Ads

Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Cuti Sekolah Balik Kampung

Selamat bercuti sekolah..

Che Mid baru balik dari rumah Klang, tu sebab tak menjenguk blog. Bila di kampung tu, sibuk lain macam... Che Mid nak jumpa pakcik yang kematian isteri tempoh hari, nak ziarah adik yang baru dapat baby baru, nak jenguk adik ipar yang baru keluar hospital.. pendek kata tak lekat kat rumahlah.. 

Tapi Che Abang pulak nak ganti pintu dapur yang dah diserang sang anai-anai, kabinet dapur pun hampir runtuh...taman di tepi rumah dah jadi hutan.. rumput dah panjang.. dia kata kalau ada gajah pun tak nampak..cuci akuarium pun tak lagi.. bila dah cuci dan ganti air baru nampak berapa ekor ikan yang tinggal..



Che Abang ambik cuti seminggu, tapi cadangnya cuma mahu 3-4 hari je di kampung, selebihnya nak berehat di rumah SP... dek kerja tak siap-siap, rumah pakcik pulak nak buat kenduri tahlil, tak elok sangat rasanya kalau tak menjengah.. dah lah masa hari kebumi tak balik kampung. Akhirnya kami bertolak pulang ke SP pada Sabtu petang, setelah 'rewang' setengah hari. Gotong royong memasak diketuai oleh emak Che Mid. 

Antara lauk pauk ialah sambal goreng Jawa, ayam korma, sambal udang, sayur campur, pulut kuning berkuah kari telor. Dah jadi kebiasaan orang Jawa ni, sedara mara datang membawa buah tangan, ada pulak yang sedekah pucuk turi, keledek dan pisang. Jadi bertambahlah menu dengan masak lemak pucuk turi campur keledek dan pengat keledek campur pisang. 


Antara lauk pauk kenduri - sambal goreng Jawa. 


Ayam korma

Karipap yang sedang disiapkan... tak merasa pun che mid

masak lemak daun turi campur keledek

Walaupun tak menunggu hingga sudah majlis, puas hati dapat bertemu sanak saudara terutama sepupu-sepupu yang baru bergelar anak yatim. Nampak Aisyah, Nurul dan Baby sangat tabah dan boleh meneruskan hidup tanpa mama disisi. Bagus arwah mamanya mendidik, anak-anak berdikari di dapur tanpa disuruh.

Sementara Che Mid 'rewang' di rumah pakcik, Che Abang dan Faris berkemas barang untuk balik SP. 


Dua buah basikal lama tersadai menjadi penumpang Naza Ria kami. Telah dibuka satu persatu.. Terselit juga pasu bunga tak terbela, hidup segan mati tak mahu..


Esoknya, operasi memasang dan membaik pulih basikal lama.. Faris dan gang sebelah rumah mengilat semula rim berkarat..

Satu basikal sedia untuk 'test run'!! (Ini basikal Farah hadiah harijadi 12 tahun.. sekarang dah 16 tahun..) Bakul hadapan dan tempat duduk belakang tak pasang lagi..

Ini basikal antik abah. Boleh abah eksesais keliling taman tau ke kedai..

Tuesday, February 15, 2011

Sg Petani - Simpang Pulai - Cameron Highland - Raub - Pulau Chekas - Kuala Lipis

Cuti tahun baru Cina, kami sekeluarga bercadang balik kampung mertua di Kuala Lipis, pertama kali melalui jalan Cameron Highlands. Disebabkan kurang sihat, kami bertolak lewat, kira-kira jam 12 tengahari.

Masuk simpang Simpang Pulai, jalan mula bengkang bengkok. Farah dan Faris lebih suka melelapkan mata daripada pening melihat sekeliling. Sikecik Deeja yang nampak ceria saja sepanjang perjalanan.

Tiba di Tringkap, Cameron Highlands, berhenti sekejap untuk menunaikan permintaan adik-adik supaya membeli jagung, keledek dan strawberi. Kami tambah dengan gula-gula strawberi, kobis, bunga kobis dan pucuk labu. Nasib baik jalan tak sesak. Pukul 6 petang turun Cameron menuju ke Ringlet dan Sungai Koyan. Dari Sungai Koyan dah gelap, pertama kali juga kami menggunakan jalan Tersang dan keluar ke Gesing.

Geram betul tengok strawberi, 4 paket RM10 atau 2 paket RM10. Sayur mayur boleh pilih 8 paket RM10


Deeja suka sangat makan aiskerim strawberi campur asam boi

Tiba di Pulau Chekas hampir 9.00 malam, campur sesat sana sini. Kiralah wahai tuan-tuan dan puan-puan, hampir 9 jam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Pulau Chekas, Raub, Pahang. Separuh tenaga kami dah habis dek jauhnya perjalanan dengan keadaan tak berapa sihat. Nak menangis pun ada bila nampak muka mertua dan adik-adik ipar.

Makan malam kami ialah bakar membakar ayam, jagung, keledek dan kek sedap-sedap yang dibuat oleh kak Ain terutama sempena harijadi Deeja, Athira, Pak Cu Acam dan Wan.

Malam tu, anak-anak dara tidur satu khemah dan anak-anak bujang yang berani tidur di satu legi khemah. Che Mid tak pernah merasa begini akrab dengan sepupu-sepupu dulu, sebab sepupu sebaya cuma Che Mid sorang, yang lain-lain jantan sokmo..


Deretan jejaka cucu Pak Usin yang sedang kesejukan

Esok paginya, biasalah tugas ibu-ibu memasak, anak-anak pulak terjun mandi manda di sungai belakang chalet.
Pak Lang melayan anak-anak dan anak buah main pasir

Masa ni kami tak sampai lagi. Azyan menggigil diribaan ibu. Ibu tak berendam sekali ke?
Bagus shot ni! Masing-masing makan jagung rebus panas-pansa nak hilangkan sejuk. Jagung segar dari ladang Pak Teh Rosdan. Saki baki jagung dari ladang yang telah diserang babi hutan malam sebelumnya. Tak dapat nak jual, jadi habuan anak-anak buah!!

Gambar kenangan sebelum pulang ke KL, Shah Alam, Kuala Lipis dan Sungai Petani. Keluarga Pak Husin berkumpul di Chalet Pulau Chekas. Semua cucu dapat hadir kecuali Ira dan Ayan.

Wednesday, December 15, 2010

"Homestay Mak Ngah"

Check in          :   11 Disember 2010 (9.15 malam, selepas tersesat ke sana ke mari)
Check out        :   13 Disember 2010 (12 tengahari)
Jumlah peserta  :   8 orang (dua orang suami isteri, 2 anak dara dan 4 bujang)
Bayaran            :   Percuma (kroni punya pasal)

Ketibaan tetamu (sebenarnya Alang dan famili) ke homestay mak ngah disambut meriah walaupun tanpa bunga manggar atau paluan kompang. Nampak sangat mereka ni kepenatan setelah seharian menghadiri majlis perkahwinan saudara di Kepala Batas dan Sungao Petani.

Anak-anak dara ditempatkan di bilik Farah, yang teruna berkongsi bilik dengan Faris manakala Alang dan Joe di bilik ke empat. Mereka dah pun makan malam di rumah pengantin, jadi selepas mandi, Che Mid hidangkan air teh o panas / oren ais dan kudapan. Kami berborak dan bergurau senda sampai lewat malam. Deeja yang jadi 'mangsa buli' sepupu sepapat bagaikan 'kancilen', langsung tak mau tidur walaupun jam dah 2 pagi. Masih lagi merangkak ke sana sini.. hai.. tak pernah-pernah Deeja macam tu..

 
Sarapan pagi esoknya, Chef Mid dah siapkan dua jenis mihun goreng - mihun Singapura dan mihun mesia. Bukannya jeneres sangat, tapi sebab kuali baru tu kecik sangat.. (kuali besar masih di Klang) jadi kenalah masak 2 kali. Saja-saja tukar kale mihun tu.. Ada jugak ubi rebus bergula dan sosej bersos cili dan mayo. Roti bakar pun ada jugak..

 
Kami cuma ada meja makan berkerusi empat, jadi terpaksa bersarapan atas lantai di ruang tamu yang macam padang bola tu.

Tengahari, Chef Mid tak payah masak tengahari sebab Alang & co pergi ikut rombongan pengantin bertandang. Hai.. selamat ... tak payah keluar belanja makan tengahari he he..

Balik saja dari rumah kenduri, kami bawa mereka berjalan-jalan ke Sik. Kan homestay kan.. kenalah tunjuk kawasan sekitar. Perjalanan kira-kira 50 minit dari SP ke Sik.
Alang dan hubby naik kereta kami. Tengok tu.. Adeeb berkeras nak duduk dengan Deeja dalam bakul.
Mula-mula bukan main boraknya... tanya tu tanya ni. Tak lama lepas tu... lelap...
Mula-mula kami berhenti di sekolah pondok Tuan Guru Haji Salleh. Sebenarnya Faris dan sepupunya sebelah Che Mid; Adam dan Ashman, belajar di situ sempena cuti sekolah ni. Faris bawak mihun goreng lebih pagi tadi. Kipas meja tu untuk menggantikan kipas Ashman yang dah rosak.
Ini dewan solat dan dewan kuliah. Che Mid tengok tempat ni ok. Faris yang mula-mula macam relakten pun nampak heppi je kat situ. Tapi untuk perempuan, hanya boleh hadir bersama suami. Jadi takde pelajar perempuan kat situ kecuali orang-orang tua.
Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa, Kampung Seberang Pekan Sik adalah antara puluhan sekolah pondok yang ada di Sik.
Ini pulak deretan pondok atau asrama pelajar. Ada bangunan baru dan lama. Tempat memasak berasingan disediakan juga. Air minuman boleh didapati dari air bukit di situ jugak. Tapi Faris kata, pondoknya terletak sebelah pondok tok. Jadik tok tu selalu hantaq ayaq kupi atau milo.. syoq la bebudak tu..

 
Ini tempat mandi di lereng bukit. Ada kolam dan ikan berenang-renang sambil bebudak tu mandi. Mesti sejuk gile..
Selepas tu, kami ke Tasik Beris, Sik kira-kira 20 minit dari sekolah pondok tadi. Masa tu dah hampir maghrib, jadi kami tak bolehlah nak jalan lagi jauh. Atas sikit lagi, ada D Puncak Lake Resort.. ha..lagi banyak tasik-tasik boleh kita tengok. Boleh makan-makan jua. Tapi hari dah nak gelap terpaksa batalkan hasrat tu. Tauke homestay ni tak reti atur program ke...









Apa pun Alang dan anak-anak nampak enjoy.. walaupun ada yang mengadu lapaq kedengaq!
Masing-masing pakai baju sedondon je..


We are so starving.. we can eat an elephant!!  Apalah Che Mid bebel kat weter tu.. oder je la cepat..

Akhirnya kami dapat membaham nasi putih berlaukkan siakap stim dan masam manis, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam bercili, telur dadar dan keropok. Air limau bubuh dalam jag. Sate 60 cucuk!! HABEH LICIN!! Deeja dapat roti bakar fri of caj lepas dia main mata kat abang weter tu!!

Jangan serik tau.. lain kali datang lagi ok. Ajak Mak Teh, Mak Cu dan sepupu sepapat yang tengah jeles bila baca entri ni.

Deeja merengek nak ikut Mak Lang balik Shah Alam. Dia tak nak keluar kereta bila Mak Lang acah-acah nak bawak dia, tapi dia pelik kenapa ibu tak ikut masuk sekali..

Itulah kumpulan pertama yang datang ke homestay mak ngah. Dengarnya minggu depan ada orang Meru nak tempah.. kita tunggu!!

Friday, May 15, 2009

Jalan-jalan Tengok Pantai Bagan Lalang

Selepas pulang dari majlis persandingan Mastura di Batu Laut, kami terus bergerak ke Pantai Bagan Lalang. Kalau terus lagi boleh sampai ke Port Dickson, tapi jauh sedikit jika dibandingkan dengan lebuh raya. Kira ikut jalan dalam lah...
Pantai Bagan Lalang ni terletak di Sepang. Air lautnya tidaklah terlalu jernih tapi ia adalah antara tempat terdekat dari Kuala Lumpur. Bila masa air surut, air akan jauh ke tengah laut. Sesiapa yang nak mencecah air, kenalah berjalan jauh sedikit. Ketika kami sampai pun air tengah surut jugak. Tapi tak kuasalah pulak nak mengharung pasir ke tengah sana. Panas pulak tu..Rumah-rumah kecil tu adalah Goldcoast Resort yang masih dalam pembinaan. ia terletak di tengah-tengah kawasan mandi-mndi. Bagi saya, tak berapa sukalah resort tu ada kat situ. Eloknya, biarlah jauh sikit dari tempat orang ramai berehat. Lagi Eksklusif dan tidak mencemarkan kawasan sekitar dengan tambakan tanah dan bahan binaan.
Kawasan Hotel Sri Malaysia, chalet dan tempat-tempat makan lain pun terletak jauh juga dari gigi air. Baguslah macam tu.. ia tak mengganggu kesemulajadian pantai tu..




Kawasan pokok-pokok ni pula terletak di seberang jalan utama pantai.. kerana 200m dari air laut. Tak taulah pulak airnya tu masin ke payau ke.. sekali tengok macam hutan bakau..

Cantik memanglah cantik. Maknanya, pemandangan di Bagan Lalang boleh dikategorikan sebagai 'sea view' dan 'garden view' kut..


Kemudahan untuk pengunjung memang lengkap. Termasuk surau, tempat bilas mandi dan tandas, perkhemahan dan juga makan-makan. Restoran makanan laut pun ada terutama untuk makan malam.


Lihatlah anak-anakku.. berderet nak beli air dan keropok lekor.

Cukup suka sekali shot ni..
Farah dan Faris seronok dapat tangkap ketam.



Faris bermain-main dengan anak-anak ketam. Jom kita intai anak-anak orang bergurau senda dengan pantai!!
Belajar-belajar curi ambik gambar..






Sikecik leka tengok orang main layang-layang. Che Mid pun curik ambik gambar. Aleh-aleh dia perasan dan bagi tau bapak dia... hu hu malu I you..








Ini satu famili sedang berkhemah dan ber bbq. Abahnya sibuk pastikan api menjadi dan khemah tak melayang dek angin yang kuat. Siibu pulak dah ready dengan bahan perapannya. Che Mid tengok anak-anak mereka semua perempuan. Lima orang rasanya. Sikakak sedang buat homework dalam khemah tu. Yang lain bermainan pasir di tepi khemah.. happy family sungguh!!
Budak-budak ni pulak menimbus pasir. Kami letak kereta sebelah menyebelah tapi tak lah sampai bertegur sapa pulak dengan mak ayah dia orang ni. Memang tak puas singgah di pantai tanpa main air. Takpelah lain kali kita datang lagi yek!!