.jpg)
Antara program pertama HELWA TDB adalah membentuk pasukan marhaban yang kini aktif memenuhi undangan majlis perkahwinan, cukul jambul dan lain-lain di dalam dan luar taman kami. Bayaran yang dikenakan adalah RM100 untuk dimasukkan ke dalam tabung marhaban. Alhamdulillah setakat hari ini, HELWA TDB sangat aktif dan dikenali ramai oleh penduduk sekitar.
Gambar menunjukkan antara ahli terawal kumpulan marhaban memakai seragam pertama. Sekarang dah ada 4 uniform, bab melawa ni memang kitaorang terer.
Selepas persembahan ketika ceramah Ustazah Bahyah Mahmood. Senyum terpaksa kerana penganjur meletakkan kami di persembahan terakhir, ketika orang mula nak balik dah... jadi, kerusi lebih ramai dari manusia huk..huk..


Selain dari itu, program seperti lawatan sambil belajar, kelas fardhu ain bimbingan ustazah sekerap 2 kali sebulan, program motivasi untuk anak-anak, seminar remaja gemilang dan sebagainya.
Sempat posing beramai-ramai bersama-sama penghuni Pengasih. Sayu rasa meninggalkan mereka di tempat pemulihan yang jauh dari sanak saudara. Bahkan ada yang tidak dijengok langsung oleh keluarga sendiri. 
Berikut pula adalah foto-foto ketika HELWA membuat kutipan pakaian terpakai untuk mangsa tsunami di Acheh yang dihantar melalui Persatuan Bulan Sabit Merah.
Tidak lupa juga bantuan mangsa banjir di Johor di mana kami telah berjaya mengumpul barangan keperluan lebih kurang RM4000 dalam masa 3 hari sahaja. Kali ini, kaum bapa juga turut terlibat dan kami turut mengiringi lori mengangkut barangan ke ABIM, Gombak.

Nak dijadikan cerita, Farah anak saya tu, menderma sepasang selipar untuk budak perempuan, dan telah menyelitkan nota kecil berisi kata-kata semangat dan nombor telefon. Sebulan selepas itu, Farah menerima panggilan dari penerima selipar tersebut yang mengatakan bahawa telah selamat menerima barangan kami dan tak lupa ucapan terima kasih. Subhanallah..Salah seorang suami yang membantu mengangkat kotak-kotak. Berat ooi...
Gambar-gambar seterusnya pulak ialah ketika program khatam Quran dan cukur jambul anak-anak TDB. Meriah yang amat..
Yang ni pulak bebudak tengah bernasyid untuk pembukaan. Mahal tudung tu..
Para pembawa bunga rampai dan bunga telur mengiringi peserta khatam Quran berarak ke khemah.
Lihatlah deretan kelapa muda yang akan diisi dengan rambut baby nanti.Anak-anak manis mengalunkan suara ketika khatam Quran.
Anak buahku, Shasa sedang dipotong jambul oleh atoknya.. Masanikan ramai baby dah kepanasan sebab terlalu lama tunggu giliran cukur jambul Dah ada yang togel dan tertidur..
1 comment:
aktifnya HELWA...Keep up good activities
Post a Comment