Ads

Tuesday, February 15, 2011

Sg Petani - Simpang Pulai - Cameron Highland - Raub - Pulau Chekas - Kuala Lipis

Cuti tahun baru Cina, kami sekeluarga bercadang balik kampung mertua di Kuala Lipis, pertama kali melalui jalan Cameron Highlands. Disebabkan kurang sihat, kami bertolak lewat, kira-kira jam 12 tengahari.

Masuk simpang Simpang Pulai, jalan mula bengkang bengkok. Farah dan Faris lebih suka melelapkan mata daripada pening melihat sekeliling. Sikecik Deeja yang nampak ceria saja sepanjang perjalanan.

Tiba di Tringkap, Cameron Highlands, berhenti sekejap untuk menunaikan permintaan adik-adik supaya membeli jagung, keledek dan strawberi. Kami tambah dengan gula-gula strawberi, kobis, bunga kobis dan pucuk labu. Nasib baik jalan tak sesak. Pukul 6 petang turun Cameron menuju ke Ringlet dan Sungai Koyan. Dari Sungai Koyan dah gelap, pertama kali juga kami menggunakan jalan Tersang dan keluar ke Gesing.

Geram betul tengok strawberi, 4 paket RM10 atau 2 paket RM10. Sayur mayur boleh pilih 8 paket RM10


Deeja suka sangat makan aiskerim strawberi campur asam boi

Tiba di Pulau Chekas hampir 9.00 malam, campur sesat sana sini. Kiralah wahai tuan-tuan dan puan-puan, hampir 9 jam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Pulau Chekas, Raub, Pahang. Separuh tenaga kami dah habis dek jauhnya perjalanan dengan keadaan tak berapa sihat. Nak menangis pun ada bila nampak muka mertua dan adik-adik ipar.

Makan malam kami ialah bakar membakar ayam, jagung, keledek dan kek sedap-sedap yang dibuat oleh kak Ain terutama sempena harijadi Deeja, Athira, Pak Cu Acam dan Wan.

Malam tu, anak-anak dara tidur satu khemah dan anak-anak bujang yang berani tidur di satu legi khemah. Che Mid tak pernah merasa begini akrab dengan sepupu-sepupu dulu, sebab sepupu sebaya cuma Che Mid sorang, yang lain-lain jantan sokmo..


Deretan jejaka cucu Pak Usin yang sedang kesejukan

Esok paginya, biasalah tugas ibu-ibu memasak, anak-anak pulak terjun mandi manda di sungai belakang chalet.
Pak Lang melayan anak-anak dan anak buah main pasir

Masa ni kami tak sampai lagi. Azyan menggigil diribaan ibu. Ibu tak berendam sekali ke?
Bagus shot ni! Masing-masing makan jagung rebus panas-pansa nak hilangkan sejuk. Jagung segar dari ladang Pak Teh Rosdan. Saki baki jagung dari ladang yang telah diserang babi hutan malam sebelumnya. Tak dapat nak jual, jadi habuan anak-anak buah!!

Gambar kenangan sebelum pulang ke KL, Shah Alam, Kuala Lipis dan Sungai Petani. Keluarga Pak Husin berkumpul di Chalet Pulau Chekas. Semua cucu dapat hadir kecuali Ira dan Ayan.

10 comments:

Teratak Amir Amira -{@ said...

CHE MID napa tak singah rumah saya, raub dengan bentong tu dekat je, seronoknya bercuti...

Che Mid said...

Oh rumah kat Bentong ya, lain kali kalau datang dari KL boleh singgah memang sah lalu Bentong..

Unknown said...

bestnyer berkumpul ramai-ramai...farah is so cute...hehehe

Che Mid said...

Memang best la Ila, kalau sebab tak sihat, lagi syiokk menyakat anak-anak buah..

noor said...

Salam cik mid...saya suka baca diary perjalanan awak best sangat sebab saya pun suka adventure macam nie...ummm saya memang ternampak masa di C.H ari tu ada jalan ke kuala lipis jika tak salah saya sebelum atau selepas tanah rata saya nampak sign tu tapi tak pernah cuba lalu lagi jalan tu. Anyway cantik kawasan chalet tu.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,
Seronoknya berkelah ramai2, hilang segala penat lelah dalam perjalanan.

indahhouse said...

Salam che mid,
Strwaberry 4 paket rm10? Murahnya kak..! Nampak sangat saya ni belum sampai cameron highland kan? hehe...

Kasihan jiran Che mid. dalam ada sekuriti, masih rumah kena pecah.

Ya Allah, seram saya dengar bab operate ni. Moga che mid cepat sihat. dah buat keputusan nak operate di mana?

Che Mid said...

Noor - terima kasih sangat sudi baca. Kalau nak pergi Kuala Lipis tak payah keluar Tapah. Memang jimat minyak dan tol.. tapi hasben kata 'tol kat atas tu yang banyak'.. maknanya soping kt CH la tu he he

Che Mid said...

Lipislady- seronoknya tengok wajah2 sedara mara yan sangat dirindui..

Che Mid said...

Indah - memang 4 paket RM10, tapi sampainya jumpa suka sakat kejap je langsaiii..