Ads

Friday, July 1, 2011

Apom Lenggang aka Lempeng

Satu lagi makanan yang di jual di pasar malam di Sungai Petani ialah Apom Lenggang. Seumur hidup, Che Mid tak pernah tengok lempeng macam ni dijual di pasar seperti ini.


Campuran tepung yang cair dituang ke dalam kuali comel-comel ni..


Biarkan sekejap... ( Berapalah kos untuk bancuhan tepung tu agaknya ya...)


Tak payah susah-susah nak mengacau atau membalik-balik..

Bila dah garing, lipat kiri dan kanan..




Siap!! 3 keping seringgit..

Apom lenggang ni menjadi kegemaran Che Mid dan Deeja, garing, rangup di tepi dan agak manis.

Satu lagi makanan popular orang utara ni ialah pek nga atau pek li, tapi Che Mid tak pernah merasa lagi lempeng jenis tu.. nanti-nanti la dulu ya..



19 comments:

yott said...

apom lenggang ni kena mkn panas2..dah sejuk..x sdp..kan

AzMaslenda said...

nampak garing Rangup yer,

Anaasuria said...

hikhik.. nama apom lenggang, tapi tak yah lengggang lenggang pun nka bagi dia masak... ingat kot ler nak kena goyang goyang baru masak.. hhaha.. tepung ada ala2 apam balik nipis tak che mid..:) makan gitu jer, tak yah cicah cicah ker..

Ibu Ayra said...

sedap oo apom lenggang tu... pulut pelam dah rasa ke kak midah? musim buah harumanis pun dah abis nih...makan pulut durian je la... dlm blog ros ada entri pasal pek-nga..

Che Mid said...

Yott - a ah la yott. Kalau sejuk jadi liat sikit..

Che Mid said...

Azmask - tu yang sedap tu..kalau deeja makan dalam kereta, habeh kotor..

Che Mid said...

Anaa - Ha ha sah sah bukan orang utara ni.. tak payah cicah sebab dah manis..makan gitu je..

Che Mid said...

Ibu Ayra - haaa yang ni barulah orang utarakan..hish malam jumaat semalam anak akak Faris balik surau bukan main seronok cerita makan pulut durian dgn santan..

noorsafone said...

Cik mid..seronok tgok kakak tu berniaga kan...bila lah dpt rasa apom lenggang tu agaknya..cik mid poskan ya..haha..

CekWa said...

sedap tu...teringin juga nak rasa..!

azieazah said...

Kalu di sini, pernah nampak orang India yang jual tapi agak garing dan kecik.

Masa di kampung dulu, I selalu dapat makan ni, MAK buat. Cicah dengan kari or gula, pun ok.


KL Gangster: ulasan dan pandangan seorang bekas Kaki Wayang...

Che Mid said...

Norsafone - Ala, you kan pandai masak, tengok je gambar tu, you dah tau apa resepinya.. ha apa lagi.. ready untuk minum petang esok ya..

Che Mid said...

Cekwa - Meh Sungai Petani, Che Mid belanja..

Che Mid said...

Azie zah - Sekarang ni, dah jadi mak orang takkan tak boleh buat sendiri kut...tapi tentu tak sesedap air tangan makkan..

Lina Rahim said...

wah, senangnya orang tu buat apom..patutlah namanya apom lenggang..memang berlenggang je membuatnya..

ajumohit said...

Panas2sedap kan Kak,, Nmpk pon menarik hehe

azlina said...

salam che mid...

memang sedap apom leggang ni saya kalau blk ke utara mmg cari opom lenggang ni sebab di tmpt lain jrg nk dpt..

BUJANG SUSAH said...

pos kat saya skit leh.. mcm sedap jer...

Unknown said...

sedap mkn panas2.....di market tmn ria sg petani ada jgk kuih mcm ni...