Ads

Friday, May 21, 2010

Keluarga Bahagia Acik

Sebenarnya Che Mid sedang siapkan satu entri ni. Tengah mencari gambar untuk lampiran, tetiba terrrnampak foto lama dalam fail. Gambar ni Che Mid dapat secara tak sengaja masa 'selamatkan' ha.. ha.. makna 'save' gambar lain dari kamera Acik.

Sori lah Acik, akak tak mintak izin dulu untuk paparkan gambar famili Acik ni, tak surprise la pulak nanti. Tapi Acik tengok dulu... kalau rasa tak sesuaiiii... akak keluarkan dari blog, kalau ok... enjoyyy la ..Akak suka tengok telatah budak-budak tu, sayang pulak kalau simpan dalam komputerkan, ala.. apa salahnya share kehapinesan korang.. yek yek..

Kalau ikut data fail, gambar ni diambil pada tahun 2004, Che Mid pun tak tau mereka ni dalam perjalanan ke mana..layan je lah ya


Inilah Acik kesayanganku. Nama penuh Cikgu Kalimah bt Mohd Jamil, umur 42 tahun, mengajar di Sekolah Kebangsaan Meru 2. Sekarang ni baru sambung belajar di UTM. Antara adik beradik Che Mid, dialah yang paling lemah lembut sekali, Che Mid yang paling huha huha.. ha ha ha





Ahli keluarga Acik - Adam, Ammar dan Ashman. Suami ialah Cikgu Abdul Jamil bin Puteh, orang Sik, Kedah.


Adam dah Tingkatan 4 (dapat 8A masa PMR 2009), Ammar darjah 4 dan Ashman Tingkatan 2


Apalah yang dia orang buat kat tepi jalan sunyi-sunyi tu..Ammar, cantik gigi... dah gosok ke belum?



Apahal si Ashman pakai kain pelekat tu? Terbeser dalam seluar ke..


Dah jadi pendekar pulak, nak meminang puteri gunung fraser ke


Syoknya makan di tepi jalan, simpel je menunya, tapi tentu berselerakan..



Berposing di kebun bunga.. kat Cameron ke Fraser ni.. konfiusla..


Teleng punya teleng... suka makan leher ayam la tu



3 orang hero kesayangan Acik dan Min

Semua gambar tu tahun 2004 punya, sekarang 2010. Budak-budak tu dah lebih tinggi dari Abahnya. Emaknya... em.. makin ketot.. he he



4 comments:

Jejaka Desa said...

Amboih....Snep2 sekeluarge yek...

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Hai keluarga Cikgu Jamil & Cikgu Kalimah...

che mid said...

JD- cuba awak selongkar lagi gambo lame-lame, mesti jumpa yang pelik-pelik

Adnaz - Dia orang memang macam tu Agaknya itulah salah satu faktor anak-anak taat dan dengar cakap ibu dan abahnya

Anonymous said...

cikgu jamil ni ajar saya sekolah time darjah empat dulu.... srk2jalanmeru... dia cikgu kelas 4 putih. cikgu kalimah plak guru pbsm. kalau bukan pasal cikgu jamil ni saya rasa saya tak jadi orang sekarang ni.... kirim salam kepada keluarga mereka...

bekas pelajar cecikgu...