Hampir seratus kampit beras berjaya dikumpul
Selepas Che Mid dari bercuti ke Johor tempoh hari, Che Mid didatangi oleh Cik Jah yang bagi tau tentang pengumuman Ketua Kampung di surau kami meminta sumbangan dari penduduk taman yang akan disedekahkan kepada fakir dan miskin di daerah Larut, Perak pada 25 Jun lepas. Bila Che Mid hubungi Tok Ketua , dia kata tak nak banyak... sekadar memenuhkan kereta Unsernya saja.
Mihun pun boleh tahan juga
Tapi, untuk memberi peluang kepada semua penduduk taman, Che Mid mewakili muslimat surau pun mengedarkan pekeliling meminta penduduk menyumbang makanan, barangan kebersihan diri dan lain-lain yang dianggap perlu. Alhamdulillah, banyak juga sumbangan yang diterima... hasilnya bukan saja Unser.. LORI terpaksa digunakan untuk menghantar barangan sumbangan kami ini. Terbukti lagi yang warga Dato' Bandar memang pemurah.. alhamdulillah dan syukran very much.
Pakaian terpakai yang dah siap dipek dan disil. Che Mid derma pakaian baby. Lebihan baju Deeja dan juga kiriman dari biras, Ayu. Che Mid tambah dengan botol susu, bedak Pureen dan lampin baru. Insyaallah, lengkap untuk baby yang baru lahir.
Zie, Kak Idah dan Cik Nah sedang membungkus sumbangan di surau kami. Masa tu hujan di luar.
Cik Jah dan Baiti sedang memasukkan gula ke dalam kotak. Paket gula tu terpaksa ditulis dengan perkataan 'gula' sebab rupa dan warnanya macam garam... takut penerima nanti konfius..
Ini sumbangan istimewa dari Che Mid dan gang - barangan kebersihan diri berupa sabun mandi, shampu, ubat gigi, berus gigi (3 batang), sabun basuh buku, sikat dan bedak. Kami pek jadikan set untuk saiz famili. Sehari sebelum tu kami beli belah di Mydin Klang.
Bergambar ramai sebelum balik.. Acik (muka separuh) dah nak balik sangat..
Tok Bilal dan Tok Ketua Kampung jadi mandur terhormat.
Sikecik ni pun mandur terhormat gak... Deeja baik tak meragam tengok ibu buat kerja. Ikut Mak Ngah kejap ya sayang!!
4 comments:
salam che mid,
Sejuk hati saya lihat barang2 tu. :)
itulah yang terdaya indah...
Suka tengok masyarkat kat situ begotong royong, bekerjasama dalam permasalahan masyarakat. tolong menolong masyarkat miskin.
Kat mana surau ni?
sweetie - kami di Meru, Klang Selangor. pernah sampai ke kawasan sini ke?
Post a Comment