Ads

Thursday, January 8, 2009

Koleksi Langkawi - 27 Dis - 30 Dis 2008

Perjalanan yang panjang dari Klang ke Kuala Perlis amat memenatkan apabila kami tidak dapat mencari tempat tinggal yang kosong untuk malam itu. Terpaksa turun semula ke Alor Star, akhirnya kami dapat menginap di sebuah motel akibat 'ringan mulut' bertanya dengan pembantu stesyen minyak Petronas. Jika tidak kami terpaksa bermalam dalam kereta sajalah.




Kami bertolak dari jeti Kuala Kedah yang jauh lebih lengang dari jeti Kuala Perlis pada jam 10.30 pagi hari Sabtu. Kereta yang ditinggalkan mengalami masalah tayar, dahlah pancit tayar, penutup tayar dah hilang dan salah satu 'nut' patah pula. Apa pun, itu tidak menghalang kami dari 'enjoy' percutian ini walaupun rupanya ada lagi cabaran-cabaran yang menanti. Apabila keluarga sudah bersama, rasanya tiada apa yang boleh menghalang kami dari bergembira. Tambang feri RM23.50 seperjalanan. Jumlah pergi balik RM235.00 Kuala Kedah - Kuah dan mengambil masa hampir 1 jam setengah, lebih lama darpada Kuah - Kuala Perlis. Manakala bayaran apartmen pula RM300 untuk 2 malam.
Cuma lawatan ke Langkawi memang 'makan duit' tapi dah alang-alang ke sana terpaksa berbelanja jugalah. Gambar-gambar ini menceritakan segalanya!!
Faris bersiap nak naik bot untuk ronda-ronda pulau.



Ini ketika di dalam bot untuk 'island hopping'. Kos bot adalah RM250 untuk sekeluarga. Kalau berkongsi dengan orang lain, RM40 seorang.
Tiba di jeti untuk ke Tasik Dayang Bunting. Tapi kami tak dapat mandi kerana hujan sangat lebat. Tubuh badan habis basah kuyup bukan disebabkan berenang, tetapi dek hujan lebat. Kecewa juga tak dapat main air...

Lihatlah permukaan Tasik Dayang Bunting yang disirami hujan. Airnya yang kehijauan gelap agak menyeramkan seolah-olah menyimpan seribu misteri. Kedalamannya mencecah 50 meter dan tidak berasa masin walaupun bertemu dengan air laut. Inilah keunikan tasik ini.


Kebetulan awan menyelimuti gunung berbentuk perempuan mengandung ini.






Ribuan ikan-ikan kecil mengelilingi kami ketika bermain air di Pulau Basah.







Lagi pemandangan di Pulau Basah, memang cantik dan melekakan.

Faris bermain mata dengan ikan yang macam tau-tau aje kita ambil gambar ketika berada di Underwater World. Tiket masuk RM28.00 seorang bermakna Rm140.


Memang mencabar nak shoot gambar dalam gelap, dalam cermin dan ikan yang bergerak pulak tu. Kami anak-beranak berlumba-lumba shoot gambar menggunakan kamera dan handphone masing-masing. Ini ialah long spine sea urchin.


Anak-anak bergambar di luar muzium batu kapur di kawasan Kota Mahsuri.Bergambar berlatarkan rumah ibu bapa mahsuri. RM5 seorang bayaran masuk dikenakan. Menariknya di sini, kisah Mahsuri diterjemahkan dalam bentuk audio visual dan pameran tinggalan Mahsuri. Terasa sungguh keujudan Mahsuri.


Pertemuan tak disangka dengan Viknes di Pantai Cenang, rakan sekerja di Clipsal dulu.


Ni nak cerita pasal makan pulak, kos makan takde mahal sangat.. dan sedap. Makanan laut memang segar. Malam pertama kami makan di Pantai Cenang. Malam tu malam Maal Hijrah. kami terlalai dari baca doa akhir dan awal tahun kerana ketika itu kami berada di Underwater World dan bersolat musafir pula. Jadi solat Maghrib di waktu Isya', langsung tak baca doa.

Kelakar juga dengan nama restoran ni, Selera Lubuk Buaya. Makan dan minum air 'giant' habis RM82.20 untuk 5 orang makan.


Sarapan pagi dan makan tengahari sekali juga di Pantai Cenang pada hari kedua. Harga berpatutan dan sangat sedap. Istimewa sekali ketam goreng rangup, sangat rangup sehingga boleh makan dengan kulitnya sekali. Harga cuma RM38, 5 orang makan.
Ulam ini saya tak pernah makan di tempat lain. Tuan punya kedai medan selera ni beritahu daun ni ialah daun cecumak, lemak ketam dan tulang biring. RM 22 sahaja.

Makan malam di Ee's Corner, Kuah. Chicken Chop dan adik beradiknya. Kos RM 56.90. Rasanya boleh tahan juga.

Bergaya dengan kereta sewa, Toyota Innova di jeti Kuah. RM170 untuk 3 hari 2 malam.Dalam perjalanan pulang ke Kuala Kedah. Terpaksa balik awal sedikit untuk menyelesaikan masalah kereta yang menunggu di sana. Kami kecewa tak dapat naik kereta kabel. Cuma dapat tengok dari jauh saja. Anak-anak frust tak dapat mandi laut atau mandi kolam. 'Swimming pool' di apartmen kami tak dapat digunakan dan jauh pula dari pantai. Abahnya berjanji untuk menginap satu malam lagi di tempat lain di perjalanan pulang setelah kereta siap dibaiki. Jadi ke?
Oleh kerana kereta sedang dibaiki di Mergong, saya dan anak-anak melepak di Pekan Rabu, Alor Setar. Ingatkan satu jam dua, rupanya dari lepas Zohor hingga ke hampir Maghrib. Puaslah kami meronda Pekan Rabu dan makan dan makan. Apalagi kalau bukan laksa Kedah, ABC aiskrim, nasi ayam dan lain-lain. Hikmahnya, Ayan dapat bertemu dengan rakan baiknya yang telah berpindah ke Kangar, Perlis. Afnan sanggup bermotosikal dari Kangar ke Pekan Rabu semata-mata nak bertemu dengan Ayan.
Gembira sungguh Ayan dan Afnan setelah hampir dua tahun tidak bertemu muka.


Menjelang senja berlabuh barulah kami bertolak pulang dari Pekan Rabu. Saya beli telekung, ikan pekasam serta ubat herba buatan Kedah. Ikan pekasam memang sedap dan saya edarkan juga untuk jiran dan adik beradik. Ubat herba tu pula untuk kesihatan wanita tapi peliknya, resdung saya berhenti terus. Suami dapat panggilan dari ofis supaya hadir mesyuarat esok harinya, jadi tak dapatlah kami bermalam di tempat lain. Apa nak buat...

8 comments:

wmu350 said...

SERONOK JUGE JENGOK BLOG AKAK NI...PATUT LE LAMA TAK UP DATE PEGI BERCUTI...TAHNIAH KELUARGA BAHAGIA

Che Mid said...

Terima kasih kerana sudi jenguk akak di blog. Satu lagi sebab kenapa lama tak update ialah rumah akak sedang dibaiki akibat serangan anai-anai. Jadi faham-fahamlah keadaan rumah macamanakan.. tak selesa nak menghadap komputer

Anonymous said...

salam..
kak,murah la sewa innova RM170 tu..
still ade contact no. tak?
sy ade family trip bulan 5 nnt..
harap dpt tlg..

fareferry said...

10 Budget-Friendly Destinations in South America

fareferry said...


How to Create an Epic Bucket List on a Budget?

247traveltechinc said...

Thanks for showing that kind of knowledge on your portal.
You have done all good.
I love to see you again with some new content.

Best Travel Agency

fareferry said...

Looking for ways to find the cheapest airfare deals? Here are a few tips to help you get started. Read on to find out more.
How to Find the Cheapest Airfare Deals

247traveltechinc said...

You're at the airport, about to board a long flight, and you need to buy some last-minute items. But be careful! Many airport shops overcharge for common items. Here are 9 things you should never buy at an airport shop.
9 Things You Should Never Buy at an Airport Shop