Ads

Wednesday, June 9, 2010

Mamat Makan Ubat Demam


Anak sedara Che Mid sorang ni, Muhammad Andi Hakimie namanya. Dia suukaaa makan ubat. Kalau dia demam, tak payah nak paksa-paksa makan ubat, dia yang tak sabo-sabo nak makan ubat. Disebabkan ketaksubannya pada ubat, telah berlaku sesuatu pada Mamat ni.

Mamat   :   Ibu, abang demam la, nak makan ubat demam.

Ibu         :   Ubat demam dah habis la bang.

Mamat   :   Ala... (merengek mengada-ngada).. abang demam ni..

Ibu         :    ( Tak kuasa melayan.. buka demam pun..) Ibu nak mandi tau..

Sedang ibunya bersiap untuk mandi, terdengar suara Mamat batuk. Tak sedap hati, ibunya cepat-cepat menjenguk Mamat. 

Memang Mamat terbatuk-batuk. Di dadanya, berlumuran ubat yang baunya semacam... Yang pasti BUKAN ubat batuk. 




Ibu        :      Abang makan apa ni? 

Mamat   :    Tak tau.. (kalau Mamat takut dia akan kata tak tau.)

Ibu         :    (Dah mula panik). Abang, cakaplah.. abang makan ubat apa tadi? 

Mamat   :   Abang tak tau la.. tak tau.. tak tau.

Ibu terus memujuk Mamat menunjukkan di mana dia ambil ubat tu. Akhirnya,

Mamat   :   Abang makan ubat adik.

Ibu         :   Ha??? Kat mana ubat tu?? (Ibunya jenis cepat menggelabah.. macam Che Mid jugak)

Mamat   :   Kat bilik. (Sambil tangannya menunjukkan bilik ke dua)

Ibunya terus berkejar ke bilik ke dua. Betul... Mamat dah terrmakan ubat sapu adik Ian. Memang ubat tu untuk disapu ke kulit masa Ian kena ruam hari tu. Ibunya menghidu bau ubat tu. Sama dengan bau kat dada Mamat. Lepas tu, ibu Mamat hidu mulut Mamat. SAH.. MAMAT DAH MINUM UBAT SAPU!!


Kelam kabut... ibunya telefon ayah Mamat, dan mereka cepat-cepat hantar Mamat ke klinik berhampiran. Tak boleh buat apa-apa, klinik refer ke hospital. Mereka pun naik ambulan ke hospital. Kecemasan!!, ambulan siap pasang bunyi ni no nino lagi. Begitupun, Mamat ok je. Mungkin dia rasa ubat tu tak macam ubat batuk, jadi dia luahkan balik dari mulutnya.

Dah tiba di hospital, kakitangan hospital bergegas nak sambut pesakit dari ambulan dengan kerusi roda. Bukak pintu belakang ambulan... eh.. mana orang sakitnya ni??? Rupanya, Mamat menonong je berjalan kaki.

Malam tu, Mamat berehat di hospital untuk pemerhatian. Esoknya, Mamat dibenarkan pulang selepas doktor yakin, racun tiada dalam badan. Alhamdulillah.






3 comments:

indahhouse said...

salam che mid,

suspen sungguh cite ni, ka. nasib baik mamat luahkan balik. hu, pandai budak tu. Alhamdulillah, smuanya selamat.
Teringat adik lelaki saya ms kecik2, minum minyak tanah... huhuhu. nasib baik tak masuk byk lam perut..

Adnazthie said...

Salam Che.. Mid..
Mamat..mamat. Alhamdulillah selamat. indahhouse, anak sedara saya pun sama, dia ingat air mineral..rupanya minyak tanah. Masuk spital 3 hari

che mid said...

salam indah / adnaz - kadang-kadang ada baiknya budak takut ubat dari suka ubat kan..