Ads

Tuesday, December 28, 2010

Ingatkan dapat 1 atau 2 A je...

Hari ini 23 Disember 2010,  keputusan PMR bakal diumumkan. Farah dah berjanji dengan gangnya, Basyira, Tuti dan lain-lain untuk ke sekolah bersama-sama pada jam 10.30 pagi. Kami yang dah pun berada di Meru 2 hari sebelum itu bagaimanapun akan ke Hospital Besar Klang terlebih dahulu untuk Farah menjalani pemeriksaan x-ray.
 Hari raya 2008, Farah sedang bergelut dengan TB.
Dalam perjalanan ke sekolah, Basyira menelefon Farah dan memberitahu 14 orang rakan sekelas mendapat 9A. Basyira pun berkata resultnya ok tanpa memberitahu keputusan sebenar.

Tiba di luar sekolah, Farah semakin cemas.  Ibu kata, " Ibu tunggu dalam kereta dengan Deeja. Farah datang balik ke sini nanti ya." Tak sampai 10 minit kelihatan Farah berjalan ke arah ibu. Nampak macam menangis. Ibu pulak yang cemas, "Berapalah anak aku dapat ni, Ya Allah tolonglah kami."

Tiba di kereta, airmata Farah semakin deras. "Farah dapat berapa?". Jawabnya, " Enam A". Ibu peluk Farah. "Kenapa nangis?". " Agha terkejut, ingatkan dapat 1 ke 2 A je...". 

Alhamdulillah. Farah dapat A untuk B Malaysia, Inggeris, Math, Sains, Agama dan Kemahiran Hidup. B untuk Geografi dan Sejarah dan C untuk Bahasa Arab.

Ibu tak pasti bagus atau tak 6A tu, tapi bila memikirkan peperiksaan percubaan , Farah cuma dapat 3A Ibu puas hatilah Farah boleh dapat 6A dalam peperiksaan sebenar. Ada antara kawan sekelas Farah yang baik keputusan peperiksaan percubaan tetapi tak sebagus itu result akhirnya.


Ibu teringat kembali besarnya cabaran Farah untuk dapat 6A. Akhir tahun tingkatan 1, Farah  disahkan mengidap TB. Sepanjang tahun di Tingkatan 2, Farah selalu tak hadir sekolah kerana berulang alik ke klinik dan hospital untuk pemeriksaan atau mengambil ubat. Ibulah yang selalu 'top up' pil-pil dari klinik. Sehari Farah kena makan 12 biji pil tanpa gagal selama hampir setahun. Dan dia anak yang akur pada perintah. Senang menjaga disiplin makan ubatnya tu walau dalam hatinya hati hanya Allah yang tahu.
Farah (abah dukung), abang Firdaus yang meninggal akibat TB juga dan abang Ayan ketika bercuti di Langkawi.

Farah memang tak ambil tuisyen swasta. Abah tak izinkan, sebab abah kata kat rumah pun boleh belajar. Apa yang cikgu di sekolah ajar tu fahamkan betul-betul.


Masa Tingkatan 2, subjek Math sangat menakutkan Farah. Langsung 'blank' sebab diajar dalam Bahasa Inggeris. Bila  Ibu cek kerja sekolah, meleleh-leleh airmata Farah mengadu langsung tak faham. Naik Tingkatan 3 pun asyik gagal Math. Ibu ingat lagi, Farah pernah mengadu 'dikutuk' kawan baiknya kerana susah sangat nak faham Math. 

Tapi, cikgu Math Farah banyak membantu. Setiap hari Rabu selepas waktu sekolah, cikgu akan beri kelas pemulihan Math percuma (inisiatif sendiri) kepada murid yang lemah Math termasuk Farah. Dan Farah ambil peluang itu sepenuhnya! Kadang-kadang Farah tanya Abah. Faris kata Farah selalu berjaga malam buat ulang kaji.

Ibu pulak mabuk mengandung pada akhir tahun lepas. Banyak 'melepaskan' tugas di dapur kepada Farah sebab ibu tak boleh bau dapur. Farah terpaksa lebihkan masa di dapur dari waktu belajar. Bulan Februari tahun ini pula, Deeja lahir. Lagi banyak Farah kena buat kerja rumah. Munculnya seorang lagi ahli keluarga secara tak langsung 'menggugat' jadual waktu menjadi semakin sibuk. Farah kena jaga adik masa ibu ke kedai, ke surau atau masjid, mesyuarat malam-malam, tidurkan adik, buat susu Deeja dan tukar lampin Deeja. Tapi Farah tak komplen...

Cayang bucuk abah lena di dada

Maafkan ibu sebab tak bimbing Farah betul-betul. Masa ibu nak periksa dulu, Mak Nenek akan tunggu ibu belajar tak kira selewat mana. Tapi ibu tak tunggu Farah pun. Ibu asyik masuk bilik cepat nak tidurkan Deeja atau nak tengok cerita Korea kat TV dalam bilik.

Bila ibu ronda blog kawan-kawan ibu, ramai suka anak-anak dapat 8 atau 9A. Takde pun yang tulis anak dapat 6A ke 5A atau takde A ke..Tapi ibu tak malu bagi tau orang anak ibu dapat 6A2B1C. Ibu dah dapat rasa Farah akan dapat 6A dua tiga hari sebelum result keluar lagi. Abah pun suka sangat. Atuk-atuk, Wan dan Mak Nenek pun suka. Mak Ngah, Mak Uda, Mak Lang, Mak-mak Teh, Mak Cu pun suka sangat.

Ibu yakin Farah akan dapat keputusan yang baik. Kalau Farah sihat, mungkin keputusan Farah lebih baik. Tetapi bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi. Farah anak yang baik, dengar kata dan tak degil. Dalam doa ibu menjelang keputusan keluar, ibu selalu memohon begini, " Ya Allah, Kau berilah keputusan PMR yang cemerlang kepada anakku Farah Khalidah. Kasihanilah dia Ya Allah, dia dah belajar bersungguih-sungguh Ya Allah, dia anak yang baik Ya Allah dan dia anak yang taat Ya Allah." Itulah ibu doa berulang kali.

Sekarang Farah dah pun berjaya dalam PMR. Insyaallah, teruskan usaha di sekolah baru nanti. Buktikan Farah boleh cemerlang dalam SPM pula.Terima kasih kerana telah menggembirakan abah dan ibu.

11 comments:

indahhouse said...

Salam che mid,
Sayu hati saya kak.... Farah anak yang baik. Beruntung kak. Farah dapat banyak A dah tu. Bravo! Tahniah!

Allah bagi ujian bagi orang yg terpilih. Kuatkan hafalan, dan banyak buat revision dan latihan pra sebelum masuk subjek baru. Itulah yg budak tuisyen selalu dapat di kelas tuisyen. Sama je kalu buat di rumah. Moga Farah semakin sihat dan diterangkan hati dalam menghadapi pelajaran. Amin.. :D

Kakzakie said...

Salam Che Mid,

Entah mengapa tiba-tiba airmata ini luruh. Farah anak yang baik. Kalaulah anak kakak rajin belajar macam Farah alangkah baiknya.Anak-anak kakak masih kena pantau (no. 2 and 3) sebab yg sulung dah tinggal di asrama tak tahu macam mana tapi dulu masa tinggal sama pun mesti nak kena pantau selalu.

Doa auntie moga Farah teus cemerlang dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

norliza_osman said...

Salam Che Mid.. Tahniah Farah.. Alhamdulillah, Farah anak yang baik.. tahniah buat Che Mid juga sebab berjaya didik Farah jadi anak yang mendengar kata..

Adnazthie said...

Assalam Che Mid,

TAHNIAH untuk Che Mid sekeluarga..

Rahayu said...

Assalamualaikum.. menitis juga air mata ini... mak Chu tau Farah boleh... teringat masa Afruz dpt result UPSR last year..harap sgt Afruz akan ikut jejak langkah Farah utk PMR tahun 2012...

Che Mid said...

indah - Amin. Doa kita diperkenankan. Pagi tadi, doktor sahkan Farah bebas TB, dan tak payah lagi check up. Alhamdulillah

Che Mid said...

Kakzakie - Naluri ibukan, memang cepat tersentuh bila cerita bab anak-anak ni. Terima kasih atas doa, kebaikan jua dipohon untuk anak-anak kakzakie

Che Mid said...

Liza - memang tak sukar mendidik Farah setakat ini.

Che Mid said...

Adnaz - Salam, WAH... lama tak tinggal jejak.. sibuk amat la tu. terima kasih atas ucapan.

Che Mid said...

Ayu - menitis air mata .. lebih2 lagi ada gambar abg firdauskan..

Lina Rahim said...

Tahniah untuk Farah..ok la tu..saya dulu pun tak tuisyen..belajar sendiri je..

Kak Mid, ada award utk Kak Mid. Klik (link)