Ads

Monday, January 11, 2010

Farah sakit TB???- (Bah. 4)


Wajah Farah ketika temujanji terakhir pada 6 Januari 2010.

Berita baik akhirnya diterima pada 8 Disember 2009 apabila doktor mengesahkan Farah bebas dari virus TB serta pulih sepenuhnya. Ini bermakna Farah tidak perlu lagi makan ubat setelah hampir setahun lamanya. Memang Farah sentiasa mengikut jadual yang ditetapkan tetapi dia dah jadi fobia pada pil-pil termasuk bau ubat. Pernah aku minta dia bukakan botol vitaminku, tiba-tiba dia rasa nak muntah!!. Kini Farah akan terus menjalani permeriksaan dari semasa ke semasa agar penyakit tidak berulang lagi.  Alangkah leganya melihat Farah kembali sihat dan bertenaga semula. Syukur Ya Allah!

Sebagai tanda terima kasih kami kepada kakitangan Klinik Dada yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang Farah menjalani rawatan, aku bawakan sedikit rojak buah dan kuah rojak untuk mereka.


Mentimun, nanas dan mangga beserta kuah rojak. Siap untuk dimakan!!

Kelakar betul!! Dah misi-misi tu pulak minta aku bawa kuah rojak lagi.. siap order dan tanya berapa ringgit!! Tapi apa nak buat, 'next appointment' Farah 6 bulan lagi, dan aku pulak dah nak 'meletup' bila bila masa je ni.. tak dapek nak nolong hei..

Memandangkan waktu menunggu yang lama, dan aku perasan pulak bahan bacaan di klinik tu tak banyak dan ada setengahnya dah tak rupa majalah dah.. aku memutuskan untuk sedekahkan majalah lama-lama yang ada kat rumah tu.



Paling banyak sekali majalah Mastika, ada lebih kurang 40 buku yang aku isi dalam 2 bakul. Majalah lain yang bersaiz besar sedikit seperti Mingguan Wanita dll, aku masukkan dalam beg plastik. Saja aku tulis nama penuh Farah dan tarikh majalah tu dihantar. Bukan main suka misi-misi tu bila aku bawak ke sana. Memang mereka nakkan sangat bahan bacaan sebab ada yang komplen..

Nak jadi cerita, bila aku datang balik sebulan lepas tu, aku tengok dah tinggal separuh dah majalah yang tinggal. Bila aku tanya pada Nurse, dia kata," Kak, patient bawa balik rumah... dia orang kata tak habih baca lagi!!" Aitt!! Orang macam tu pun adake!!



5 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
lega dah habis N3 ni, alhamdulillah Farah dah sihat.

che mid said...

Opps.. ada satu lagi... conclusion... tunggu ya!! Anyway, t kasih sebab jadi pembaca setia, tambah semangat che mid nak tulis!!

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
member kat ofis pun suka layan blog ni, depa kata banyak cerita..menarik, tertarik

nurul said...

salam kak,
sayunya baca part yg mula2 tu...

alhmdulillah akhirnya ada sinar bahagia di part 4...
syukur ke hadrat illahi...
semoga akak n family terus ceria...
take care kak!

DYatie ABakar said...

Alhamdulillah. Farah sihat. Kak, jika kelapangan boleh emel sy tak d dayangmtib@gmail.com. Hari ni, hampir 2 mgu sy ad 'biji' d ketiak. Isnin ni tadi bw g ultrasound n ad cairan d lymph node. Sy jmp surgeon stlh 2 doc sy jmp. Tp tanpa cdgn lain, doc surgeon trs suh sy operate. Sy of cz tkut. N on d next day bl sy xdtg, dia kol. Sy ckp blh x sy nk mkn ubt dlu. Tnp nsihat n cdgn dia suh sy jmp doc lain. N sy frustrated dgn doc tu. :'( sy x dmm. Skdr 'biji' tu yg skit bl d tekan. Sy bc farah buat ujian monotoux? Ujian mcm mna tu kak? Hrp kte blh communicate. Thanks.