Ads

Friday, March 5, 2010

Sup Sayur dan Ikan Merah Masak Kicap

Masa tengah berpantang dan bercuti ke dapur ni, Ayan yang jadi Master Chef. Kalau hari tak sekolah, Farah pulak ke dapur. Abahnya pulak tukang beli lauk pauk. Nak tau, hari Sabtu lepas, abahnya dan Ayan ke pasar malam beli lauk. Sebelum keluar tu, dia tanya nak beli ikan apa. Che Mid ingatkan dah tau sebab dah beberapa kali beli sebelum ni, jadi Che Mid kata beli ikan apa-apa je yang tak gatal.

Balik dari pasar malam, dengan penuh yakin dan konfidennya, che abang bagi tau, " Ida, abang dah beli ikan best punya untuk Ida, boleh stok untuk beberapa hari.". Che Mid pun senyum lebar dan tanya, " Ikan apa abang beli?".  Che Abang dengan bangganya menjawab, " Ha.. ikan merah..... ikan tenggiri.... ikan kerisi dan............ ikan pari...". " Ha! Ikan pari tu sape makan?" Che Mid tanya balik. Che abang kata, " Hish.. untuk Ida la...". Apa?  Mana Ida boleh makan, bentan nanti..". "Ok, takpe.. Ida tak boleh makan, abang makan".

Tapi lauk standard masa dalam pantang ialah bilis goreng campur bawang merah dan bawang puteh goreng. Gaulkan kedua-duanya dan simpan dalam bekas. Bila nak makan, senduk dalam pinggan, tabur lada hitam dan bubuh kicap manis Bilal sikit. Setiap kali makan, bilis goreng mesti ada.

Kali ini, Che Mid nak tunjuk resepi kelmarin. Sup sayur campur dan ikan merah masak kicap.

Stail orang Jawa, sayur cuma akan dimasak beneng je. Tapi sup sayur ni, kira moderen sikitla kan.. Bunga jagung, brokoli dan kubis bunga dipotong besar-besar. Lobak merak dipotong nipis je supaya cepat empuk. Lepas rebus dalam air dan campur bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan sedikit kiub ayam dan sup bunjut. Bila nak masak, masukkan garam, daun sup dan bawang goreng.



Seperti biasa ikan merah digoreng dulu. Ketepikan. Tumiskan bahan lain seperti bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan kicap manis dan kicap masin secukup gelapnya. Tambahkan sikit garam dan gula jika perlu.



Sepinggan nasi panas, tapi selalunya Che Mid tak habis, sebab suka ratah sayur. Air minum pulak, Che Mid suka sangat minum Ribena. Rasa segar dan tak loya sebab makan ikan. Petua : Sebelum makan, pastikan dah pakai bengkung dan ikat kuat-kuat. Kita akan cepat rasa kenyang.. he he



Untuk pencuci mulut, selalu makan awal tapi dalam pantang ni, kena makan las - las untuk hilang rasa hanyir ikan atau lauk lain. Buah jambu madu dah jadi kewajipan sejak mengandung lagi... suka bebeno..tak tau nape




Dan yang paling utama, Che Mid akan minum air gamat ni. Dua sudu selepas makan. Nasihat Che Mid, kalau tak berani nak makan jamu, takut anak kena kuning, amalkanlah minum air gamat ni dulu. Bagus untuk memulihkan luka dan menyembuhkan jahitan. Rasa air gamat ni tak hanyir langsung, tapi masin. Bila yakin baby tak kena kuning atau dah sembuh, barulah makan jamu ke serapat ke.. cotek ke wat eve.. la

7 comments:

Rinnchan said...

Salam kabare,
Ida...sori banget sbb tak sempat nak ziarah ida masa balik cuti CNY ari tu. Tak tau mana silapnya plan tersasar.. Kalau dak boleeee gak belek2 "anak sedara" baru he he he... Ye lah, antara gang2 kita anak ida tu boleh dikira bongsu tauuu.... Yg lelain termasuk yg ckp ni dah tak sanggup nak timang baby pada usia2 begini keh keh.. dah tutup kedai !! Skrng nak bagi masa utk diri sendiri lebih dari dulu.
Menu berpantang tu kira standardlaaaa..... tapi momen tak bole lupa masa berpantang yg last ialah, cik abg kita mengurut kita sampai 20 hari !!! Ada percaya ka !!! Betoiii..... Tak panggil pun mak bidan mengurut. Anyway.... Semoga terus sihat sampai habis pantang...

nurul said...

salam kak, pekaba? dah brape hari pantang ye hari ni?moga akak semakin sihat hendaknya...

sy time pantang dulu pon ikan bilis goreng mesti ada tiap2 ari....
sdap pulak nmpak ikan merah msk kicap tu..time pntng ni lah sonok dpt mkn ikan merah slalu coz peberet sy..hehehe...

air gamad tu mana nak carik kak? sini ada tk? ke kene carik kt langkawi nun?

che mid said...

Rin, a ah memang tunggu pun Rin datang sebab Ana ada bagi tau Rin balik kampung. Tp faham2la kalau balik kampung tentu jadual padatkan.. tak pe lain kali datang ya.. atau kita gi SP haha.
Anak sedara baru ni makin hari makin manja. skrg ni dok ataih riba lepas menyusu. Bila letak dia terjaga, bila riba e eh tido pulak..

Wah beruntunglah, che abang pandai urut. Ish sampai 20 hari urut tu tentu upah mahai no!. Kita cuma 5 hari je..
Hari ahad last day pantang cukup 40 hari la.. yess... mendeka!!

che mid said...

Nurul, Hari ni ( senin) dah 34 hari. Har ahad ni 40 hari dah. Air gamat tu boleh beli di mana-mana toko jamu. Yang akak beli tu kat tingkat bawah Tesco je, tapi masin sangat. Sebelum ni mak akak beli di Langkawi tak berapa masin, tapi elok masin dari pahit kan kan!

Nizam Awang Brahim said...

Air Gamat ori koi pernoh minum dulu.Pupu koi bawok dari Pangkor.Bau dia perghhhh.Boleh muntoh lewoh weh.

*Ande gi Jenderok tak 20hb ni.Koi turun nanti...

che mid said...

J Desa, InsyaAllah, kami turun Jenderok juga

Ayu said...

Salam Kak,
Ahad ni 40 hari??? cepatnya masa berlalu..rasanya baru seminggu deeja lahir... he he

20hb di Jenderak? ada apa?