entah macam mana tak jadi pulak..


Happy go lucky dan tak berkira.

Dikalangan budak-budak pulak, Mazli disenangi kerana selalu jadi coach dan pengurus bola sepak atau futsal. Selalu juga menang kat sana sini.

SELASA, 13 JULAI 2010, LEPAS MAGHRIB...

Mazli sibuk panggil anak-anak remaja datang ke rumah sebab nak bincang pasal tonemen futsal bulan depan. Kali ni Mazli nak buat pasukan futsal lelaki dan perempuan. Lepas Maghrib, mereka pun meeting. Mazli pesan pada anak-anak pastikan menang nanti.

Kira-kira jam 10.00 malam, kami dikejutkan dengan berita...

MAZLI MENINGGAL!!!

Siapa yang percaya? Budak tu baru berumur 36 tahun dan sihat lagi. Tak dengar cerita dia sakit pun!. Baru tadi dia meeting dengan budak-budak ....


Adik Lina dan Khairul

Pasangan Khairul dan Adik Lina pernah bekerja satu ofis dengan Mazli dulu. Lepas tu duduk berjiran sebelah rumah pulak. Bayangkanlah betapa rapatnya mereka. Semasa Mazli tenat, Adik Lina adalah orang pertama yang dipanggil untuk membantu. Khairul takde di rumah kerana bekerja shif petang di KLIA.

Adik Nor

 Anak Mazli yang berumur 10 tahun, Diana, berlari memanggil Adik Nor supaya menjenguk Babahnya. Nor, suami dan anak-anak bergegas ke rumah Mazli. berada di sisi Mazli di saat-saat akhir hayatnya. Emak dan abah Che Mid, Cikgu Jamil dan seorang rakan Mazli juga dipanggil dan sempat mengajar Mazli mengucap.

Selepas beberapa lama nazak, Mazli kelihatan tenang dan meminta anak-anaknya untuk datang dekat dan meminta maaf. Isterinya Ita, hanya mampu menangis, juga sempat memohon ampun dari suaminya. Beberapa saat selepas tu, Mazli menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10 malam. Innalillawainnailahirojiun.

Kediaman Mazli terus dibanjiri ziarah terakhir jiran se taman, rakan sekerja Mazli dan Ita juga  saudara mara. Rata-rata semuanya mempamerkan wajah terkejut dan tidak percaya terutama Khairul yang bergegas dari KLIA. Khairul kata, Mazli tadi baru call nak pinjam beg besar sebab  nak bawa isteri dan anak-anak bercuti ke Sabah esok. Rupanya......dia bercuti sendirian dan tak akan pulang lagi. 

Kira-kira jam menghampiri 3.00 pagi, selepas dimandi, dikapan dan disembahyangkan di surau al-Faizin, jenazahnya di bawa ke rumah ibunya di Parit Buntar, Perak. Tiba di sana kira-kira jam 8.30 pagi dan disemadikan pada jam 11.30 pagi. Khairul dan Cikgu Jamil sekeluarga termasuk emak dan abah ikut serta mengiringi jenazah ke tempat persemadiannya.



Mazli sekeluarga. Gambar diambil ketika rumah terbuka Muafakat 3 tahun 2008

Isterinya, Ita kehilangan suami tercinta dan anak-anak kecilnya kehilangan Babah tersayang. Kami kehilangan jiran, kawan dan seorang adik yang baik. Damailah di sana. Semoga Allah swt  mencucuri rahmat ke atasmu MAZLI BIN MOHAMAD. AL- FATIHAH 


Tuesday, July 6, 2010

Sayang ibu

Kisah benar ni Che Mid tertengok dan terdengar sendiri ketika jalan-jalan di Tesko, Setia Alam. Ada satu keluarga ni, sedang shoping di bahagian sayuran dan buah-buahan. Si ibu sibuk konsentret pilih sayur. Dua anak lelakinya berusia lebih kurang 8-10 tahun ada sekali kat situ. Si ayah mendokong adik yang kecil agak jauh dari tempat tu. Che Mid pulak melalui kawasan yang sama.

Anak lelaki yang besar sikit : Ibu, baby mana? (mungkin dia tak perasan yang si ayah tengah dukung siadik).

Ibu       : (Emm.. buat deeek ajek, tengah khusyuk pilih kobis)

Anak lelaki : IBU BABY MANA? ( Makin kuat suaranya )

Ibu      : (Masih tak menyahut pertanyaan anak... pandang pun tak).

Anak lelaki : Ibu!.. Ibu!.. (Sambil memegang hujung baju ibunya).

Ibu     : (Masih buat-buat tak dengar.. hai pekak ke ape mak ni...)

Akhirnya si anak yang agaknya geram dengan kesenyapan ibunya...

Anak lelaki : IBU..IBU..ENGKAULAH RATU HATIKU (menyanyilah dia dengan sekuat hati.)

Adik lelaki yang tadi cuma diam je, pun join sekali nyanyi lagu ibu dengan si abang. Maka meriahlah Tesko pada petang itu.

Masa diaorang nyanyi tu.. Che Mid dah semakin jauh dari famili tu.. kalau dekat lagi, endak jugak tengok macamana air muka ibu dia.. keh keh keh.. Apa pun, bagus jugalah anak-anak dia tu.. boleh nyanyi untuk ibu dekat pablik area..







Friday, July 2, 2010

Kerja Amal untuk Larut

Hampir seratus kampit beras berjaya dikumpul

Selepas Che Mid dari bercuti ke Johor tempoh hari, Che Mid didatangi oleh Cik Jah yang bagi tau tentang pengumuman Ketua Kampung di surau kami meminta sumbangan dari penduduk taman yang akan disedekahkan kepada fakir dan miskin di daerah Larut, Perak pada 25 Jun lepas.  Bila Che Mid hubungi Tok Ketua , dia kata tak nak banyak... sekadar memenuhkan kereta Unsernya saja.

Mihun pun boleh tahan juga

Tapi, untuk memberi peluang kepada semua penduduk taman, Che Mid mewakili muslimat surau pun mengedarkan pekeliling meminta penduduk menyumbang makanan, barangan kebersihan diri dan lain-lain yang dianggap perlu. Alhamdulillah, banyak juga sumbangan yang diterima... hasilnya bukan saja Unser.. LORI terpaksa digunakan untuk menghantar barangan sumbangan kami ini. Terbukti lagi yang warga Dato' Bandar memang pemurah.. alhamdulillah dan syukran very much.

Pakaian terpakai yang dah siap dipek dan disil. Che Mid derma pakaian baby. Lebihan baju Deeja dan juga kiriman dari biras, Ayu. Che Mid tambah dengan botol susu, bedak Pureen dan lampin baru. Insyaallah, lengkap untuk baby yang baru lahir.

Zie, Kak Idah dan Cik Nah sedang membungkus sumbangan di surau kami. Masa tu hujan di luar.

Cik Jah dan Baiti sedang memasukkan gula ke dalam kotak. Paket gula tu terpaksa ditulis dengan perkataan 'gula' sebab rupa dan warnanya macam garam... takut penerima nanti konfius..

Ini sumbangan istimewa dari Che Mid dan gang - barangan kebersihan diri berupa sabun mandi, shampu, ubat gigi, berus gigi (3 batang), sabun basuh buku, sikat dan bedak. Kami pek jadikan set untuk saiz famili. Sehari sebelum tu kami beli belah di Mydin Klang.

Bergambar ramai sebelum balik.. Acik (muka separuh) dah nak balik sangat..

Tok Bilal dan Tok Ketua Kampung jadi mandur terhormat.

Sikecik ni pun mandur terhormat gak... Deeja baik tak meragam tengok ibu buat kerja. Ikut Mak Ngah kejap ya sayang!!