Ads

Tuesday, January 5, 2010

Farah sakit TB??? - (Bah. 1)

Hari Raya 2008 - Suatu hari Farah datang padaku sambil menunjukkan bengkak kecil di pangkal lehernya. "Ibu tengok ni.. bengkakkan, apa ni ha?". Aku tanya sakit atau tak. Dia kata tak sakit. Masa beraya di kampung,  Farah mula demam panas hampir. 


Pagi raya 2008, Farah sedang menyiram air di kubur aruah Firdaus.

Bila di bawa berjumpa doktor Hasmiyah di Klinik Huda, Farah diberi ubat untuk 3 hari. Jika demam berterusan terus rujuk ke hospital. Selepas 3 hari, kami berjumpa Doktor Hasmiyah sekali lagi untuk mendapatkan surat rujukan ke hospital. Masa itulah dia memberitahu bahawa kemungkinan besar Farah mendapat penyakit TIBI seperti aruah abangnya Firdaus yang meninggal dunia akibat tibi pada 2004. Aku amat terkejut sebab Farah langsung tak batuk-batuk seperti aruah. Doktor menjelaskan ia mungkin TIBI kelenjar berdasarkan bengkak di pangkal lehernya.

Kemudian kami terus ke Hospital Pakar Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Memang mengejutkan apabila doktor mengesahkan melalui xray bahawa kemungkinan besar Farah dijangkiti TB. Tetapi doktor tidak menggalakkan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana kosnya yang melebihi RM50,000.00.

Seperti yang diketahui berdasarkan pengalaman Firdaus dahulu, rawatan akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun. Dalam perjalanan pulang, kami berdua menangis di dalam kereta. Aku sendiri tidak tahu samada mahu percaya atau tidak. Rasa amat takut akan kehilangan seorang lagi anak akibat TB membuatkan airmataku berlinangan.

Aku singgah di Klinik Huda untuk berjumpa dengan Dr Hasmiyah sekali lagi. Kali ini aku bawa sekali laporan perubatan dari Dr pakar tersebut. Aku sengaja tidak mengajak Farah sekali dan membiarkan dia tertidur di dalam kereta.  Hasmiyah telah berpesan awal-awal lagi supaya memberitahunya setiap perkembangan Farah kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti aruah Firdaus.

Dr Hasmiyah adalah kawan sekolah dulu dan dia jugalah yang mengenal pasti sakit TB yang dihidapi aruah Firdaus dahulu. Namun telah terlalu lewat untuk menyembuhkan penyakit itu dan akhirnya Firdaus meninggal dengan kuman TB merebak hampir keseluruh paru-parunya.

Namun, setelah melihat laporan perubatan Farah, Hasmiyah memberitahuku satu berita yang mengejutkanku. "Midah nak tau satu perkara tak, lebih baik I bagi tahu awal-awal ya. Sebenarnya simptom yang Farah ada sekarang sama dengan cancer kelenjar. Jadi kita tak betul-betul pasti samada ia TB atau kanser, sampailah kita buat ujian TB nanti." Aku tak sedar airmataku turun semula. Anakku yang selama ini nampak sihat rupanya mengidap penyakit berbahaya. Ya Allah! Kuatkan imanku!

Hasmiyah menenangkan aku lagi sambil berharap bahawa Farah mengidap penyakit TB dan bukannya kanser. Menurutnya, walaupun TB juga bahaya dan boleh membawa maut, tapi lebih mudah merawat TB daripada merawat kanser.

Aku pulang ke rumah bersama gejolak jiwa yang Allah saja yang tahu. Sepulangnya suami dari ofis, aku terus memberitahunya tentang TB yang mungkin Farah hadapi. Aku langsung tidak menyentuh tentang kemungkinan juga Farah menghidap kanser kerana tidak mahu dia risau. Kebetulan waktu itu, suamiku sering memandu untuk 'out station', aku tak mahu tumpuannya hilang kerana memikirkan tentang Farah. Aku berazam untuk merahsiakan dari suami dan Farah sehingga disahkan oleh doktor.

Keesokkannya, aku dan Farah ke Pusat Kesihatan Bukit Kuda Klang. Di sana, Farah dikehendaki mengambil ujian 'montoux test' untuk mengenal pasti positif TB atau tidak. Ujian darah turut dilakukan. Kemudian kami terpaksa menunggu selama 2 minggu untuk mendapatkan keputusan. Kalau keputusan itu positif, bermakna Farah menghidap TB, Jika negatif, mungkin Farah menghidap kanser. Sementara itu, Farah terus menerus demam dan hanya bergantung kepada ubat demam semata-mata berikutan status penyakitnya yang masih belum sahih.

Akan disambung ke entri seterusnya..

10 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid, sedihnyer baca N3 ni, nak menitis air mataku.semoga Farah sihat..dan semoga Che Mid sekeluarga tabah dengan ujian ALLAH ini..

SUE ALAN said...

Salam, I know how you feel Mid, simpati daripada saya, anyway please take care of your baby.Insyaallah saya akan turut mendoakan agar Farah sihat....

Ibu Ayra said...

salam kak midah...

ayra pun ada bengkak di kelenjar leher... dah 2 bulan tak surut2 pun... tadi baru balik dari hospital buat mantoux test... risau tunggu resultnya... test kahak 3 hari berturut2 tu dah buat...semuanya negatif... bila baca pasal farah yang bengkak kelenjar di leher dan tak batuk...sama mcm ayra....risau pun ada.... boleh bagi nasihat sket tak kat ros nih... hmmmm

Anonymous said...

Salam che mid,sy tumpang simpati atas kematian anak lelaki che mid..sy harap blog ini masih aktif.
bolehkah saye tau aruah firdaus ade x mengalami simptom berapa lamakah sblm mengetahui peyakitnye?kenape dikatakan sudah terlambat?

Anonymous said...

Salam che mid,sy tumpang simpati atas kematian anak lelaki che mid..sy harap blog ini masih aktif.
bolehkah saye tau aruah firdaus ade x mengalami simptom berapa lamakah sblm mengetahui peyakitnye?kenape dikatakan sudah terlambat?

Anonymous said...

Salam che mid,sy tumpang simpati atas kematian anak lelaki che mid..sy harap blog ini masih aktif.
bolehkah saye tau aruah firdaus ade x mengalami simptom berapa lamakah sblm mengetahui peyakitnye?kenape dikatakan sudah terlambat?

che mid said...

Maaf, che mid dah pindah blog baru..sila ke che-mid.blogspot.com ya.. batuk yang berterusan dan lambat disahkan sebagai pesakit TB. ubat tb juga sangat lewat diberikan pada arwah..

Daud Mohamad said...

Salam takziah..kawan saya kena bedah sebab tibi.

Jaja Zaleha said...

Risaunya :-(

Pengedar Shaklee said...

innalillah