Pada 30 Disember 2008, telah berlangsung program khatan beramai-ramai di Taman Dato' Bandar. Seramai sepuluh orang anak-anak TDB dan seratus lebih lagi dari serata Meru telah mengambil bahagian.
Pada hari Sabtu malam Ahad pula diadakan majlis berarak diiringi selawat dan deretan bunga pahar, diikuti dengan khatamul Quran oleh peserta khatan di surau Al-Faizin bersaksikan kaum keluarga dan jiran setempat. Jamuan nasi minyak pula menjadi santapan tetamu.
Sayang sekali tiada visual untuk paparan ini kerana saya berada di Semai Semoi ketika itu (posting dibawah). Namun saya telah menziarah beberapa orang anak-anak ini dan diambil gambar untuk tatapan.
Satu lagi anak yang saya ziarah tidak dapat diambil gambar kerana ketika itu Along (lupa nama sebenar) sedang menangis kesakitan. Along bertengkar dengan adiknya lalu adiknya menekan 'anunya' menyebabkannya menangis kesakitan. Tak sampai hati la pulak saya nak ambil fotonya.
Inilah antara paparan aktiviti kemasyarakatan TDB pada hujung tahun ini.
No comments:
Post a Comment