Ads

Tuesday, July 20, 2010

Iktibar dari Pemergian Mazli

Alhamdulillah, sehingga ke hari semalam kami jiran-jiran tak putus-putus dengan majlis tahlil untuk arwah. Tiga malam di surau kami, kemudian di sambung oleh muslimat yang kebetulan mengadakan majlis di rumah mereka.

Che Mid sempat menghubungi balu arwah di kampung, dia kata dia ok anak-anak pun ok. Tapi anak-anaknya tidak boleh tidur malam, asyik merengek teringatkan arwah. Dalam esak tangisnya, Ita berkirim salam dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada jiran dan sahabat. Che Mid berjanji akan menjenguknya selepas dia pulang dari kampung nanti.

Iktibar yang Che Mid pelajari dari episod pemergian Mazli ialah pentingnya menjaga silaturrahim dengan jiran-jiran. Memanglah kita kena berbaik-baik dengan keluarga di kampung dan rakan sekerja tetapi jangan sesekali kita menganggap jiran itu tidak penting. Ada orang yang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran sendiri walau hidup berkongsi dinding dan pagar. Kerana, dalam waktu terdesak dan kecemasan, jiran adalah orang yang paling cepat dan dekat sekali untuk membantu tanpa mengira waktu. Kan Nabi dah kata, 40 rumah jiran kita adalah saudara kita..



9 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid,

Thanks atas ingatanmu tentang JIRAN. Insyaallah jiran-2 kat taman kita ni, baik-2.

indahhouse said...

salam che mid,
apa khabar? saya datang menjenguk. Al Fatihah buat arwah Mazli. Saya pun turut terharu. Ramainya org sayangkan dia. Moga rohnya ditempatkan di kalangan para Solihin...

piewahid said...

semoga allahyarham ditempatkan di sisi org2 yg beriman.

sesungguhnya benar peringatan che mid

Jejaka Desa said...

Al Fatihah..

Che Mid said...

Adnaz, kita beruntung sebenarnya Allah beri kita tinggal di TDb ni kan..

Che Mid said...

Indah & Piewahid - Amin, hendaknya kita pun begitu juga nanti

sweetie2010.blogspot said...

Salam Che Mid

semoga Roh Arwah (Mazli)ditempatkan dikalangan orang yang beriman

norliza_osman said...

Salam,
terima kasih Che Mid sebab mengingatkan..

Che Mid said...

Sama-sama Liza