Ads

Wednesday, June 16, 2010

Baju Pengantin Ciptaan Tisya


Nak tengok fesyen pengantin 20 tahun akan datang?? Yok nonton rekaan terkini..... sensasi....jimat kos...tak membazir...pakai je apa yang ada..janji kreatif giler!!

Ilham ini diinspirasikan dari majlis perkahwinan jirannya tidak berapa lama dulu, dan dieksperimenkan sendiri.











Tisya, anak buah Che Mid bergaya dengan pakaian ciptaannya - Veil dari kain tuala makcik dia, kasut ibu tersayang pun jadi mangsa


Bersama jejaka idaman.. si Mamat..

Lepas tu dia kata kat Mamat, " Hei, pengantin lelaki duduk sebelah sinilah.." sambil tangannya menunjuk-nunjuk sebelah kiri.



Bila pengantin lelaki tak mau duduk sebelah kirinya, Tisya pun melarikan diri. Mamat kata, " Jangan tinggal daku!!"




Tisya selepas habis bersanding.. dengan ayah tercinta.

Sebenarnya inilah gelagat Tisya sewaktu kami berziarah ke rumahnya. Dua hari sebelum tu, Tisya terjatuh masa main badminton. Malamnya pulak dia muntah-muntah dan kata sakit kepala. Terus mak dia hantar ke spital, buat tare cek ap. Alhamdulillah, tak de apa apa. Masa kami datang, Tisya muntah juga sikit-sikit tapi dah mula happy. Tu yang dia tunjuk lawa pakai baju pengantin tu!


No comments: