Ads

Monday, January 4, 2010

Gulai Pisang Telor Itik

Eh, macamana nak eja telur ha? telur ke telor?...

Resepi pertama Che Mid tahun 2010 ni ialah gulai pisang muda bertelor itik.



Bahan-bahannya ialah:-

Satu sisir pisang muda (ikut suka pisang apa)
5 biji telor itik (bukan telor masin tau) dicuci bersih
1 kg santan kelapa
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
sekeping asam keping
garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

Siat kulit pisang dan potong serong. Che Mid tak suka makan kulit pisang tapi ada juga orang yang akan masukkan kulit pisang tu dalam masakan sekali.
Kisar semua bahan rempah kecuali serai yang dititik sahaja.
Campurkan pisang dan rempah kisar dan serai serta asam keping. Tuang 3 cawan air. Biarkan sehingga pisang agak empuk.
Masukkan garam.
Masukkan separuh santan dan bila agak mendidih, masukkan telor satu persatu.
Perlahankan api. Jangan kacau takut telor hancur.
Bila telor dah agak keras masukkan baki santan.
Kacau perlahan sehingga kuah mendidih dan dah masak dah...





Inilah rupanya gulai pisang bertelor itik

6 comments:

nurul said...

salam kak,
jenguk2 entry bawah tu akak tgh menunggu hari kan...
sy doakan moga dipermudahkan segalanya.....mesti tk sabar2 tgk muka baby....

smurf said...

Salam mid ..

amboi3x.. dah dkt masa pun makin bertambah selera ekk..

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Sedapnyer..nnt saya datang jap lagi ye..

che mid said...

Eh betullah nurul, dah ternampak2 muka baby esp bila abahnya siap pasang baby cot..

che mid said...

Ase, sebenarnyakan kita dah tak berapa selera makan. Minggu lepas chck up berat badan turun 1 kg dlm masa seminggu je, risau juga ni...

che mid said...

Adnaz.. meh.. meh jemput datang, tapi telor itik dah habeh, tinggai pisang dgn kuah je..