Bubur merah ialah sejenis makanan yang akan dihidangkan di dalam majlis 'Bancaan' atau kesyukuran mengikut adat Jawa. Masa Che Mid kecik-kecik dulu, selalu sangatlah makan bubur ni yang dibuat sendiri atau dihantar oleh jiran tetangga atau sedara mara. Biasanya tak perlu mengadakan majlis besar-besaran, cukup dengan menyediakan bubur ini ketika hari lahir, lulus peperiksaan, memasuki rumah baru, pulih dari sakit atau tercapai apa-apa niat atau hajat yang diingini.
Baru-baru ini, Che Mid dah buat bubur merah sempena selamat melahirkan Deeja dan habis berpantang. Kebetulan tiba giliran moreh di surau jadi Che Mid hantar ke surau saja lah.
Bubur merah ni diperbuat dari beras biasa atau beras pulut yang dimasak seperti bubur nasi cuma ditambah santan sedikit garam. Kemudian ambil sedikit dan asingkan. Baki yang tinggal dalam periuk tu, ditambah dengan gula merah dan gula putih serta daun pandan. Warna bubur tu jadi kecoklatan. Emm.. patutnya dipanggil bubur coklatla kan.. ini bubur merah pulak!
Untuk menghidang, isikan bubur yang berwarna coklat ke dalam mangkuk, kemudian bubuh 2 sudu bubur yang berwarna putih ditengah-tengah. Bubur ni kena bubuh dalam mangkuk cepat-cepat sebelum ia sejuk dan agak mengeras.
Cara memakannya - sudukan bahagian yang coklat dan ambil sedikit bahagian putih. Rasanya lemak manis dan campur tawar sedikit dibahagian putih. Anak-anak Che Mid suka makan, terutama Ayan dan Farah. Che Abang tak berapa minat bab bubur bubur nasik..
Che Mid percaya, ada signifikan disebalik warna dan rasa bubur ini sehingga menjadi hidangan istimewa majlis tertentu sahaja. Tapi Che Mid tak tau la.. rugi rasanya kalau tak tau serba sedikit tentang adat sendiri.
No comments:
Post a Comment