Masakan daging goreng ni antara kegemaran Che Mid sekeluarga. Cara memasaknya senang je.. Daging tu potong ikut suka, kalau boleh beli yang jenis cepat empuk ya. Nak elakkan daging goreng jadi getah goreng he he..Mana-mana jalan (Anyway)... kalau takut tak terkunyah, rebus daging sehingga separuh empuk pun ok gak.
Bila dah potong ikut suka hati.. campurkan daging dengan garam, kunyit dan sos lada hitam. Perap sekejap kira-kira 15 minit. Lepas tu goreng hingga agak garing. Toskan.
Tumiskan bawang besar yang dipotong bulat, cili hijau yang dipotong besar-besar, serai pun potong kasar-kasar. Tumiskan semua bahan tadi dan masukkan sedikit sos tiram. Akhir sekali, masukkan daging dan kacau hingga sebati. Ingat! kalau dah cukup masin ketika memerap daging tadi, JANGAN bubuh garam lagi!! Akhir sekali kalau ada daun bawang, potong panjang-panjang dan bubuh sebelum matikan api, kasi wangi sikit.
Pengalaman Che Mid la kan, daging goreng ni sesuai untuk orang 'bergigi' sahaja, sape pakai gigi pelesu Che Mid tak tanggung jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini!! Mak mertua Che Mid cukup tak berkenan dengan masakan ni.. sori mak!
2 comments:
sedap che mid...
Dak kecik - kalau anak dara masak lagi sodap!!
Post a Comment