Ads

Monday, March 29, 2010

Ayam Cakreng

Apa tu?? Sebenarnya itu adalah nama resepi masakan negara Kemboja. Che Mid tengok rancangan masakan di Astro, ala lupa pulak nama program tu..., tapi dihoskan oleh Farah AF. Rupa masakan ni tak lah glamor mana, tapi rasanya memang sedap. Mula-mula Che Mid cuba dengan setengah ekor ayam je.. tapi oleh kerana sambutan sangat menggalakkan dari anak dan hasben maka dengan penuh sukacitanya Che Mid buat lagi dengan seekor ayam esoknya. Pun 'sold out' jugak. Tak taulah kenapa laku sangat... samada resepinya memang bagus atau tukang masak yang terer.. he he


Bahan-bahannya :-

1/2 ekor ayam dipotong kecil
5 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15-20 tangkai cili padi
2 ketul kunyit
2 batang serai
2 sudu besar gula nira (Che Mid gula merah)
Garam
3 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Tumis bawang besar, bawang kecil, cili padi, kunyit yang telah dikisar kasar. (Ditumbuk kasar lagi bagus). Masukkan serai yang telah dititik dan daun limau purut. Bila dah layu, masukkan ayam dan sedikit air jika kering sangat. Bila hampir masak tambah 2 cawan air dan garam serta gula nira. Bila dah kering airnya bolehlah angkat.



Yang istimewanya ayam cakreng ni ialah ramuan akan meresap betul ke dalam ayam kerana ia dimasak hampir kering dan agak lama. Masakan ni tak berkuah dan rasa manis lain sedikit kerana menggunakan gula nira.

Friday, March 26, 2010

Kecilnya Dunia

Semasa berjinak-jinak dengan alam blog ini, Che Mid banyak menceritakan tentang aktiviti Che Mid termasuk hal-hal keluarga. Turut dipaparkan juga foto-foto sebagai penyeri blog ini.

Kebetulan ada seorang blogger yang mengikuti ruangan Che Mid , telah terperasan gambar rumah yang Che Mid kunjungi semasa Hari Raya di Jenderak, Temerloh adalah rumah saudaranya. Rupanya, beliau merupakan saudara sebelah isteri tuan rumah dan suami Che Mid pula anak saudara kepada suami tuan rumah. Kebetulan tuan rumah mengadakan kenduri perkahwinan anak mereka (entri sebelum ini), jadi kami mengambil kesempatan untuk bertemu.

Che Mid tak berapa cam wajah blogger ni, jadi Che Mid bertanya kepada kakak pengantin berdasarkan apa yang Che Mid tahu tentang blogger ni melalui entri-entrinya. Akhirnya, Insya Allah, kami dipertemukan.


Diperkenalkan blogger Jejakadesa (kiri) disebelah Mak Tehnya disisi pengantin. Che Mid pulak disebelah Pak Tehnya yang juga Pak Cu Che Mid. Isteri Jejakadesa takde sebab sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama. Kira tak jauhlah tarikh lahir dengan Deeja.

Balik dari Jenderak, kami berhenti di Genting Sempah untuk rehat dan solat. Ketika sedang menukar lampin Deeja, Che Mid disapa oleh seseorang. Bila Che Mid menoleh, ada seorang wanita menegur dengan cerianya, "Che Mid !". Terkejut sungguh dibuatnya sebab Che Mid tak kenal dia pun. Lepas tu dia pun kenalkan diri," Sue Alan". Subhanallah!! Bertambah terkejut Che Mid. Bertemu seorang lagi blogger! Kami berpelukan seolah rakan lama yang bertemu setelah lama berpisah.


Tuan-tuan dan puan-puan diperkenalkan Sue Alan. Bila blogger bertemu blogger, gembiranya tidak terkata. Nak tau macamana Sue boleh cam Che Mid, meh sini nak cita.


Sue ternampak suami Che Mid di luar surau Genting Sempah, dia kata macam pernah jumpa je mamat ni, tapi dimana ya. (Yalah.. gambar hasben I kan melambak dalam blog tu.. jadi fofular satu Malaya rupanya.. he he) Lepas tu dia teringat kat Che Mid, jadi dia pun melilau cari Che Mid dan dengan konfidennya mengecam Che Mid. Maka berlakulah siri jejak kasih terkini!! Terima kasihlah pada Sue yang sudi menyapa Che Mid. Rupanya Sue dan famili sedang dalam perjalanan ke kampung suaminya di Raub. Suami Che Mid kata, kita jumpa dua blogger dalam masa sehari!! Itulah rezeki namanya..


Sue dan dua anak dara sunti sempat bermesra dengan Deeja 

Yang tak acinya... Sue boleh kenal hasben kita, Farah dan Deeja pun. Tapi Che Mid tak kenal dengan Sue sebab blog dia banyak cerita pasal aktiviti sulamannya berbanding dirinya. Apapun, blog telah menyambung silaturahmi dua jiwa tanpa disangka-sangka.

Nak bagi tau ni, si Sue ni memang baik hati tau. Tu sebablah kami dimurahkan rezeki untuk berjumpa. Sebab apa, beberapa hari selepas Deeja lahir Sue telah bermurah hati menghantar hadiah untuk Deeja.


Saja je Che Mid simpan gambar ni. Neks taim boleh serbu rumah Sue pulak!!


Dua pasang pakaian dari Sue khusus untuk Deeja. Masih disimpan elok.. tunggu muat untuk Deeja nanti.  Memang cantik sulaman ni Sue. Terima kasih banyak-banyak Sue.

Terlanjur bercerita pasal blogger ni, ada seorang lagi blogger yang Che Mid jumpa. Nurul telah menziarahi Che Mid di rumah dua minggu lepas. Kami telah berhubung melalui blog masing-masing sebelum ni. Nurul tinggal di taman berdekatan dengan rumah Che Mid. Ibunya pula memang Che Mid dah kenal lama kerana sering bertemu surau atau di masjid.


Che Mid dan Deeja diapit oleh Nurul dan ibunya. Borak punya borak rupanya sebelum ni, Nurul dan Che Mid dah pernah berjumpa. Nurul pernah tempah dadih dari Che Mid melalui telefon dan Che Mid sendiri yang menghantarnya ke rumah. What a small world !!

Thursday, March 25, 2010

Tengok Pengantin di Jenderak

Hari Sabtu lepas, 20hb Mac, Che Mid sekeluarga balik ke kampung asal ayah suami di Jenderak, Temerloh untuk meraikan perkahwinan sepupu suami. Turut serta ipar, Acam dan Ayu sefamili. Tiba disana tepat jam 12 tengahari tapi cuaca taklah panas sangat. Elok untuk 'orang baru' seperti Deeja.

Kami baru tiba dengan gembira rianya.


Anak-anak sedara dengan Pok Chunya. Agaknya bila tua nanti, macam tulah rupa dia orang ya..


Che Mid dengan kakak pengantin



Deeja atas dokongan Makcu Ayu. Kali pertama Deeja trevel jauh-jauh ni. Harap-harap balik ni tak meragam..



Kalau makan kenduri, lebih-lebih lagi kalau di tempat orang tentulah makanan yang jadi perhatian. Bila tengok gambar ni, tentu boleh agak apa hidangannya kan..



Daging kerbau rendang makan bersama nasi putih atau nasi minyak.



Pucuk ubi masak tempoyak campur jantung pisang dan terung putat


Masak lemak labu manis



Ha.. yang ni Che Mid tak pernah jumpa.. sekali tengok macam kentang atau nenas tetapi rupa-rupanya ubi kayu masak gulai darat. Ubi kayu tu rebus dengan asam keping dan perencah ikan bilis


Semua lauk pauk tu jenis 'berangin' kan. Che Mid jamah je sikit. Che Abang berselera makan rendang dengan nasi minyak dan ubi kayu.

Bertolak pulang selepas Zohor. Keluarga Acam singgah di Lanchang, katanya nak tengok gajah. Kami pulak terus balik rumah... nak menyinggah-nyinggah takut Deeja meragam. Lain kali le ye. Oh ya, gambar pengantin Che Mid tak masukkan lagi.. ada seprais..tunggu!! 

Monday, March 22, 2010

Asam Pedas Ayam

Amacam? Mengancam tak gambar ni... sapa yang kenyang pun boleh jadi lapar, betul tak?. Sebenarnya resepi ni Che Mid tiru dari program masakan Chef Wan di TV2. Memang dah lama dah nak cuba masak ayam asam ni tapi tak terasa pulak nak masak sampailah tengok rancangan Chef Wan tu. Pertama kali makan asam pedas ayam dalam hidup Che Mid... macam tak percaya pulak..

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam dipotong kecil
1/2 biji nenas dipotong sederhana kecil ( separuh lagi makan sambil memasak)
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
(Semua bahan tadi dikisar halus)
1 sudu besar lada hitam yang dah siap kisar kasar
6 sudu besar cili kering kisar
1 inci belacan
2 keping asam keping
5 tangkai daun kesum
1 biji tomato (potong 4)
Minyak untuk menumis

Goreng ayam separuh masak sekadar mengeringkan air ayam tu. Tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan cili giling dan lada hitam. Biarkan sampai naik minyak. Lepas tu masukkan nenas dan biarkan lama sikit. Bila air nenas tu dah sebati dengan rempah tu, baru masukkan ayam, asam keping, tomato dan garam. Tambah air ikut kepekatan yang disukai. Akhir sekali wangikan lagi dengan daun kesum. Bila semua dah serasi, matikan api.



 

Bila Che Mid tengok masakan ni, dah agak memang sedap. Bila makan ooh.. memang sesedap rupanya. Betul Chef Wan cakap, campuran nenas yang telah dimasukkan lebih awal akan menambah rasa masam manis yang istimewa. Nyesal tak cuba dulu dulu lagi..  Oh ya.. mungkin Chef Wan ada bubuh rempah seperti jintan dan ketumbar tapi Che Mid lupa nak bubuh. Tapi apa pun, yang ini pun dah marbeles dah..

Saturday, March 20, 2010

Sambal Bilis Bertelor

Tak tau nak bagi nama apa kat masakan ni, sambal bilis bertelor pun ok gak kut...


Bahan-bahannya:

2 genggam ikan bilis
10 biji cili padi ( lagi pedas lagi bagus)
3 ulas bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Sedikit belacan
4 biji telor
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Tumis cili padi,  bawang besar dan bawang putih hingga hampir layu. Masukkan belacan, garam dan gula (jika mahu). Masukkan ikan bilis dan biarkan sekejap. Lepas tu, pecahkan masukkan telor satu persatu dan kacau perlahan. Tambah sedikit air kalau nak berkuah, kalau nak garing pun boleh.  Suami Che Mid suka yang kering tapi Che Mid suka yang berkuah.


Selalunya Che Mid masak sambal ni kalau dah kebulur nak makan tapi tak da lauk. Atau boleh buat penambah lauk mana yang tak cukup.

Betik Muda Tumis

Kali ni Che Mid nak kongsi masakan tradisi keluarga bonda Che Mid iaitu betik muda tumis. Betik muda yang biasa digunakan tu yang dah nak masak tapi masih keras lagi. Yang Che Mid beli baru ni, masih hijau keputihan lagi, tak berapa berseri dan kurang manis.

Bahan-bahannya :

Sebiji betik muda disagat
1 cawan santan pekat
8 biji cili padi dimayang
1 biji bawang besar dimayang
2 biji bawang putih dimayang
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
Garam secukup rasa

Tumis bahan yang dimayang, masukkan belacan dan ikan bilis. Lepas tu, masukkan garam dan betik. Kacau dan biarkan hingga empuk. Masukkan sedikit air kalau takut hangus. Akhir sekali masukkan santan pekat. Bila mendidih tu kira dah masak dah. Rasanya ada pedas dan lemak campur manis buah.






















Tuesday, March 16, 2010

Melepas Geram Lepas Pantang

Hari ni Che Mid dah 42 hari bersalin. Dah habis pantangkan?.. Ada yang kata 44 hari, 60 hari.. Che Mid kata 40 hari je lah. Bengkung pun dah tak pakai dah. Lagipun Che Mid dah boleh solat semula, tak selesalah pulak nak solat dengan berbelit bengkung. Tapi jamu-jamu masih terus dimakan. Yang bestnya, Che Mid dah dapat balik berat masa sebelum mengandung.. ok la tu.. jangan jeles..

Apa yang terlintas di kepala bila dah terlepas pantang ni tentulah makan, kalau boleh jam-jam tu juga nak ada depan mata. Anak bujang Che Mid yang jadi tukang masak masa pantang pun ambil peluang 'explore' skil masak-masak dia tu. Tengahari tadi Ayan masak tom yam ikut resepi dari mesra.net. Tapi terlupa nak ambil foto... Lain sikit resepinya sebab dia bubuh sos tomato tapi tak guna pes tomyam. Semalam kami buat udang goreng tepung dan Ayan buat pertama kali masak daging masak lemak cili api.

Sekilo daging dipotong kecil memanjang dan rebus sehingga hampir empuk. Lepas tu masukkan cilipadi,  kunyit hidup dan serai serta kentang. Masukkan sedikit asam keping, santan dan garam secukup rasa. Dah masak.

Che Mid pulak teringin nak makan terung, tanya pada orang boleh makan terung ke masa dalam pantang. Ohh.. tak boleh... gatal. Ha? Gatal tang mana? Biji terung kut!



Che Mid tak kira... nak makan juga. Jadi Che Mid masak terung kari kering. 3 biji terung bulat di belah 4 dan digoreng separuh garing. Tumis campuran rempah biji, daun kari, sedikit kayu manis dan bunga lawang Kisar bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis dan tumis. Masukkan serbuk kari dan tambah air bila rempah dah naik minyak. Tambah garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan terung dan biar sehingga sebati dan agak kering. Angkat dan boleh dimakan panas-panas.


Tu dia terung masak kari kering. Makan dengan nasik panas dan ikan masin goreng. Sedap gile!!


Tampal Koyok di Mesin Basuh

Che Abang Che Mid tu kan... muka garang bukan main.. Tapi kalau nak tau dia paling 'kalah' dengan bau-bau minyak angin atau yang sewaktu dengannya. Pada dia bau minyak jenis tu busuk sangat, kalau tengah pening boleh jadi migrain terus. Jadi dalam kehidupan kami memang tak pernah simpan stok minyak geliga ke, minyak urut ke, minyak chap kapak ke kecuali minyak telon dan vicks vaporub. Itupun sebab ada baby dan anak kecik. Dalam kereta pun adalah tempat larangan untuk minyak angin.

Kalau sakit kepala atau pening, makan ubat jelah yang bolehnya. Kalau Che Mid nak berurut badan, mesti kena mandi lepas tu. Tikar untuk lapik berurut tu kena cuci, dan lantai tempat berurut kena mop cepat-cepat sebelum dia balik ke rumah.

Baru-baru nikan, Che Abang asyik mengadu sakit pinggang. Bila pergi jumpa doktor, memanglah dapat ubat makan dan ubat sapu, tapi dia cuma makan ubat je, ubat sapu tak sentuh langsung. Bila ubat dah habis, sakit pun datang balik. Tiba-tiba Che Abang tergerak nak guna koyok. Jadi dia belilah Panaflex.. konon produk terkini di pasaran. Saiz koyok panaflex ni lagi besar dari koyok biasa dan baunya taklah sekuat koyok tu..


Che Midlah tukang tampal pada sebelah malam sebelum tidur. Esok pagi, masa Che Abang nak mandi, dia kata koyok tu dah hilang.. Mana dia suda pigi?.. Takde masa nak mencari sebab bergegas nak pergi kerja, kami pun buat tak reti jelah.

Lewat pagi tu, masa Faris sedang memunggah pakaian dari mesin basuh untuk disidai, tiba-tiba dia menjerit memanggil Che Mid. "Ibu! Apa dalam 'washing machine' ni?". Bila Che Mid tengok, ada satu benda berwarna putih lembik dan melekat-lekat pada pakaian dalam mesin basuh. "Hee.. geli Faris tengok". Rupanya itulah koyok panaflex abahnya. Mungkin terlekat di baju yang dipakai malam semalam dan tercuci sekali. Bila Che Mid sentuh koyok tu, dia dah jadi lembik akibat kena air dan 'spin' dalam mesin tu.

Belum sempat Che Mid terangkan pada Faris apa benda tu sebenarnya, dia dah masukkan cecair pencuci. Mungkin dia ingat benda tu kotor kut, jadi dia cuci pakaian yang dah bersih tu sekali lagi!! Tak dapek den nak nolong dah hei!

Monday, March 15, 2010

Deeja Dah Beli Kereta

Dengan bangganya dimaklumkan bahawa Che Mid dah genap 40 hari semalam (Ahad). MERDEKA!! Kebetulan Che Abang ada jemputan kahwin dan anak-anak pulak dah mula cuti sekolah. Jadi abahnya ajak kami pergi makan kenduri. Sebagai seorang yang baru terlepas dari deraan pantang... he.. he.. apa lagi, pucuk dicita lauk kenduri yang datang, maka kecil tapak tangan pinggan saiz besar I tadahkan you!!

Semalam kira fes day auting untuk Deeja. Nak tes macamana bila dia keluar ke tempat ramai orang. Meragam ke baik ke .. kita tengok ni...

Risau juga bawa Deeja ni, almaklumlah.. dia ni kuat susukan. Kalau dalam kereta tu cepat-cepat Che Mid bagi susu badan. Kalau di luar kereta kami beri susu botol pulak. Che Mid masih tak pandai nak bagi susu badan kat pablik.. tek taim nak pandai kut..


Deeja genap 40 hari. Dalam kereta tengah diusik oleh kakak dan abang. Tapi tak lama lepas tu, tidur lena atas riba ibu. Abahnya kata, ikut perangai ibulah tu, asal masuk kereta je.. tidur.


Masa untuk tidur!! Dah sampai kang kejut Deeja ok!


Abahnya fes taim buat susu ikut sukatan bekas tu. Tapi entah macam mana, hampir semua susu termasuk dalam botol, jadi terlebih sukatan lah pulak. Set botol susu dan peralatan lengkap buat susu dan beg sekali dihadiahkan oleh sahabat abahnya. Tima acih le ye.. Deeja suka je hisap susu tu..


Sebelum ke rumah orang kawin, kami ke Jusco Bandar Baru untuk belikan Deeja kereta tolak. Kebetulan Jusco tengah jualan murah. Ada yang seratus lebih, ada yang lima ratus lebih... pilih je yang mana suka..



Yang ni pun ok gak lah.. tak lah mahal RM129.00 je. Ibu pun tak suka yang 'bulky' sangat.. nampak berat dan susah nak tutup buka.




Deeja tengah 'test drive'... abang Faris jadi 'driver'. Semacam muka Deeja.. Agaknya dia kata, "Lain macam je rasa kereta ni.. tak macam kereta abah."



Sementara tu, ibu sempat capai 'diapers' dan 'baby wipes' yang dah nak abih stok kat rumah. Hampir-hampir terbeli baju gaun Deeja tapi tak jadi... ish.. godaan betullah. Kat rumah baju orang bagi pun tak puas pakai lagi oo..

Lepas shopping barulah kami ke rumah orang kawin di Jalan Pantai Dalam, dekat UM. Betul-betul dekat Restoran Ajmal dan rumah pengantin pulak dibelakang restoran tu. Jalan besar kat situ memanglah sibuk walaupun ada anggota Amal tolong jaga trafik. Keadaan panas terik tak menghalang kami menjamu selera dengan seleranya. Deeja pulak terlena sakan di 'kereta' barunya tu. Tapi sayang tak ambik gambar sebab keadaan panas dan sesak tak menyelerakan kami nak berposing atau berkandid.

Makanan memang superb, terutama untuk Che Mid yang baru terlepas pantang ni.. Memang teringin nak makan acar buah dari mengandung lagi, tapi taklah sampai mengidam, betul-betul depan mata depa hidang... apa lagi.. tak ingat dunia Che Mid makan!! Disamping briyani dan lauk pauk standardnya, ada pulak pecal yang teramat sedap. Che Mid ratah pecal lepas makan nasik.. memang tak malu betul sebab tempat tu takde yang Che Mid kenal. Pengantin pulak kawan lelaki Che Abang yang buat kenduri di rumah pengantin perempuan. Aah.. peduli apa.. tibai je.. Dah lah makan sakan, masa nak jumpa pengantin tu, mempelai tengah makan beradap dalam rumah. Nak masuk bersalam tak boleh.. jalan 'jam' dek orang ramai. Akhirnya kami lambai tangan jelah dari pintu rumah.. tak 'bersalam isi' dengan pengantin. Ha.. betul-betul makan 'free' la ni!!


Dipendekkan ceghita, balik dari rumah pengantin kami ke Giant Shah Alam sebab nak beli susu Deeja. Tapi lepak dulu di 'mahkamah makanan' (food court) he he..Oleh kerana perut masih kenyang kerana metekedarah di rumah pengantin tadi, makan kami cadang nak kunyah ringan-ringan je. Terjumpa pulak dengan si lompang ni. Amboi enak ee, macam kasui tapi lompang ni 'kenyil-kenyil'kan. Ada yang terliur dah tu tengok pikce ni..


 

Farah sedang merasa si lompang ni. Dia kata emm biasa je rasanya. Sedap kasui lagi!



Apam balik kecik ni lagi dilisyes!!



Abah makan ABC feberet dia kalau makan di Giant


Faris tetap setia dengan kuetiaw goreng. Che Mid tengok pinggan kuetiaw dah makin kecik, harganya dah RM4.50!! Mahal tu!



Lepas tu barulah menggagau pergi dipatmen susu. Almaklumlah bertahun-tahun tak pergi ke dipatmen susu ni. Sebelum ni Che Abang dah beli S26 untuk Deeja harga RM50 lebih. Tapi kali ni Che Mid pilih Nan Gold harga lebih kurang gak sebab ada tanda halal. S26 tu takde tanda halal la.. Eleh.. dulu Farah dengan Faris minum Lactogen je. Setin besar RM20 lebih je.. sihat segar bugar pun dia orang tu.. Bren dan harga bukan penentu kesihatan seseorang kan kan..


Dimana-mana pun boleh bergaya...anak bujangku dan bapak bujangku..


Ait.. posing lagi.. kat Giant pun jadik!!

Mana Deeja?.. biasalah dia tu, lena beradu di kereta baru dia. Tapi yang tak syedapnya.. Deeja 'melepas' pulak di Giant. Che Mid tanyalah pada staf Giant, dimanakah 'baby room' supaya Che Mid boleh bersihkan budak kecik tu. Tapi Giant tak sediakan kemudahan seperti di Jusco. Ada ke staf tu suruh Che Mid pergi ke surau.. tak senonoh betul. Gelabah jugalah Che Mid dibuatnya.. akhirnya setelkan Deeja di tempat letak kereta je. 

Marilah adik mari naik...


Friday, March 12, 2010

Sibuk Memanjang Sejak ada Deeja

Malam tadi sebelum tidur sempat berbual-bual lama sikit dengan Che Abang selepas Deeja lena. Sesuatu yang sukar sikit dilakukan sejak ada Deeja, kerana perhatian dan masa kami banyak tertumpu pada Deeja.


Lena sungguh budak kecik ni!!

Abahnya bagi tahu betapa dia gembira sangat-sangat sejak Deeja lahir. Memang Che Mid perasan sejak Deeja lahir, perkataan syukur dan Alhamdulillah selalu keluar dari mulut abang. Dia bersyukur sangat Deeja lahir sempurna dan comel. Che Mid pulak tidak menghadapi komplikasi yang teruk, malah abang rasa Che Mid tak seteruk dibandingkan kelahiran sebelum ini. Disebalik faktor umur dan tanggapan awal tentang kelahiran lewat usia yang menghantui fikiran kami sepanjang masa mengandung, itu tidak berlaku malah kami diberi kemudahan yang mungkin lebih baik dari ibu yang lebih muda.

Masa di hospital, abang menunggu dari pukul 11.30 pagi 2 Februari hingga jam 3.30 pagi esoknya. Che Mid suruh dia pergi makan tapi dia kata langsung tak lalu makan. Balik rumah pun cuma untuk mandi sekejap dah datang balik di hospital. Padanya, selagi semuanya tak selesai dengan selamat dia takkan senang hati.

Abah works from home with boss on his lap

Sekarang ni, suka sangat abang melayan kerenah Deeja. Dengar tangisan dan rengekan Deeja pun sedap je didengar, cepat-cepat pi terkam. Biar penat macamana pun seronok lain macam dapat berborak tengok Deeja. Suratkhabar sekarang ni pun, tak pernah habis dibaca sebab tak sanggup nak biarkan Deeja 'main' sorang-sorang. Menghadap laptop nak check email pun tak sempat dah.


Abah no more working.. boss already angry.. waa cannot la like that..

Tidur malam pun dah tak selena dulu sebab Deeja kadang-kadang bangun tengah malam. Kalau Deeja tak puas susu badan, Abahnya kena turun ke dapur buatkan Deeja susu S26. Bila nak pergi kerja, tak puas-puas cium Deeja, macam tak nak pergi kerja pulak. Tapi yang herannya, orang kat ofis kata abahnya sekarang muka berseri-seri sejak ada baby baru ni. Sampaikan ada kawan ofis kata dia pun nak ada baby lagilah..



Ayan, Farah dan Faris pun semakin sibuk melayan Deeja. Sejak awal lagi, Ayan yang paling berani  mengangkat Deeja, dah jadi macam mainan pulak Che Mid tengok. Sampai menangis Deeja dibuatnya. Faris pulak curi-curi dokong Deeja taim orang tak nampak, si Farah cuma berani cuit pipi je. Baru-baru ni je konfiden dokong Deeja.

Masing-masing panggil Deeja 'Adik'. Si Faris pulak memang Che Mid dan abahnya selalu panggil dia Adik. Kadang-kadang bila panggil Deeja 'adik', Faris pulak tak pasal-pasal menyahut .. mana tau akan ada adik lagi selepas Fariskan! Konfius konfius..

Deeja pakai baju mix & match - baju dan topi dari kak Azyan, sarung tangan dan seluar orang lain bagi.

Che Mid pulak masih terkial-kial mengejas masa - mana nak mandikan Deeja, mandikan diri sendiri, pakai bengkung, layan tetamu yang kadang-kadang datang tak kena taim.. pas tu mengantuk siang hari tak boleh nak tolong dah.. malam melayan karenah Deeja.. Apa pun, Che Mid sangat bahagia.. Alhamdulillah