Ads

Thursday, February 25, 2010

Boleh percaya ke??

Sebenarnya Che Mid sedang cuba menyiapkan satu entri yang 'sentimental' sikit, tapi idea tu tak menjadi je. Sementara tu, cuba kita tengok kejap poin-poin kat bawah ni tentang kepercayaan masa kelahiran baby, boleh percaya ke??

1) Jangan biarkan pakaian baby yang dijemur terkena hujan, nanti baby selsema.

2) Sapukan kepala dan sendi baby dengan benda berbau kuat seperti delingo bengkley, supaya hantu setan tak suka dekat baby.

3) Apabila baby sedu (Jawa kata cekuen) gigitkan sedikit kain lampin dan letakkan di ubun-ubun baby, tak lama akan hilang sedu.

4) Cuci uri bersih-bersih dengan asam keping, lepas tu bubuh asam, garam, gula dan paku serta dibungkus dengan kain putih, kemudian ditanam di simpang tiga jalan.

5) (Cara orang Jawa) bila waktu menjelang senja, nyalakan pelita atas tanah tempat uri ditanam di bawah rumah.

6) Bila baby tersenyumke  atau tersengihke ketika  tidur, maknanya dia 'sedang bermain dengan kawannya' iaitu uri tu lah..

7) Ketika membedung baby, pastikan kaki baby diluruskan dan diikat kemas, supaya bila besar, elok jalannya nanti takde la terkengkang

8) Sebaik lepas dilahirkan, jauhkan apa-apa yang berwarna kuning daripada baby. Kalau tidak baby akan mudah dijangkiti demam kuning. Kalau boleh dinding rumah pun jangan dicat kuning.

9)  Jangan biarkan baby asyik memandang ke atas.... maknanya dia sedang melihat benda yang orang besar tak boleh nampak.. heee.. seram

10) Jangan cuci lampin dalam mesin basuh, nanti baby asyik menggeliat..

Setakat ini saja yang Che Mid dapat kumpulkan, kalau ada sesiapa nak tambah, silakan dengan segala hormatnya

3 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid,

1. Jangan dudukkan bayi nanti bongkok.
2. Jangan rendam lampin bayi semalaman nanti kembung perutnya.
3. Jangan tanam uri dalam tin, nanti bayinya kepanasan.

Buat masa ni, ini sajalah yang saya ingat..he he he, ada simbolik n sesuatu tersembunyi di dalam setiap yang tak dibenarkan itu, kalau percaya takut dosa besar pulak....

che mid said...

Ha ha..Uri Deeja dibubuh dlm bekas plastik.. tak berapa panas kut!

norliza_osman said...

salam che mid.. liza pun macam tak caye gak dengan pantang larang ni.. tapi dah bile orang lame dah buat cam tu, diam je lah..