Ads

Wednesday, May 26, 2010

Tukang Kasut Depan CIMB



Pada suatu pagi kira-kira jam 10 pagi:

Che Abang : Abang nak keluar ni.. nak pergi ambik kasut kulit hitam yang antar reper ari tu, Ida nak ikut?
Che Mid  : Macam malas je.. abang reper kat mana?
Che Abang : Ala.. kat depan CIMB Setia Alam tu, kat kaki lima. Abang antar sebelum pergi outstesen minggu lepas.
Che Mid : Jom lah.. lepas tu boleh singgah TESCO, beli jajan.. (tersengeh-sengeh)

Maka kami pun bersiaplah, bawak Deeja sekali.

Sampai je kat depan CIMB, senyap je, takde aktiviti reper mereper kasut pun. Orang keluar duit adalah...

Che Abang : Belum bukak kut..
Che Mid : Kita pegi TESKO dululah.. (tak ingat bende lain)

Maka kami berjalan-jalan di TESKO sambil cari mainan Deeja (yang boleh digigit-gigit dalam mulut dia). Lepas tu kami pergi lagi ke depan CIMB.

Che Abang : Eh, tak bukak lagi (dengan penuh keheranan)
Che Mid  : Cuti kut... (tak kisah gak)
Che Abang : Ok.. esok kita datang lagi.

Esoknya, dengan perasaan berkobar-kobar, kami pun gerak lagi ke depan CIMB. Aktiviti bank seperti biasa, tapi aktiviti reper-mereper kasut tidak seperti biasa. Sebiji kasut pun tak nampak nikan pulak tukang kasutnya.

Che Abang  : Tak bukak lagi!!!
Che Mid  : Dah kena rampas MPK kut (dengan selambanya)
Che Abang : Entah entah pendatang tanpa izin..
Che Mid  : Ha ha.. kasut abang dah kena sita.. abang kena tuntut kat MPK..ha ha (bergurau senda lagi!!)

Che Abang : HABIS TU, ESOK KEJE NAK PAKAI KASUT APA?? (Jeng jeng jeng!!)
Che Mid : Err.. er.. kasut abang itu je ke, ada kasut lain kan..kan.. kan.. (dengan muka kesian)


Sunday, May 23, 2010

Emak Ayah Bercerai, Anak Jadi Tokoh Pelajar


Kisah ini terjadi pada tahun 2009.

Farah ada seorang kawan rapat dari sekolah rendah. Namanya Aisyah. Selain dari dia yang bongsu Aisyah mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Aisyah ni seorang budak yang cantik, pandai dan aktif bersukan. Selain dari sekelas dengan Farah, mereka pernah mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid. Che Mid selalu juga jumpa dengan Aisyah ni, kadang-kadang Aisyah tumpang kereta Che Mid untuk pergi atau balik sekolah.

Aisyah sering juga mengadu pada Farah tentang ibu dan ayahnya yang sering bergaduh terutama sejak kebelakangan ini. Suatu hari, Aisyah beritahu yang dia akan berpindah sekolah ke Segamat, Johor mengikut makciknya. Sebabnya ialah, rumahtangga ayah dan ibunya tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka sekeluarga terpaksa berpecah. Aisyah akan ke Johor, kakak Aisyah berpindah bersama ibunya di Nilai, ayahnya berpindah ke Pahang dan abangnya tinggal berseorangan di rumah sedia ada. Si abang tidak dapat mengikut ibunya memandangkan peperiksaan SPM yang semakin hampir.

Che Mid sempat bertemu sekejap dengan Aisyah pada hari terakhir sekolahnya. Merah dan bengkak mata dua rakan karib tu, Che Mid hanya boleh beri kata-kata semangat pada Aisyah. Selepas itu, Farah dan Aisyah semakin jarang berhubung kerana jarak yang jauh. Sesekali mereka berceloteh melalui myspace dan telefon. Namun semakin lama semakin berkurangan. Paling kesian ialah abang Aisyah yang terpaksa tinggal sendirian dan bergelut dengan peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi tanpa ada orang yang menjaga makan pakainya.  

Tidak lama selepas itu, Che Mid dapat tahu yang ibu bapa Aisyah telah pun bercerai dan ayahnya telah pun berkahwin lain. Rumah yang mereka diami selama ini telahpun dijual.

Satu hari, sepulangnya Farah dari sekolah, Farah beritahu Che Mid yang abang Aisyah telah diumumkan sebagai Tokoh Pelajar 2009 sekolahnya setelah berjaya memperoleh 11A dalam peperiksaan SPM. Subhanallah!! Air mata Che Mid hampir mengalir apabila mendengar berita itu.

Jelaslah, tiada apa yang boleh menghalang seseorang untuk berjaya jika ada kemahuan dan azam yang kuat. Ini membuktikan bahawa sesiapa yang mendakwa perceraian ibubapa mengakibatkan kegagalan adalah ALASAN semata-mata. Mungkin abang Aisyah telah menjadikan perpecahan keluarganya sebagai penguat semangat kejayaannya.

Untuk Aisyah, maafkan Che Mid andai membaca entri ini. Bukan niat Che Mid mengaibkan Aisyah tetapi sebagai teladan dan perangsang untuk Farah dan sesiapa yang membacanya.

Tiga serangkai - Farah, Tuti dan Aisyah - kali terakhir makan bersama sebelum berpisah.

Friday, May 21, 2010

Keluarga Bahagia Acik

Sebenarnya Che Mid sedang siapkan satu entri ni. Tengah mencari gambar untuk lampiran, tetiba terrrnampak foto lama dalam fail. Gambar ni Che Mid dapat secara tak sengaja masa 'selamatkan' ha.. ha.. makna 'save' gambar lain dari kamera Acik.

Sori lah Acik, akak tak mintak izin dulu untuk paparkan gambar famili Acik ni, tak surprise la pulak nanti. Tapi Acik tengok dulu... kalau rasa tak sesuaiiii... akak keluarkan dari blog, kalau ok... enjoyyy la ..Akak suka tengok telatah budak-budak tu, sayang pulak kalau simpan dalam komputerkan, ala.. apa salahnya share kehapinesan korang.. yek yek..

Kalau ikut data fail, gambar ni diambil pada tahun 2004, Che Mid pun tak tau mereka ni dalam perjalanan ke mana..layan je lah ya


Inilah Acik kesayanganku. Nama penuh Cikgu Kalimah bt Mohd Jamil, umur 42 tahun, mengajar di Sekolah Kebangsaan Meru 2. Sekarang ni baru sambung belajar di UTM. Antara adik beradik Che Mid, dialah yang paling lemah lembut sekali, Che Mid yang paling huha huha.. ha ha ha





Ahli keluarga Acik - Adam, Ammar dan Ashman. Suami ialah Cikgu Abdul Jamil bin Puteh, orang Sik, Kedah.


Adam dah Tingkatan 4 (dapat 8A masa PMR 2009), Ammar darjah 4 dan Ashman Tingkatan 2


Apalah yang dia orang buat kat tepi jalan sunyi-sunyi tu..Ammar, cantik gigi... dah gosok ke belum?



Apahal si Ashman pakai kain pelekat tu? Terbeser dalam seluar ke..


Dah jadi pendekar pulak, nak meminang puteri gunung fraser ke


Syoknya makan di tepi jalan, simpel je menunya, tapi tentu berselerakan..



Berposing di kebun bunga.. kat Cameron ke Fraser ni.. konfiusla..


Teleng punya teleng... suka makan leher ayam la tu



3 orang hero kesayangan Acik dan Min

Semua gambar tu tahun 2004 punya, sekarang 2010. Budak-budak tu dah lebih tinggi dari Abahnya. Emaknya... em.. makin ketot.. he he



Wednesday, May 19, 2010

Spaghetti Makanan Laut

Hari tu Che Mid tertengok rancangan masakan di TV2, chefnya Nyonya Cina yang bulat-bulat muka dia. Dia masak spaghetti makanan laut, Che Mid pun jadi teringin nak cuba selepas diolah sedikit.

Bahan-bahannya:-

Sebungkus spaghetti direbus sampai empuk
Sedikit udang basah (buang kulit)
Sebiji capsicum hijau (potong dadu)
Setin cendawan butang ( belah empat)
Setengah batang lobak merah ( potong panjang2)
1 pokok daun bawang (potong panjang)
5 bungkus isi ketam (potong kecil)
2 labu bawang besar (potong kecil)
4 biji bawang putih (racik)
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 bungkus kiub ayam
2 sudu sos tiram
sedikit minyak memasak
Garam secukup rasa

Cara memasak:-

Tumis bawang besar dan bawang putih dalam minyak.
Lepas tu masukkan lada hitam, sos tiram dan kiub ayam.
Masukkan udang, cendawan, lobak dan capsicum. Biar sekejap. Kalau nampak kering masukkan sedikit air.
Masukkan spaghetti yang telah ditos dan kacau rata. Masukkan garam dan isi ketam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan matikan api.

Peringatan : - Makan ketika panas, sebab tak berapa pedas. Kalau nak 'kaw' lagi, tambah dengan cili padi potong kecil yang direndam kicap.


 

Nampak sedapkan! Spaghetti dalam mangkuk ni nak antar ke jiran sebelah.



Thursday, May 13, 2010

Adventure Tak Kena Tempat



Kadang-kadang bila kita beria-ia merancang sesuatu susah betul nak jadi.Tapi bila benda plan 'on the spot' boleh pulak jadi. Macam entri kali ni, Che Mid nak cerita tentang mandi-manda di kolam renang Bukit Cahaya Sri Alam. Alam hutan rekreasi yang ada rumah salji tu. Tapi kami cuma nak mandi je, jadi terus tuju ke kolam renang sajalah.

Dah namanya pun hutan, hujan renyai-renyai pulak tu. Patutnya tak elok bawa budak kecik ke situ, tapi bawak juga. Che Mid pergi dengan keluarga adik dengan menaiki 2 mpv dan satu kereta. Sendat macam sardin. Masa tu dah pukul 4 petang dan pintu masuk akan ditutup pada pukul 4.30 petang. Oleh sebab train yang terakhir dah terlepas, hujan pulak mula turun, kereta memang tak boleh bawak masuk dan baby pulak ada 4 orang, jadi kami terpaksa redah berjalan kaki menuju ke kolam renang tu.


Jalan berbelok-belok semakin jauh ke dalam hutan. Yang lain-lain dah jauh ke depan.


Payung ada dua je. Satu Cik Anjang pakai sebab dia dokong Mimi (belakang). Cik Adek payungkan Cik Ain yang bawa baby Ian, Aidid kat kereta tolak (selubung dengan lampin Deeja macam Pak Lobai). Deeja dah jalan dulu dengan Pak Ngah dan Mak Ngah Limah.


Saja tunjuk arah ni.. tak singgah pun


Dah sampai kolam renang. Basah tudung Mak Ngah kena hujan. Suasana mendung sangat macam dah nak maghrib, maklumlah dalam hutan.


Mak-mak budak tak mandi, melaram dan makan je.



Dengar semua!! Masa mandi jangan tu.. jangan ini... bla ..bla..

Mmmm.. syoknya mandi!! Andi (kanan) tak nak mandi pakai spender nanti basah! Dia nak bogel je..


Iman dan Ammar dua sepupu yang terlalu rapat walaupun jarak umur 2 tahun. Apa yang Ammar buat Iman akan ikut.  Ammar pandai berenang, Iman tak pandai. Ammar pergi tempat air dalam, Iman ikut je. Tiba-tiba nampak Iman tenggelam timbul, eh.. Iman main-main ke ni.. Che Mid yang tengah pegang kamera pun macam tak caya je. Tiba-tiba Iman tenggelam lagi.. Ayah Iman terus lompat ke dalam air dan tarik Iman ke tepi. Che Mid yang tengah pegang kamera pun tak tersnap.. tergamam!!


Mamat diangkat ibunya selepas mandi


 
Lepas mandi makan burger tempahan khas dari makcik gerai yang dah nak tutup


Pia dan Caca bergaya dengan abang sepupu Adam

Masa budak-budak tengah mandi, Mak Nenek sibuk menjaga baby-baby. Dia takut sangat baby melalak tengah-tengah hutan tu. Baby-baby macam tu kan... banyak 'benda' yang suka kat tempat-tempat macam tu.


Baby Aidid tidur



Baby Deeja pun tidur


Baby Ian .. wah wah wah nak jadi hero ya!!


Baby Mimi.. ewah ewah bergaya sakan!!


Sekitar 6.30 petang kami berangkat pulang keluar hutan. Pak Ngah dapat kebenaran membawa keretanya masuk, jadi kami bergilir naik kereta sampai keluar pagar. Satu lagi problem timbul bila alarm kereta Cik Anjang tak boleh digunakan gara-gara terkena air masa Cik Anjang selamatkan Iman di kolam renang tadi. Ambik masa lebih kurang 15-20 minit jugalah nak selesaikan masalah tu. Akhirnya kami bertolak pulang sejurus sebelum maghrib.

Esok pagi dapat sms dari Mak Ngah tanyakan Deeja ok tak. Che Mid Deeja ok. Rupanya Ian yang tak boleh tidur sepanjang malam, asyik menangis je. Bila Mak Nenek bawa jumpa Wak Ju, barulah tahu ada 'benda' ikut Ian balik.

Sapa nak ikut pegi mandi kolam???? Apa pun, Che Mid suka sangat gambar ni... saja je aplod las sekali.



Aidid al-Fathi aka Lebai Udit


Monday, May 10, 2010

Majlis Cukur Jambul Deeja & Ian - saat-saat ceria (akhir)

Che Mid and famili terlalu sibuk dengan persiapan dan melayan tetamu, terlupa nak ambil gambar hidangan. Che Mid ralat betul. Che Abang pulak tak berapa terer guna kamera Ayan , jadi gambar tu ada yang tak berapa jadi. Jadi gambar makanan tu, dapat sipi-sipi ajelah.

Macam Che Mid cakap awal-awal lagi, kami aqiqah seekor lembukan.. Ha, yang tulang temulang tu, kami masak sup, Ish, sup tulang abah Che Mid memang kelas tau!! Selain dari sup tulang, daging masak kicap, masak korma pun ada. Sunat masak daging aqiqah ni dengan masakan yang manis-manis. Selain dari hidangan, kami juga buatkan 'berkat' untuk dibawa pulang oleh jemputan.

Murah rezeki sungguh kerana ramai sedara mara yang datang bawa kuih muih sekali. Che Mid dan Ain dah naik risau, sebab takut makanan berlebihan. Alhamdulillah, semuanya habis menjelang malam. Adalah sikit untuk kami tuan rumah makan esok pagi. Ok lah tu.

Emak sedara dan sepupu sedang menyediakan bungkusan berkat. Dalam dulang tu sambal goreng tempe yang memang sedap.


Daging korma seperiuk besar... kanak-kanak remaja tu semua kawan Faris. Berpeluh-peluh buat kerja. Ibu janji nak belanja KFC lepas ni


Nasib baik ada bebudak ni, kurang sikit kerja orang tua.


Ha tu! nak mengelat ke mana pulak


Che Abang dan gang ofis, En Saiful & keluarga serta Cik Siti. Terima kasih sudi datang. Lain kali datang lagi.



Rakan sekerja Che Abang, En Hamzan dan keluarga yang comel dan kiut sekali. Sebelah malamnya, En Rahman & keluarga pula datang, tapi no pikce la.


Aida Ali datang dengan babynya yang lahir 20 hari selepas Deeja. Nampak besarkan.. ya lah.. berat masa lahir 4.7kg!!

Baby Azyan nak sayang baby Deeja


Sulaiman dan famili, kawan Che Mid masa sekolah menengah. Rasanya dah 20 tahun tak jumpa, rupa-rupanya tinggal di Setia Alam, tak jauh dari rumah Che Mid.


Roszana, Aina dan Che Mid - kami satu kelas dari darjah 1


Aina, Suriyati ( Chef of the day) dan Mastura pun sebaya gak, tapi dah lamaaaa sangat tak jumpa. Sampai dah tak ingat nama.

Ini pula kawan-kawan satu tempat kerja, sama-sama ambil VSS. Pun dah lama tak jumpa. Kiranya majlis ni jadi majlis 'reunion' lah.

Ustazah Salmah, guru Fardhu Ain kumpulan Che Mid pun sudi hadir walaupun cuma melalui sms pagi hari kenduri tu.

Deeja dan Kamliah, kawan sesama pergi umrah pada tahun 2004. Kami jarang berjumpa atau bertelefon, tapi sesekali jumpa sampai sehari suntuk. Kamliah, you're a true friend. Tidak berhubungan bukan bermakna putus persahabatan, harap berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Dalam dan luar rumah dipenuhi tetamu yang turut meraikan majlis marhaban.


Che Mid bergambar dengan sepupu dan ibu sedara sebelah abah.

Emak Che Mid yang berbaju biru dan satu-satunya adik perempuan, Cik Iti, yang sedang menunggu masa pembedahan membuang fibroid di rahimnya. Tetap sudi hadir walau sedang dalam keuzuran. Terima kasih banyak-banyak.

Deeja diagah oleh Cik Anjangnya. Kan Che Mid dah kata, Deeja enjoy betul hari tu. Tak meragam langsung. Orang sana ambik dia, kang orang sini dukung dia... jadi selebriti!!

Suasana di khemah ketika kumpulan marhaban dan tetamu menjamah hidangan. Aaaa... tak cukup tempat duduk... masuk dalam rumah la ya.. maaf la. Nasib baik tak jadi hujan. Ada satu masa tu,, dah rintik-rintik hujan, tapi berhenti. Lega rasanya.


Tiga dara melaram - Amalina, Farah dan Huda




Mak nenek mendukung cucu ke 17 dan ke 18. Bila dah jadi atuk dan nenek, asyik mengira cucu je la..

Che Mid asyik minum je.. lapar tapi tak sempat nak makan.. emak "pengantin" la katakan. Ni tengah berposing sakan dengan Alang dan Ayu diapit oleh anak dara


Sebelum mereka balik ke Shah Alam dan Ukay Perdana. Syukran jazilan kathiro. Pak Teh tak dapat datang sebab sibuk dengan bisnes, Atuk dan Wan pun tak ada sama sebab ada appoinmen di kampung esoknya. Deeja mana? Entah..

Malam selepas kenduri. Adik-adik Che Mid dah melepek kepenatan. Onyang dah tertidur di sofa. Deeja pun dah tukar gaun glamor.



Selesai sudah majlis Deeja. Terima kasih kepada yang hadir, bagi hadiah pada Deeja, bagi kuih muih dan tolong rewang dari awal sampai habis kenduri. Memang terasa sangat meriahnya. Ada tetamu yang kata, "Eh.. ini bukan cukur jambul.. dah macam kenduri kawin.."