Ads

Wednesday, May 19, 2010

Spaghetti Makanan Laut

Hari tu Che Mid tertengok rancangan masakan di TV2, chefnya Nyonya Cina yang bulat-bulat muka dia. Dia masak spaghetti makanan laut, Che Mid pun jadi teringin nak cuba selepas diolah sedikit.

Bahan-bahannya:-

Sebungkus spaghetti direbus sampai empuk
Sedikit udang basah (buang kulit)
Sebiji capsicum hijau (potong dadu)
Setin cendawan butang ( belah empat)
Setengah batang lobak merah ( potong panjang2)
1 pokok daun bawang (potong panjang)
5 bungkus isi ketam (potong kecil)
2 labu bawang besar (potong kecil)
4 biji bawang putih (racik)
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 bungkus kiub ayam
2 sudu sos tiram
sedikit minyak memasak
Garam secukup rasa

Cara memasak:-

Tumis bawang besar dan bawang putih dalam minyak.
Lepas tu masukkan lada hitam, sos tiram dan kiub ayam.
Masukkan udang, cendawan, lobak dan capsicum. Biar sekejap. Kalau nampak kering masukkan sedikit air.
Masukkan spaghetti yang telah ditos dan kacau rata. Masukkan garam dan isi ketam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan matikan api.

Peringatan : - Makan ketika panas, sebab tak berapa pedas. Kalau nak 'kaw' lagi, tambah dengan cili padi potong kecil yang direndam kicap.


 

Nampak sedapkan! Spaghetti dalam mangkuk ni nak antar ke jiran sebelah.



2 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Koi tak pernoh makan spagetti sebenornye.Ande sari ter merase la.Sedak rupenye yek.

che mid said...

JD - Lepah ni, sughoh orang umoh masok yek..eh..eh.. doh sehak ke dia