Ads

Monday, May 10, 2010

Majlis Cukur Jambul Deeja & Ian 3

Salam. Ok Che Mid sambung balik ceghita pasai cukur jambul. Deeja kat sebelah Che Mid ni, tengah golek-golek. Tengah tidur tapi macam dah nak bangun. Harap-harap sempat habiskan entri sebelum dia merengek nak syusyu..

Eh eh.. sebelum tu, SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU. Doakan anak-anak kita supaya menjadi anak soleh dan soleha. Moga nanti, mereka juga akan memohon keampunan untuk kita apabila kita sudah tiada kelak.


Selepas bertahnik, majlis diteruskan dengan bacaan berzanji oleh ahli kumpulan Che Mid. Masa tu, Che Mid berkejar ke khemah untuk melayan tetamu yang dah ramai. Semasa marhaban, seperti biasa budak kecik dua orang tu diarak dihadapan tetamu dan kemudian di potong sedikit rambutnya. Baby Ian memang rambut lebat, takde masalah untuk di potong. Tapi Deeja takde rambut. Syiann dia.. terpaksa ditarik sedikit sebelum dipotong. Nasib baik Deeja tak meragam. Dalam gambar tu, Mak Lang Dila sedang potong rambut Deeja.

Nenek Siti sedang memotong jambul Ian. Kalau nak tau, Ain (ibu Ian) tu adalah anak ke 7 dari 8 beradik Che Mid. Che Mid anak yang sulung. Jarak umur kami 20 tahun. Tuhan punya kuasa, kami dapat baby baru selang sehari je.. Hikmahnya, Che Mid dan Ain dah jadi semakin rapat sejak dapat baby baru ni. Kami pergi klinik check up baby pun sama-sama.


Mak Ngah Limah pun tak ketinggalan gunting rambut Deeja. Mak Ngah ada anak 3 orang, semua lelaki.



Syiann Deeja... Mak Uda Nor tengah terkial-kial potong rambut Deeja, ada satu makcik pakai tudung pepel tu tarik tangan Deeja nak bagi duit pulak. Deeja mana boleh genggam benda lagi makcik ooii.. bagilah kat ibu je!



Mak Teh Dila punya giliran potong rambut.  Dia baru je keguguran. Tak pelah Mak Teh ya. bagi Deeja besya sikit. Nanti Deeja tolong jaga baby Mak Teh pulak ya.


Ayah Ian pun nak potong rambut Ian jugak.


Pak Cu Acam ada stail sendiri potong jambul. Deeja pun ikut tegak ya!. Memang badan Deeja keras dan kejap.



Kalau disebelah siangnya, kaum muslimat bermarhaban, sebelah malam pulak muslimin mengambil tempat.


Deeja lena atas ribaan abah. Pakai baju glamor bukan main tapi hisap puting!!


Ian pakai baju Melayu warna kuning. Pun tidur lena dan berputing jugak. Biasanya, memang baby akan lena ketika diperdengarkan bacaan berzanji dan marhaban walaupun suara kuat.




 Kelihatan Tok Ketua Kampung sedang potong rambut Deeja. Puting dah tercabut, terletak bawah dagu dia.


Atuk Jamil pulak potong rambut Deeja. Masa ni, Deeja dah terjaga... sempat pandang kamera lagi!



Atuk Jamil pun potong rambut Ian. Atuk sangat sibuk memastikan kenduri cucu-cucunya berjalan lancar. Lepas ni Atuk rehat cukup-cukup ya Tuk!

No comments: