Pada Hari Raya Haji lepas, keluarga Che Mid beraya dengan mak mertua di Shah Alam, rumah adik ipar. Malam tu, Farah dan Faris bersama sepupu sebelah abahnya ambil angin di I-City, Shah Alam. Semuanya tidur rumah Mak Lang malam tu..Nampak macam best je..
Lepas jalan-jalan, makan-makan di McDonald pulak. Semua sekali 12 orang termasuk Mak Lang dan Pak Lang.. Emm.. sape belanja tu??
Bersantai di I-City
Sebelum tu main boling di Alam Central. Tentu kecoh sebab lebih banyak masuk longkang dari strike kan!!
Sembilan orang sepupu bergambar ceria.. kalau tengok balik gambar ni 10 tahun lagi, tentu korang gelak sakan.. Terima kasih Mak Lang dan Pak Lang, lain kali ajak Mak Ngah sekali na...
Esoknya, kami makan tengahari di rumah Pakcik Che Mid. Saja Che Mid mintak nak makan dengan Cik Surur dan Cik Jah sambil bermanja-manja sebelum pindah ni..Cik Jah memang rapat dengan Che Mid, kami berjiran dari kami kecik-kecik lagi..
Bersedia untuk menikmati hidangan istimewa air tangan Cik Jah yang memang pandai masak!!
Antaranya, lepas pulut orang Jawa. Sayang Che Mid dah terlalu kenyang untuk makan lepat ni. Sampai sekarang menyesal tak sudah!
Tumis babat atau perut lembu korban. Memang sedap walaupun liat sedikit. Faris suka mencuba makanan baru, tapi Farah dan Ayan tak berani cuba..
Ini sayur beneng kobis dan kentang, siap dengan ikan masin dan sambal belacan.. hai yang mana satu nak makan ni??
Daging korban goreng.. memang sodap yu!! segar dan manis..
Ikan bilis hitam goreng garing..rangup dan menyelerakan
Tak lupa salad Melayu...
Berapa kali Che Mid tambah nasi pun tak ingat.. sedar-sedar dah kenyang. Alhamdulillah, Che Mid doakan Cik Jah suami isteri dipanjangkan umur dan murahkan rezeki. Sentiasa sihat walafiat di sisi cucu-cucu tercinta..
Sehari sebelum pindah, tiba-tiba kami dijemput minum petang di rumah adik Che Mid pulak. Adik-adik perempuan dan keluarga datang kecuali Adik Lina yang kerja lebih masa.
Acik buat cengkodok bilis pun cecah sambal terlebih pedassss!! Adik Nor salahkan cili kering tu!! Mengancam habeh!! Minum pulak dengan air panas kacip fatimah, fuhh cannot imajin yu!! So hot and spicy!!
Tapi dinaturalkan oleh pengat keladi kesukaan Che Mid. Masa mengandung deeja hari tu, Adik Nor jugak yang masakkan pengat ni untuk Che Mid makan!!
Kami berkumpul sampai lepas Maghrib. Emak, Abah pun ada. Terima kasih adik-adikku kerana susah payah memasak untuk akak ni. Nanti mai SP akak masak spesel tuk hang na!! Bila nak mai??