Ads

Friday, January 30, 2009

Mandi manda di Tiara Beach Resort, PD

Mandi manda di Tiara Beach Resort ni adalah sebagai memenuhi janji dengan anak-anak yang tidak dapat mandi di Langkawi tempoh hari. Kami dapat bantuan dari fp Roszan untuk dapatkan penginapan dengan harga lebih murah dari biasa.








Kami bertolak lewat petang Sabtu, 10 Januari, dan terpaksa berhenti membeli keperluan kursus Ayan dahulu, supaya tidak kelam kabut ketika menghantar Ayan pulang ke asrama esoknya. Hanya tiba menjelang Isya' di bilik. Sejurus selepas itu, kami ronda-ronda sekeliling Tiara dan menyaksikan persembahan Akrobatik China. Tidak ramai pelancong kerana musim sekolah dah pun bermula..



Selepas ronda-ronda kami keluar makan ikan bakar di Teluk Kemang dan pulang semula hampir pukul 1 pagi.



Esoknya, kami ke Batu 2 pula untuk sarapan pagi dan 'menapau' beberapa bungkus nasi lemak dan karipap untuk tengahari nanti. Gambar atas diambil di Pantai Batu 2.

Kemudian bermulalah episod mandi manda kami... Manusia-manusia lain agak ramai di waktu pagi, tapi beransur hilang menghampiri tengahari kerana kebanyakan mereka 'check out' jam 12 tengahari. Kami ni pulak, oleh kerana menyewa bilik persendirian maka kami pun bermaharajalelah di pantai buatan manusia ni.


Terutama sekecik Faris, tempat dalam gambar ni, cuma dia soranglah yang menggunanya. Si penjaga kat tepi pun dah naik boring asyik tengok muka dia je. Sebenarnya tempat ni hanya untuk kanak-kanak saja, tapi dia 'concur' pulak!


Gelongsor air ni pun entah berapa kali di naiknya. Sampai sakit-sakit belakang..



Dengan kakak Farah beraksi dekat air terjun buatan. Kalau duduk bawah air tu, boleh buat macam terapi air... sakit ooi!


Inilah mak bapaknya.. kalah orang bulan madu.. Nak mandi ke tak nak?? Anak-anak sibuk mengajak..


Farhan pun tak berapa nak mandi sangat, lebih suka berposing dan suruh orang posing.. Tu melaram dengan sunglasses ibu la tu..


Ini kes Pak Duyung tunggu Dugong tak sampai-sampai...



Atas perintah abang Ayan, Faris kena posing macam ni..


Ibu punya telatah sebelum berendam.. Tak la segan sangat sebab orang hampir-hampir tak de langsung. Main air pun di tempat cetek aje..



Ha tu.. semua dah kuyup dah.. tangan pun dah kecut-kecut..


Makan aiskrim beramai-ramai


'Photo of the day' - sweet and nice..
Kami bertolak selepas jama' Zohor dan Asar kira-kira jam 3 petang. Dalam perjalanan balik, abahnya kata, " lepas ni dah tak jalan mana-mana lagikan?"..... Emm.. maknanya dah habis bajet la tu..
Apapun, terima kasih daun keladi lain kali ajak lagi.. boleh kan..

Wednesday, January 21, 2009

Brian E Cossar - Dalam kenangan

BRIAN E COSSAR
( 10 November 1941 - 7 Januari 2009)
Pada 13 Januari 2009, saya dikejutkan panggilan telefon dari Husnida bekas kawan sekerja di Clipsal Manufacturing (M) Sdn Bhd yang memberi khabar duka. Ya, Brian Cossar bekas Pengarah Urusan Clipsal telah meninggal dunia pada 7 Januari lalu. Difahamkan bahawa mendiang meninggal di dalam kereta setelah keluar beriadah dengan Harsh Club dan mayatnya hanya ditemui dua hari selepas itu. Brian yang berasal dari New Zealand, meninggalkan seorang isteri, Mary Anne Scully dan anak yang sangat comel, Michelle pada usia 67 tahun.
Pemergian tragis ini amat mengejutkan kami yang pernah bekerja dengan beliau. Sebahagian besar hidupnya bekerja dengan Clipsal sehinggalah beliau berhenti pada tahun 2003 dan saya pernah bekerja dengannya selama hampir 7 tahun.
Mengenali Brian, beliau adalah seorang yang sangat suka bersukan dan sering mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dan rekreasi seperti jogathon dan merentas hutan. Kasihnya pada binatang dan alam sekitar terbukti apabila Clipsal menaja binatang di Zoo Negara setiap tahun dan mengambil bahagian dalam kempen menyelamatkan bumi. Saya pernah ke Zoo untuk melihat keadaan anak gajah yang baru dilahirkan atas permintaan Brian!
Tiada prejudis, lembut hati dan kadang-kadang terserlah sifat kebapaannya. Beberapa kali, tanpa sengaja, saya terlihat matanya berair apabila berbicara tentang kisah sedih kakitangannya atau dirinya sendiri. Sehingga hari terakhirnya di Clipsal, beliau hanya sempat bersalaman dengan beberapa orang operator kerana terlalu sedih. Dia berkata pada saya, " I thought it's going to be easy.." sambil terus berlalu masuk ke pejabatnya semula. Jelas, Brian amat disayangi oleh semua lapisan pekerjanya dari operator pengeluaran hinggalah pihak pengurusan.
Saya tidak dapat hadir pada majlis pengebumiannya kerana urusan tertentu namun berita dari rakan yang turut serta cukup menggambarkan bahawa semua yang mengenali beliau amat terasa kehilangannya terutama sekali anak perempuan.
Secara peribadi, Brian menyerlahkan kemampuan saya dengan memberikan saya tugasan yang mencabar dan belum tentu akan diberi kepada saya kalau orang lain menjadi MD saya. Saya sahut cabaran beliau dengan senang hati. Antara tugasan yang paling saya ingat ialah menjadi penyelaras Majlis Ulangtahun ke 25 Clipsal secara besar-besaran pada 2002, menguruskan lawatan pembekal antarabangsa Clipsal ke Kuala Lumpur dan Putrajaya dan mengiringi jemputan dari Australia ke Sukan Komanwel di Kuala Lumpur. Beliau juga meluluskan permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran di UM tanggungan penuh syarikat!.
Brian kelihatan amat gembira ketika menyambut Ulangtahun ke 25 CMSB. Gambar menunjukkan gimik yang dilakukan ketika memasuki dewan utama untuk perasmian.
Saya paling banyak menyimpan gambar beliau ketika bekerja dulu kerana turut dipertanggungjawabkan menerbitkan buletin syarikat dua bulan sekali. Namun, hanya beberapa keping yang saya simpan untuk koleksi peribadi, dan disisipkan di sini sebagai 'tribute to brian'.
Jasa-jasa beliau akan saya kenang sampai bila-bila dan saya percaya rakan-rakan sekerja juga amat terasa kehilangannya. Saya juga pernah diberi layanan istimewa atas kejayaan tugasan dengan dihadiahkan dua tiket menonton Konsert Philharmonic di KLCC, bukan sekali tapi dua kali. Yang pertama saya pergi dengan suami tapi kali kedua saya tak dapat pergi. Yang teruknya, saya telah menipunya dengan mengaku bahawa saya telah menontonnya kedua-dua pertunjukan itu!!
Sesungguhnya kasih sayang itu mampu melampaui bangsa dan keturunan, walau mungkin hanya dirasai setelah salah seorang dari kita pergi.......buat selamanya...



Gambar diambil ketika meraikan kakitangan yang berkhidmat lebih 20 tahun. Saya (berbaju Punjabi) tu cuma ada di situ kerana menjalankan tugas..



Saja dah ter'scan' jadi saya masukkanlah di sini. Hampir semua ajk 25th Anniversary merayakan kejayaan majlis di Sunway Lagoon Resort Hotel.

Bergambar bersama Christy (dah putus hubungan) dan rakan lain di luar dewan.

Langkawi - koleksi Farah

Ketika di Langkawi, anak-anak turut mengambil gambar dengan telefon bimbit masing -masing. Di sini disisipkan hasil petikan kamera Farah.































Tuesday, January 13, 2009

Langkawi - koleksi lagi


Jom tengok lagi gambar-gambar yang diambil di Langkawi dan sekitarnya. Gambar yang paling saya suka ialah foto 'heading' di atas. Pemandangan laut dari jeti Tasik Dayang Bunting ketika hujan lebat. Percikan titis hujan akhirnya membentuk alur-alur tersendiri. Amat cantik sekali..



Gambar di R&R Tapah diambil pada waktu malam tanpa flash.


Satu lagi gambar tanpa flash.





Antara gambar kesukaan saya. Minah Salleh menghirup udara petang di tepian pantai Awana Porto Malai.

Pemandangan sawah padi di sepanjang jalan ke Alor Setar.





Alunan air dari bot sebelah yang berhenti ketika melihat helang berterbangan.








Gunung batu kapur menyimpan miteri tanpa terungkai.




Di ambil dari jeti penumpang Kuah yang baru.






Sekali pandang macam di 'over sea' tapi sebenarnya cuma di Jeti Kuah, Langkawi.











Batu-batu buatan melukut di tepi air





Impak terjahan bot di permukaan air menghasilkan percikan air ke udara.





Cantiknya ciptaan Ilahi tak tergambar dek kata-kata. Subhanallah sentiasa meniti di sanubari tatkala mata menatap saujana memandang.







Pepohon di celahan pulau mengukir lukisan semulajadi.




Hutan bakau mencengkam kuat bimbang tebing terhakis menelan zaman























Lagi pulau tanpa penghuni



Lambaian kereta kabel nun mencecah awan




Sekawan kerbau pulau Langkawi mencari rezeki








Rumah lama Kedah di Kota Mahsuri







Foto difokuskan kepada lelaki berkain pelikat



Indah bagai poskad










Pokok pinang masak berbuah




Sepinya pusara si Mahsuri



Awan, tanah dan air