Che Mid and famili terlalu sibuk dengan persiapan dan melayan tetamu, terlupa nak ambil gambar hidangan. Che Mid ralat betul. Che Abang pulak tak berapa terer guna kamera Ayan , jadi gambar tu ada yang tak berapa jadi. Jadi gambar makanan tu, dapat sipi-sipi ajelah.
Macam Che Mid cakap awal-awal lagi, kami aqiqah seekor lembukan.. Ha, yang tulang temulang tu, kami masak sup, Ish, sup tulang abah Che Mid memang kelas tau!! Selain dari sup tulang, daging masak kicap, masak korma pun ada. Sunat masak daging aqiqah ni dengan masakan yang manis-manis. Selain dari hidangan, kami juga buatkan 'berkat' untuk dibawa pulang oleh jemputan.
Murah rezeki sungguh kerana ramai sedara mara yang datang bawa kuih muih sekali. Che Mid dan Ain dah naik risau, sebab takut makanan berlebihan. Alhamdulillah, semuanya habis menjelang malam. Adalah sikit untuk kami tuan rumah makan esok pagi. Ok lah tu.
Emak sedara dan sepupu sedang menyediakan bungkusan berkat. Dalam dulang tu sambal goreng tempe yang memang sedap.
Daging korma seperiuk besar... kanak-kanak remaja tu semua kawan Faris. Berpeluh-peluh buat kerja. Ibu janji nak belanja KFC lepas ni
Nasib baik ada bebudak ni, kurang sikit kerja orang tua.
Ha tu! nak mengelat ke mana pulak
Che Abang dan gang ofis, En Saiful & keluarga serta Cik Siti. Terima kasih sudi datang. Lain kali datang lagi.
Rakan sekerja Che Abang, En Hamzan dan keluarga yang comel dan kiut sekali. Sebelah malamnya, En Rahman & keluarga pula datang, tapi no pikce la.
Aida Ali datang dengan babynya yang lahir 20 hari selepas Deeja. Nampak besarkan.. ya lah.. berat masa lahir 4.7kg!!
Baby Azyan nak sayang baby Deeja
Sulaiman dan famili, kawan Che Mid masa sekolah menengah. Rasanya dah 20 tahun tak jumpa, rupa-rupanya tinggal di Setia Alam, tak jauh dari rumah Che Mid.
Roszana, Aina dan Che Mid - kami satu kelas dari darjah 1
Aina, Suriyati ( Chef of the day) dan Mastura pun sebaya gak, tapi dah lamaaaa sangat tak jumpa. Sampai dah tak ingat nama.
Ini pula kawan-kawan satu tempat kerja, sama-sama ambil VSS. Pun dah lama tak jumpa. Kiranya majlis ni jadi majlis 'reunion' lah.
Ustazah Salmah, guru Fardhu Ain kumpulan Che Mid pun sudi hadir walaupun cuma melalui sms pagi hari kenduri tu.
Deeja dan Kamliah, kawan sesama pergi umrah pada tahun 2004. Kami jarang berjumpa atau bertelefon, tapi sesekali jumpa sampai sehari suntuk. Kamliah, you're a true friend. Tidak berhubungan bukan bermakna putus persahabatan, harap berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Dalam dan luar rumah dipenuhi tetamu yang turut meraikan majlis marhaban.
Che Mid bergambar dengan sepupu dan ibu sedara sebelah abah.
Emak Che Mid yang berbaju biru dan satu-satunya adik perempuan, Cik Iti, yang sedang menunggu masa pembedahan membuang fibroid di rahimnya. Tetap sudi hadir walau sedang dalam keuzuran. Terima kasih banyak-banyak.
Deeja diagah oleh Cik Anjangnya. Kan Che Mid dah kata, Deeja enjoy betul hari tu. Tak meragam langsung. Orang sana ambik dia, kang orang sini dukung dia... jadi selebriti!!
Suasana di khemah ketika kumpulan marhaban dan tetamu menjamah hidangan. Aaaa... tak cukup tempat duduk... masuk dalam rumah la ya.. maaf la. Nasib baik tak jadi hujan. Ada satu masa tu,, dah rintik-rintik hujan, tapi berhenti. Lega rasanya.
Tiga dara melaram - Amalina, Farah dan Huda
Mak nenek mendukung cucu ke 17 dan ke 18. Bila dah jadi atuk dan nenek, asyik mengira cucu je la..
Che Mid asyik minum je.. lapar tapi tak sempat nak makan.. emak "pengantin" la katakan. Ni tengah berposing sakan dengan Alang dan Ayu diapit oleh anak dara
Sebelum mereka balik ke Shah Alam dan Ukay Perdana. Syukran jazilan kathiro. Pak Teh tak dapat datang sebab sibuk dengan bisnes, Atuk dan Wan pun tak ada sama sebab ada appoinmen di kampung esoknya. Deeja mana? Entah..
Malam selepas kenduri. Adik-adik Che Mid dah melepek kepenatan. Onyang dah tertidur di sofa. Deeja pun dah tukar gaun glamor.
Selesai sudah majlis Deeja. Terima kasih kepada yang hadir, bagi hadiah pada Deeja, bagi kuih muih dan tolong rewang dari awal sampai habis kenduri. Memang terasa sangat meriahnya. Ada tetamu yang kata, "Eh.. ini bukan cukur jambul.. dah macam kenduri kawin.."
5 comments:
Dah macam kenduri kawin weh...
J Desa - memangnya. kalau kenduri sorang-sorang tak le semerioh itu, tapi dah namanya kongsikan..
salam kak,
meriah sungguh majlis cukur jambul deeja nie ye...
mmg dh cam kenduri kawen lak..siap ada pelamin lagik tu...
mesti deeja happy bila besar sok tgk balik gamba2 nie smua kan...
p/s : sory ye deeja sayang, tkder rezeki aunty nk dtg majlis deeja nie....
Nurul, salah satu sebab akak buat blog ni ialah sebagai catatan utk tatapan anak-anak nanti; yg macam nurul ckp tu la. Kalau deeja dah pandai baca nanti, dia boleh tengok sendiri kisah lama.
p/s ; cukur jambul baby baru jemput deeja tau!
meriahnya majlis cukur jambul deeja.. memang macam dah kenduri kawin je.. bile liza sebut deeja macam panggil nama anak liza ja.. hehe..
Post a Comment