Ads

Saturday, June 11, 2011

Aku Penghidap Athritis

Kejadian ini dah agak lama, sengaja Che Mid tak cerita awal-awal sebab baru bulan Februari lepas Che Mid menjalani pembedahan tonsil dan sinus. Rasa tak syok pulak nak kongsi kisah sedih je. Tapi kali ini oklah.. boleh borak pasal athritis. Lepas ni Che Mid bahasakan diri 'aku'.

Dua minggu selepas pembedahan dan doktor mengesahkan aku benar-benar sihat dan bebas dari tonsil. Tekakku masih 'meragam' kerana ada jangkitan dan doktor masih terus memberi antibiotik tapi itu bukan masalah lagi. Suami yang sedia sibuk kembali fokus pada tugasannya setelah bercuti panjang menjagaku di hospital dan urusan temujanji dengan doktor.

Suatu hari di hujung minggu, kami berjalan-jalan di Pantai Merdeka. Aku merasa aneh di bahagian kepala lutut. Tiba-tiba rasa sakit bila membengkokkan kaki. Tiba di rumah, rasa sakit semakin bertambah terutama bila aku bersolat. Bila solat Isya', aku terpaksa solat duduk!! Kalau rakaat pertama aku berdiri, aku tak mampu bangun untuk rakaat kedua.

Keesokkan pagi, aku mengadu pada suami tentang rasa sakit tu tapi suami buat tak endah saja. Mungkin baru sangat 'berhabis' masa dan emosi dengan sakit aku sebelum ni, dia dah tak nak fikir sangat kut. Memang kasihankan suami api aku semakin sedih dan rasa sakit semakin kuat. Semalam aku boleh berjalan-jalan tapi hari ini aku tak boleh solat berdiri! Ya Allah apa dah jadi! Adakah ia mungkin kesan pada ubatan yang aku makan...!

Suami langsung tak mengajakku ke klinik. Hari Isnin pagi, aku gagahkan diri memandu ke klinik. Bila diperiksa, doktor agak terkejut bila aku kata aku solat sambil duduk. " Puan ni muda lagi... takkan teruk sekali sakitnya". Aku terus mendesak doktor memberitahu aku apa penyakitku.



Ya, doktor kata aku mengidap 'athritis' atau lebih tepatnya 'osteoathritis' - sejenis penyakit sendi-sendi terutama pada lutut akibat dari tulang rawan yang haus. Memang terkejut sangat.  Seterusnya doktor menjelaskan bahawa athritis ini ada beberapa jenis. Ada yang cepat sembuh sepenuhnya dan ada yang bergantung kepada ubat sepanjang hayat. 


Aku dah terbayang nanti jari jemariku akan berbenjol-benjol dan membengkok. Terbayangkan emak dan nenekku masih sihat dan 'ligat' ke sana sini diusia emas mereka dan aku tak pernah dengar pun mereka sakit lutut!

Doktor bekalkan aku dengan ubatan untuk seminggu. Ubat tahan sakit yang kuat membantu melegakan rasa sakit hampir serta merta, namun selepas seminggu sakitku masih tak berubah. Bila ubat tahan sakit dah habis, lututku sakit semula. Aku semakin tertekan. Sakit tonsil dan resdungku baru saja sembuh, kini penyakit baru menjengah pula. Atas sejadah aku mengadu yang aku dah tak boleh solat dengan sempurna, aku tak tunai haji lagi... ada banyak benda di dunia ni aku nak buat lagi Ya Allah! Tapi aku dah dapat penyakit macam ni... aku tambah tak keruan bila aku ingat Deeja, baby kecik yang perlukan sepenuh perhatian dari ibunya. Nak memandikan pun payah, mendokong apatah lagi. Airmata jua menjadi teman setia.

Ubat bancuh yang sangat berkesan

Kunjungan kedua ke klinik, doktor hairan kerana aku masih belum sembuh. Faktor umur (aku masuk 45 tahun) adalah masih muda untuk menghidap penyakit ini secara serius. Kemudian aku dibekalkan dengan ubat  bancuh dos tinggi selama 2 minggu. Alhamdulillah, rasa sakit semakin berkurangan dari hari ke hari. Aku sudah boleh solat seperti biasa dan juga yakin untuk memandu sendirian.

Selepas 2 minggu aku terus mengambil ubat tapi kali ini aku beli di farmasi. Sehingga hari ini aku masih berterusan mengambil glucosomine untuk membentuk semula tisu 'cartilage' dan chondroitin bagi menambah cairan 'cartilage' untuk sekurang-kurangnya 4 bulan lagi.

Ini ubat yang dibeli di farmasi kalau tak salah berasaskan sumber laut. Harga pun boleh tahan mahalnya, dimakan 3 kali sehari.

Ubat produk Bio-life keluaran tempatan ini murah sedikit dan lebih serasi nampaknya.

Aku bersyukur sangat kerana boleh solat dan membuat aktiviti biasa semula. Sakit masih terasa namun aku berdoa supaya satu hari nanti akan benar-benar sembuh. Allah telah menarik nikmat pendengaran sekejap dan kini menarik nikmat pergerakan kaki pula. Walaupun sekejap namun aku sedar bahawa kita ini terlalu lemah. Tidak ada istilah tua baru ditarik nikmat. Bila-bila masa saja - apa-apa saja boleh berlaku. Kun Faya Kun. Subhanallah!!


22 comments:

Granny Hani said...

tabah lah hadapi masa sakit ni..insyaAllah setiap penyakit ada ubat..takes time to heal.
Akak pun lately jln terhinjut2 sbb sakit tumit..I know how u feel dear.

azieazah said...

Saya baca pun rasa terkejut. Apapun sangat bersimpati dgn keadaan kesihatan CHE MID tu.

Kita hampir sebaya. Nampaknya penyakit itu tidak kira muda tua.

Semoga segala ikhtiar dan usaha memberikan hasil. Kesihatan penting kerana kita diperlukan oleh keluarga, terutama anak-anak.

Kuatkan semangat, terutama bila tengok muka anak.


Aku Teringin Nak Join Rewang...

suri solehah said...

bila habis baca mcm tak tahu nk cakap apa...berat rasa kepala..tapi..apa2 hal pun moga cik mid..tetap sabar menghadapinya dua benda yg berturut2 tu...

Che Mid said...

hani - t kasih atas sokongan. Sakit tumit pun bahaya juga tu, setahu che mid sakit tumit adalah petanda kepada sakit lain. Tapi tulah, kita ni selagi boleh tanggung sakit tu tahan jelah..eh.. Hani bahasakan diri akak.. betulke lebih tua entah2 che mid kut jeng3x..

Che Mid said...

aziezahkusayang, memang betul apa yang Azie cakap tu. Kita ni pulak jenis tak nak susahkan orang terutama suami. Rasanya sakit nak mati pun nanti biar tak amenyusahkan orang...

Che Mid said...

suri - tu sebab sengaja lambat2 buat entri ni.. ramai baru ucap simpati lepas operation hari tu, habis belas ribu pulak tu (walaupun insuran tanggung) tapi kalau nak buat tak tau penyakit ni tak boleh juga.. takut tak boleh berjalan langsung.. Ya Allah.. permudahkanlah kesembuhanku..

Kak Imun said...

Salam, che mid. Dugaan akan kita hadapi bila2 masa saja. Kadang2 kesulitan akan membuatkan kita amat menghargai kehidupan ini.

Kak pun selalu mengalaminya. Semoga cepat sembuh, che mid.....:)

Kakzakie Purvit said...

Memang benar kalau usia setelah bersara adalah logiknya tapi itulah kalau ujian Allah nak bagi sesiapa pun boleh kena.

Kakak doakan moga Che Mid diberi kesabaran yg tinggi dan cepat sembuh. Yg penting tanggungjawab di laksana dan sentiasa pasrah pada Allah...

mama maman aka yana said...

Che Mid, simpati ngan sakit che mid... sabar ye... dugaan sering dtg menguji kekuatan minda dan fikikal.

norliza_osman said...

Sabar lah Chemid, Semua bermasaalah.Semoga Kita sama-sama tabah menghadapi ujian,

aNiS tHe BumbleBee said...

Sabar ye CM..Ujian Allah maksudnya dia sayang kt kita kan..insyallah..kami doakan CM cecepat sembuh key.. :D

~izan~ said...

kesian akak...

mesti rasa seksa kan bila time solat tu..dari duduk nak bgn smula.sbb dulu tok izan pun mcm tu,tp logik la sbb dah tua sgt..akak muda lg kan tuk pnyakit mcm tu...

semoga akak sihat terus selalu...

Sal said...

Salam che mid...sekarang ni sesiapa saja boleh diserang apa juga jenis penyakit, tak kira usia. Kadang2, bukannya kita tak menjaga kesihatan, tapi faktor genetik juga menyumbang beberapa peratus utk seseorang itu menghidap penyakit. Contohnya, saya telah menghidap penyakit hypertension semenjak saya berumur 28 tahun, slps saya melahirkan anak yg ke 2. Setelah membuat pemeriksaan yg menyeluruh pd masa itu, doktor telah mengesahkan saya menghidap penyakit itu adalah disebabkan faktor genetik, iaitu dari Allahyarham ayah saya. Apa2 pun, kita hendaklah bersyukur kpd Allah di atas setiap ujian yg diberikan kpd kita sambil kita terus berusaha utk mengatasinya. Semoga kita menjadi orang yg tabah menghadapi setiap ujianNya. :)

Che Mid said...

Myfrin - menerima hakikat dan redha adalah jalan sebaik-baiknya..

Che Mid said...

kakzakie- menurut pembacaan, biasanya osteoathritis akan dihadapi org yg berumur 60 thn ke atas.. mid takut juga nak membayangkan apa akan jadi 5 - 10 thn akan datang.. ah.. bertongkatkah aku??

Che Mid said...

mamamaman - betul. penyakit yang Allah beri untuk hambanya tak sama antara satu sama lain. Alhamdulillah, sakit ni bukanlah 'life threatening'..

Che Mid said...

Liza, ada orang diberi sakit sebagai ujian... ada orang diuji dengan ujian perasaan kan liza..

Che Mid said...

Anis - Lepas satu-satu dugaan, skrg suami che mid pulak sakit kaki juga, mungkin sakit yang sama...

Che Mid said...

iza - emak akak umur 60an sihat walafiat, nenek akak dah 100 tahun.. masih ke kebun lagi.. memang terkejut sangat akak bila dpt tahu sakit tu sbb keturunan akak tak macam tu..

Che Mid said...

Sal - emm.. mudanya dah kena hypertension.. tulah kan.. lain orang lain sakitnya dan lain dugaannya.. sabar sajalah..

syariza09 said...

berkunjung smula ke n3 ni. selasa lps sy dh singgah & baca n3 ni, tp x sempat nk tinggal jejak.

terkejut bila baca kisah penyakit akk. yer lahh, akk kan baru jer sembuh, now dpt penyakit ni pula. Ini mungkin ujian drpNya...akk teruskanlah ngan ubt2 yg akk mkn tu, & sy doakan akk dpt sembuh sepenuhnya.
Pasl somi akk tu, mungkin masa tu dia igt akk sakit biasa2 jer. tu sebab dia endah tak endah jer tu..maapkan jerlah..now mcm mana? dia dh tahu ke pasal penyakit ni?

Unknown said...

Saya pun mengalami sakit yg sama mcm akak,sakitnya hanya Allah yg tau, semoga sembuh seperti sediakala, amin