Ads

Friday, December 17, 2010

Wah.. Banyaknya Anggur!!

Pernah dengar tak orang kata di Kedah ada ladang anggur? Jom pi tengok di Kampung Ternas, Telaga Batu, Sik atau di http://www.berislakegrapes.com.my/

Mengikut cerita, ladang anggur ni dipunyai oleh seorang wanita dari Pulau Pinang yang telah membeli tanah seluas 34 ekar. Mempunyai kira-kira 1000 batang pokok yang terdiri dari empat jenis anggur iaitu black opal, black grape, white malaga dan loose pelite; 2 yang warna gelap dan dua lagi berwarna hijau.
Lokasi ladang yang terletak di tepi Tasik Beris dan berlatarkan banjaran gunung berkabus memang sangat cantik lagi mengasyikkan. Bagi Che Mid tuan punya ladang ni tentunya seorang yang kreatif, berani berfikir dan bertindak 'di luar kotak'. Bukan sebarangan orang sanggup mengambil risiko mengusahakan perniagaan yang 'luarbiasa' nun jauh di utara Malaysia.

 
Bayaran masuk RM3 dewasa dan kanak-kanak pula RM1.50. Rasa mahal pulak untuk sekadar menatap anggur. Che Mid rasa pihak ladang ni, boleh sediakan satu pusat penerangan tentang anggur, bagaimana ditanam dan prosesnya. Tentu ramai nak tau selain dari menengok pokok anggur.
Gambar luar bangunan pejabat ladang anggur.
Tu dia ladang yang berbumbung putih. Masa Che Mid melawat, suasana mendung dan hujan.

Siapa tak geram tengok anggur bergayutan atas kepala!! Tapi cuma boleh dipandang, tak boleh dimakan. Usia anggur tu dalam 4 bulan, seminggu lagi boleh dituai. Eh eh tuai ke petik?

 
Bahagian bawahnya pulak berbatas-batas. Sangat bersih. Bila dah habis dipetik nanti, pekerja akan mencantas dahan-dahan sampai togel, barulah putik baru akan tumbuh dan berbuah semula.


 Ramai betul pengunjung yang datang, walaupun masa tu dah pukul 6 petang.. dah nak tutup.


 Inilah antara anggur dan suku sakat anggur yang dijual. Rasa buah anggur memang lebih sedap dan rangup dari yang diimport. Manis dan segar! Produk lain adalah seperti jus anggur, kordial, losyen pun turut dijual.

 Masing-masing membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

 Antara kebaikan buah anggur .. takde bahasa Melayu ke? Ini di Malaysiake di London?? Che Mid pantang betul tengok benda macam ni, dahlah takde terjemahan.. memanglah orang Melayu Malaysia ni terer Bahasa Inggeris, tapi janganlah sampai mengkhianati bahasa ibunda sendiri!! Kalau dah Melayu tak suka bahasa Melayu, tu bukan Melayu namanya!!

 Pengantin tak lepaskan peluang mengambil gambar 'outdoor shooting' di sini. Che Mid nampak ada 3 pasang pengantin bergambar.

 Cafe yang besar ini turut disediakan untuk pengunjung. Tapi masa Che Mid datang tu, tidak beroperasi. Tempat yang baik untuk buat majlis kecil-kecilan. Tapi tak taulah dibuka untuk tempahan untuk orang luar atau tidak..

 Di tepi cafe tu pulak ada Tasik Beris yang sangat indah panoramanya. Gambar 'header' di atas pun gambar Tasik Beris nilah.

 Kalau memandu lagi ke depan, terdapat D'Puncak Beris Lake Resort, tempat perkhemahan dan memancing. Suasana di lereng bukit dan di tepi tasik memang sunyi dan tenang. (menakutkan juga bagi sesetengah orang).

Dengar cerita tempat ni dulunya adalah perkampungan. Penduduk semua dah dipindahkan ke tempat baru dan kampung pun ditenggelami air menjadi tasik. Kalau diperhati betul-betul memang kita akan lihat kesan jalanraya dan rumah-rumah tinggal di tepi tasik tu. Tuan punya resort tu pun penduduk situ, tapi mujur tanahnya tidak tenggelam cuma di lereng bukit. Bolehlah diusahakan menjadi resort.

Sape nak pergi ladang anggur? Jom, Che Mid boleh tunjukkan. Jadi pemandu pelancong tak bertauliah..ha ha

18 comments:

Jejaka Desa said...

Resort tepi tasik ni beh amat.Sejuk je rase memandang kehijauan alam

Lina Rahim said...

wah, tak sangka anggur boleh hidup kat Malaysia ni..ingatkan anggur nak tumbuh kat tempat sejuk je.

norliza_osman said...

Laa.. che mid dah sampai sana.. Liza yang kat cini.. pun tak sampai lagi.. hehehe

Che Mid said...

JD - Beh memang beh, tapi lama lama memandang, boleh jadi serammm..

Che Mid said...

Lina - orang yang berfikir think out of the box.. inilah hasilnya. Orang macam akak ni, baru julur kaki luar kotak sikit, dah tarik masuk balik kah kah.. sampai bila2 pun tak kemana

Che Mid said...

Liza - bulan ni je dah 3 kali che mid pegi. Mula-mula pergi adik bawa lepas tu kita pulak bawak orang lain.. dah jadi tour guide tak bertauliah katakan..

sonata anak kancil said...

salam...woow tak tahu pulak ada ladang anggur...mada tempat baru boleh singgah ni...tak boleh jadi ni...insyaAllah akan sampai jua ke sana

Kakzakie said...

Salam Che Mid,

Seronok makan anggur atau seronok berjalan? Nampak kegembiraan di wajah2 putera-puteri.

Kalau kakak nak ke sana che mid kena jadi tour guide. He..he...

mama ju, said...

aslkm Che Mid

tkasih info ni..mama memang tak pernah tau..tau kat perlis tu je..

dalam deko Glam ada cerita rumah Farouk yg penuh dgn art. Antaranya lukisan Hamir...mama suka dia dah maju 3,4 tapak.Farouk tu mcm2 lukisan dr org ternama ada.Banyaknya dia dia...hehe sori,

dkt fb pakai akaun apa?

AzMask said...

Salam cik Mid... baru ni tahu pasal ladang anggur ni.. Kalau pergi utara boleh jugak ke sini yer. Tima kasih info ni Cik Mid

Che Mid said...

sonata - tak sangka ramai yang tak tau, takpe che mid dah tolong promosikan .. satu hari nanti sampailah tu.. insyaallah

Che Mid said...

kakzakie - no problem.. siap homestay free sekali!!

Che Mid said...

Mama Ju - Allah beri kelebihan elok dimanaafatkan.. acc fb hamidah jamil

Che Mid said...

azmask - dah sampai utara nanti singgah SP sekali naa

CekWa said...

bestnyer dpt gi ladang anggur, cekwa belum pernah merasa!

Che Mid said...

Cekwa - rasa buah anggur kat situ memang lagi sedap dan rangup.. bila balik sini nanti bolehlah jengah..

Nora Asfa said...

Bestnya Che Mid. Cantik panorama tempat ni dan geram sangat tenguk buah anggur tu... teringin pulak rasa hati nak ke tempat ni!!

Anonymous said...

Benar kah anggur yg dijual hasil tanaman disitu?

Sy dok @SP, difahamkan dari pemborong buah, tauke dia mai beli anggur dah jual melebihi harga pasaran.

..harap anggapan saya salah. Jika benar - maka tipah tertipu.