Ads

Friday, July 16, 2010

Muafakat 3 Sepi Tanpa Mu MAZLI

Che Mid tinggal di Jalan Muafakat 3. Ada kira-kira 20 keluarga Melayu di Jalan Muafakat 3 ni termasuk adik beradik Che Mid sekali. Hubungan kekeluargaan diantara kami sangat rapat dan baik. Kami sering kali juga berkumpul, masak-masak dan bergurau senda bersama.

Salah satu keluarga yang ada di sini ialah En Mazli bin Mohamad, 36 tahun. Dia ni terkenal dengan sikapnya yang ramah dan sangat mesra dengan jiran. Dah macam adik beradik. Pantang berjumpa ada saja yang nak disakat dan diusiknya. Kalau ada makan-makan, dialah yang akan jadi MC. Memang kecoh majlis dibuatnya.

Mazli sedang sibuk memeriksa PA sistem dan set karaoke masa rumah terbuka Muafakat 3 tahun 2008.

Dikalangan kami dia menggelarkan dirinya adik bongsu kerana paling muda sekali. Suami Che Mid jadi Abang Long. Ada yang dipanggil Abang Ngah.

Mazli menang cabutan bertuah. Sedang menerimanya dari Pak Iman Thaifor.


Tarik tali. Muafakat 3 menang lawan lorong lain taman kami.

Kalau ada sukan-sukan di padang dia tak miss dari ikut serta.  Dia akan sms kami untuk masuk acara yang ada dan pukul berapa berkumpul di padang. Masa cuti sekolah hari tu, dia cadangkan nak pergi mencandat sotong, tapi entah macam mana tak jadi pulak..


Happy go lucky dan tak berkira.

Dikalangan budak-budak pulak, Mazli disenangi kerana selalu jadi coach dan pengurus bola sepak atau futsal. Selalu juga menang kat sana sini.

SELASA, 13 JULAI 2010, LEPAS MAGHRIB...

Mazli sibuk panggil anak-anak remaja datang ke rumah sebab nak bincang pasal tonemen futsal bulan depan. Kali ni Mazli nak buat pasukan futsal lelaki dan perempuan. Lepas Maghrib, mereka pun meeting. Mazli pesan pada anak-anak pastikan menang nanti.

Kira-kira jam 10.00 malam, kami dikejutkan dengan berita...

MAZLI MENINGGAL!!!

Siapa yang percaya? Budak tu baru berumur 36 tahun dan sihat lagi. Tak dengar cerita dia sakit pun!. Baru tadi dia meeting dengan budak-budak ....


Adik Lina dan Khairul

Pasangan Khairul dan Adik Lina pernah bekerja satu ofis dengan Mazli dulu. Lepas tu duduk berjiran sebelah rumah pulak. Bayangkanlah betapa rapatnya mereka. Semasa Mazli tenat, Adik Lina adalah orang pertama yang dipanggil untuk membantu. Khairul takde di rumah kerana bekerja shif petang di KLIA.

Adik Nor

 Anak Mazli yang berumur 10 tahun, Diana, berlari memanggil Adik Nor supaya menjenguk Babahnya. Nor, suami dan anak-anak bergegas ke rumah Mazli. berada di sisi Mazli di saat-saat akhir hayatnya. Emak dan abah Che Mid, Cikgu Jamil dan seorang rakan Mazli juga dipanggil dan sempat mengajar Mazli mengucap.

Selepas beberapa lama nazak, Mazli kelihatan tenang dan meminta anak-anaknya untuk datang dekat dan meminta maaf. Isterinya Ita, hanya mampu menangis, juga sempat memohon ampun dari suaminya. Beberapa saat selepas tu, Mazli menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10 malam. Innalillawainnailahirojiun.

Kediaman Mazli terus dibanjiri ziarah terakhir jiran se taman, rakan sekerja Mazli dan Ita juga  saudara mara. Rata-rata semuanya mempamerkan wajah terkejut dan tidak percaya terutama Khairul yang bergegas dari KLIA. Khairul kata, Mazli tadi baru call nak pinjam beg besar sebab  nak bawa isteri dan anak-anak bercuti ke Sabah esok. Rupanya......dia bercuti sendirian dan tak akan pulang lagi. 

Kira-kira jam menghampiri 3.00 pagi, selepas dimandi, dikapan dan disembahyangkan di surau al-Faizin, jenazahnya di bawa ke rumah ibunya di Parit Buntar, Perak. Tiba di sana kira-kira jam 8.30 pagi dan disemadikan pada jam 11.30 pagi. Khairul dan Cikgu Jamil sekeluarga termasuk emak dan abah ikut serta mengiringi jenazah ke tempat persemadiannya.



Mazli sekeluarga. Gambar diambil ketika rumah terbuka Muafakat 3 tahun 2008

Isterinya, Ita kehilangan suami tercinta dan anak-anak kecilnya kehilangan Babah tersayang. Kami kehilangan jiran, kawan dan seorang adik yang baik. Damailah di sana. Semoga Allah swt  mencucuri rahmat ke atasmu MAZLI BIN MOHAMAD. AL- FATIHAH 


6 comments:

Nora Asfa said...

Innalillahi wa innailaihi roji'un..
Semoga rohnya di cucuri rahmat di kalangan para solehin dan Allah beri perlindungan, ketabahan keatas keluarganya.

(Ya Allah sesungguhnya kematian itu adalah benar.. cuma kita hambaNya tidak tahu bila dan dimana ajal itu akan di panggil.. semoga kita di pilih sebagai hamba-bamba yang menemui ajal dalam khusnul khatimah)

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). (YUNUS 49).

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (AL JUMU'AH 08).

Adnazthie said...
This comment has been removed by the author.
Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Sedih n menitis airmataku membaca N3 ni Che Mid, tak tahan.

Manusia pergi meninggalkan kenangan manis, suka & duka semasa kita bersama.

Saya pun baru kehilangan sahabat bos yang selalu datang ke ofis menziarahi kami.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-2 yang disayangi ALLAH SWT.

Al Fatihah...

Che Mid said...

Nora - Masyaallah!!

Adnaz - Arwah ada pesan pada Diana beberapa hari sebelum meninggal, " Kakak belajar rajin-rajin, nanti boleh jaga Mama..". Diana kata dia taknak pindah dari rumah sekarang sebab babah dah buat rumah tu cantik-cantik..

nurul said...

salam kak,
takziah wat family arwah n al~fatihah wat arwah..moga rohnya ditmptkn di kalangn org2 yg beriman,amin..


p/s : deeja dh pandai ape skarang kak? mesti byk keletah dah kan...rindu kt deeja...

Che Mid said...

Nurul.. deeja dah tertonggeng-tonggeng nak merangkak.. dah tau nangis nak ikut bila nampak ibu dia nak keluar rumah