Ads

Friday, July 15, 2011

Dah Eksiden Pun Relak Je

Suatu pagi Jumaat di Klang.

Di kampung Che Mid, Meru, ada pasar minggu setiap Jumaat pagi. Dari Che Mid kecik dah ujud pasar ni, cuma sekarang dah berubah lokasi dan bertambah besar. Kalau Che Mid balik kampung dan kebetulan hari Jumaat, memang tak miss la nak berkunjung ke pasar tu..

Dalam kereta balik dari pasar Jumaat. Ayan memandu, Faris duduk depan. Che Mid, mak nenek dan Deeja duduk di belakang. Mak nenek ajak singgah ke rumah sahabatnya kerana ada urusan sedikit. Sejurus selepas itu, kami bergerak ke jalan besar untuk balik ke rumah.

Jalan Meru sekarang ni memang teramat sibuk terutama waktu puncak. Kalau tak berani memang terpaksa menunggu lama sebelum melintas. Kami mahu melintas ke kanan. Satu persatu kenderaan berlalu. Ayan terus menunggu sambil bersedia untuk 'celok' ke kanan jika ada peluang.

Di seberang jalan, ada satu kelisa juga stenbai untuk melintas, tapi Ayan tak peduli atau mungkin tak perasan. Pandangan ke dua-dua pemandu (Ayan dan pemandu kelisa) betul-betul tertumpu pada trafik dan cuba melintas sebaik berpeluang.

Ada satu lori besar, nampak macam tak berapa laju.. jadi Ayan pun terus pecut ke depan dan belok ke kanan. Pada masa yang sama, si kelisa tu jugak bergerak laju ke tengah jalan ( nasib baik menghala ke kiri ). Satu nak ke kanan, satu nak ke kiri. Hampir bertembung di tengah jalan! Che Mid menjerit sekuat hati tapi Ayan cuma mampu mengelak dan terus bergerak ke kanan. Tak boleh berhenti mengejut sebab lori besar semakin hampir ke arah kami. Akhirnya, kedengaranlah bunyi kuat.. Dah kena dah...


Kami pun berhenti di tepi jalan dan bertemu dengan pemandu kelisa tu. Kedua-dua kereta rosak sedikit. Kami sama-sama mohon maaf atas kelalaian dan mengaku dah tak boleh nak elak... masing-masing setel sendiri,

Anakku Faris - Sebelum kemalangan, Faris asek membuta je dalam kereta, tak peduli apa jadi.. Masa kami berbincang dengan pemandu kelisa tu, dia tak peduli.. tiduuuur....


Tiba di rumah, Che Mid tanya Faris, " Faris tadi tak nampak ke kereta kelisa tu? Kan Faris duduk depan.." 
Faris menjawab dengan penuh keselambaan, " Faris tadi kan tidur.. Lepas tu Faris dengar ibu menjerit, Faris pun bukak mata.. nampaklah kereta kelisa kat depan.. aaah.. ni mesti eksiden lagi la ni,..Faris pun tidur baliklah..." Aitt! Orang macam ni pun ada ke !

19 comments:

Unknown said...

faris malas nak layan tu..tido lagi penting...hehehe

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa sebab Faris tak nampak masa nak berlaku dan masa berlaku. Dia terjaga bila Che Mid menjerit dah berlaku.... Tu yg dia relex je....

mama maman aka yana said...

kelakar dan pelik... hhheee...
blh je relax eks.. hhhuuu... kita kalu tgk org lain eksiden pun dah berdebar2 lg la eksiden sendiri kan...

AzMaslenda said...

Syukur, Che Mid & family ok.. Cuma bumper keta aje yang kemek sikit.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sabor ajelah ngan si faris tu, hahaha

ajumohit said...

Faris faris, very cool je hehe

kasihibu said...

sangat cool anak teruna akak tu..

nasib baik tak ada sebarang kecederaan fizikal kan?

IMANSHAH said...

salam

amboi anak...nanti terbakar rumah pun tak sedar..maaf bergurau

syariza09 said...

lawak tul si faris ni, ngantuk sgt la tu

Che Mid said...

Ila - Salam, Tak tau le perangai sape dia ikut... ibunya kelam kabut punya jenis

Che Mid said...

Kakzakie - Betulla tu, tapi kalau orang lain tentu buat muka terkejut sekurang-kurangnya kan..

Che Mid said...

Mamamaman - Sebenarnya ini kali ke dua, eksiden kereta. Kali pertama tu akak yang drive, dia duk sebelah. Berdarah bibirlah juga..

Che Mid said...

Azmask- Alhamdulillah, kami sihat dan ok. Deeja je menangis sebab terkejut dengar ibu jerit kuat sangat

Che Mid said...

Sari Yusa - Dia memang teramat 'cool'. Percaya tak, dulu masa sama sekolah dengan kakak, periksa subjek apa pun tanya pada akak, macam le satu kelas...

Che Mid said...

ajumohit - satu lagi perangai dia yang akak suka ialah kalau suruh buat apa hatta cuci tandas pun... ok je.. no hal dan no complaint

Che Mid said...

sayangsayangibu - No injury.. Alhamdulillah. Tapi kereta tak reper2 sampai la ni... abahnya malas nak fikir...nasibla Ayan..

Che Mid said...

Imanshah.. takpe akak pun tak heran...pernah akak cari dia satu kampung, ingatkan kemana hilang selepas balik sekolah, rupanya elok lena dalam bilik!!

Che Mid said...

Syariza09 - Ngantuk ke tak, dia memang macam tu.. cool semacam!

Intan SRM said...

salam che mid,alahaiFaris.
mungkin dia terkejut sangat sampai terelax je.
p/s: lama dah che mid tak update blog.che mid sihat ke?