Ads

Sunday, October 12, 2008

Hari pertama berhari raya

Tahun ini saya dan keluarga merayakan aidil fitri di kampung sendiri. Program pertama sudah tentunya solat sunat aidil fitri di surau sebelah rumah. (Tak sempat bawa kamera kerana bergegas ke surau, takut tak cukup tempat duduk. Namun sangkaan saya meleset sebab ramai warga taman saya pulang ke kampung masing-masing tahun ini). Seperti biasa Surau Al-Faizin akan dibanjiri oleh warga asing seperti Bangladesh dan India serta Indonesia. Pihak surau terpaksa menambah khemah dan tikar untuk memastikan semua jamaah mendapat tempat untuk solat. Pak Imam tetap sibuk mengutip zakat fitrah hingga ke saat-saat akhir.
Selepas solat kami menukar pakaian baru raya kepada pakaian biasa untuk menziarah kubur Firdaus dan juga keluarga yang telah meninggal dunia.
Assalamualaikum Ya Ahlil Qubur!!
Lihatlah betapa 'meriahnya' suasana di tanah perkuburan Kampung Meru. Walaupun kawasan ini terletak jauh dari pekan, namun keadaan akan menjadi sesak ketika hari raya. Kedua orang tua saya memang berasal dari kampung ini, jadi di sinilah terletaknya pusara nenek moyang saya, saudara mara dan rakan sekampung.. dan mungkin pusara saya juga nanti...Insyaallah..
Suara-suara bacaan yasin dan tahlil beralun syahdu di setiap penjuru ... tanda kerinduan dan kasih dari yang hidup kepada yang telah tiada...
Jalan masuk ke kawasan perkuburan... sesak !!Satu lagi laluan ke kawasan kubur..sesak jugak!! Seperti biasa emak dan abah akan pergi, kami menyusul selepas menyiapkan bunga rampai dan air wangian.


Kubur pertama diziarah ialah kubur Firdaus yang pulang kerahmatullah pada 10.10. 2004, bermakna 10 Oktober ini genap 4 tahun meninggalkan kami.. Semoga rohnya dicucuri Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin




Suami menabur bunga rampai di pusara anak tersayang..
Ayan pun tabur bunga juga...

Farah tidak ketinggalan menabur bunga rampai.. dialah yang menghiris daun pandan tu pada malam raya..

Akhir sekali Faris punya giliran. Faris pakai baju aruah abang Firdausnya..

Gambar atas ni ialah kubur arwah atok atau Yai saya. Kelihatan Nyai dan pakcik Usop sedang membaca yaasin.
Sepulangnya dari kubur, saya terus memasak menu tengahari untuk dijamu di rumah emak. Menunya ialah nasi ambeng yang terdiri dari nasi putih, ayam masak kicap, serunding daging, sayur kacang dan kobis goreng dan tempe gorang. (Tengah menyesal la ni sebab tak ambil gambar, terlupa sebab terlalu sibuk)
Ini gambar raya yang diambil di rumah emak selepas bermaafan.. warna oren you!!

Bergambar bersama ayahanda dan bonda tercinta..
Farah bersama sepupu-sepupunya
Ini pula seorang lagi anak buah yang comel dan keletah..
Selepas beraya di rumah emak, kami gerak ke rumah Nyai yang setia menunggu kami di depan pintu rumahnya. Tetapi sang cucu lebih suka mengebas rambutan yang belum masak ni... macam tak cukup makanan dalam rumah Nyai tu!!

Ini kira "photo of the year la.."
Perbuatan memakan rambutan yang belum cukup masak ni mengingatkan saya kepada perangai lama saya ketika kanak-kanak dulu. Tak sabar nak makan rambutan masak, rambutan hijau macam nilah yang menjadi mangsa..




Ini pula gambar lama yang mak jumpa ketika berkemas raya. Ini merupakan gambar saya pertama kali dalam hidup saya. Siap pergi kedai gambar lagi. Waktu itu saya baru nak masuk darajah 1 iaitu tahun 1972 (36 tahun dahulu).Yang mana satu saya? Tu ha yang berdiri tegak dan pakai kasut dengan stokin sekolah!!




Mak ooi!! Penat betul makcik ni di petang raya!! Anak saudara saya Iman berumur 6 tahun mengejutkan saya," Mak Long, kenapa Mak Long tidur tak tutup mulut?" Tak dapek den nak menjawab eii!!

(Gambar tertera adalah original tidak disunting kerana...... pc sudah kena virus, hubby kena re program tapi tak siap lagi... jadi buat ajelah mana yang ada..)

2 comments:

Rinnchan said...

Salam Lewat Raya,
Aikkk...lepas lepas puasa nampak lebih berisi lah ida.
Meriah suasana raya di sana termasuk di kubur yaaa... Dua hari sebelum raya sempat ketemu Roszana di rumahnya. Plan nak bertemu yg lain tak kesampaian sbb kesuntukan masa. Schedule masing2 pun tak ngam. Bulan depan ekkk.... jemput awal ni, ke majlis kawin adik lelaki no.2 bongsu.
Maaf zahir batin di mana ada tersilap kata terkasar bahasa.

Mamarosz said...

Seronok ko raya tahun ni, meriah lak tu dengan oren kaler....sorry la tak berkesempatan ke rumah mu