Ads

Wednesday, February 9, 2011

Resdung + tonsil = ??

Dah bertahun Che Mid resdung. Alahan pada habuk dan cuaca. Boleh dikatakan setiap pagi Che Mid akan bersin dan selsema. Jiran-jiran pun dah cam macamana bunyi bersin Che Mid. Gatal hidung, telinga dan mata dah jadi perkara biasa. Kadang-kadang ada juga makan ubat resdung tapi sejak mengandung dan melahirkan Deeja, stop langsung ubat-ubatan.

Biasanya kalau dah tak tahan selesema lama-lama, Che Mid akan pergi ke klinik. Masa tu tekak dah merah dan perit. Doktor akan beri ubat sakit tekak, antibiotik dan ubat selsema. Lepas makan ubat, biasanya akan hilang selsema dan perit tekak tu.

Sejak pindah ke SP ni, kurang sikit resdung Che Mid sebab kawasan yang baru, udara pun bersih dan segar. Tapi, bila sesekali balik Klang, memang teruk kena attack resdung ni.

Awal tahun ni, Che Mid ke klinik di SP. Sebeban ubat termasuk antibiotik  Che Mid bawa balik. Peliknya, selepas 2 atau 3 kali makan ubat, telinga Che mid rasa macam sumbat pulak. Seolah-olah macam dimasuki air. Che Mid biarkan saja sebab rasa-rasa tak lama. Tapi dah seminggu lepas tu, masih ada lagi. Rasa tak selesa sangat. Cakap pun macam dengarn tak dengar je.

Sekali lagi Che Mid pergi ke klinik yang sama, doktor tu pelik juga tengok Che Mid macam tu. Kebetulan alat untuk cek telinga tu rosak pulak, jadi dia kata mungkin banyak taik telinga agaknya..Tak puas hati dengan layanan doktor tu, Che Mid minta dirujuk ke pakar ENT.

Doktor Irhaam Imran Abdul Ghani, Pakar Bedah ENT, Leher dan Kepala, Hospital Pantai mengesahkan bahawa masalah resdung Che Mid telah menyebabkan tonsil membengkak dan bernanah. Kerongkong Che Mid semakin tertutup oleh bengkak dari belakang dan tepi tekak. Kuman tonsil telah menjangkiti telinga menyebabkan gangguan pada deria dengar.

Che Mid takdelah terkejut sangat cuma berharap ubat yang diberi doktor Irham akan berkesan. Tapi itu bukan yang terjadi. Selepas seminggu mencuba ubat baru, keadaan tetap sama. Telinga Che Mid masih tidak dapat mendengar dengan baik. Tekak semakin membengkak. Namun resdung semakin berkurangan kecuali kahak sentiasa tersekat di kerongkong amat tidak menyelesakan.

Siang tadi, Doktor Irham kata memang kena buat pembedahan sebab ubat yang diberi sebelum ni tak memberi kesan. Pembedahan itu adalah untuk membuang cairan di belakang telinga, membuang tonsil dan membuan lendir di ruang pipi, jika ada.

Masyaallah, 3 in one punya operation ni. Kalau dah mulut di bedah, hidung pun di bedah juga, habih tu, nak napas ikut mana? Mulalah soalan bodoh menerpa..Doktor kata lagi, procedure telinga tu tak sakit, tapi buang tonsil sakit sikit. Ya ka .. sakit sikit?? Maknanya SAKIT la tu.. alah macamana ni..kalau operation macam ni, boleh mati tak??

The next question is... bila operationnya?? Doktor kata jangan lama sangat takut telinga tu jadi makin teruk. Masalahnya, sape nak jadi budak kecik Deeja tu? Nak jaga makan minum Che Mid yang tengah sakit ...Dahlah tinggal jauh dari keluarga dan sedara mara..Nak tunggu cuti penggal sekolah lama lagi..Doktor kata kalau nak buat di KL atau tempat lain pun boleh diuruskan.

Che Mid ada seminggu dari sekarang untuk beri jawapan..

16 comments:

Roszana said...

Seram + sedih mengetahuinya.......cuba2 la bawak berbincang dgn keluarga, mungkin akan dapat yang terbaik utk ko....salam kesedihan dari Meru, apa yg dapat aku katakan... take care n sabar...

Nizam Awang Brahim said...

Kene bedoh juge ke.Kala ande la alternatif lain kan ke molek.

Kakzakie Purvit said...

Salam Che Mid,

Kesiannya. Sebab kecil dah jadi besar pulak. Tapi kakak rasa lebih baik cepat bertindak takut melarat pulak kan. Deeja pulak?.... papanya jagalah sementara.

Unknown said...

kesian kat akak...gi lah wat operation,insyaallah pasti baik...yg lain tu jgn fikirkan sgt...

Nora Asfa said...

Salam Che Mid..

Semoga tabah menghadapinya.. Allah sedang menaikan darjat hambaNya yang redha. Bak kata pepatah pilu mendengar (ubah sikit sebab jauh dimata ~ berat mata memandang) berat lagi bahu yang memikul.. Ikutlah nasihat doktor dan harap Che Mid cepat sembuh.. semoga Allah permudahkan segalanya..

Che Mid said...

Ana - baru bincang dgn acik on the phone, mak pun pesan macam2 gak

JD - koi tak reti le nok cari tempat lain..

Che Mid said...

kakzakie - betul tu kak, dulu buat selamba je, skrg kena buat sesuatu bila dah jadi macam ni

ila - kalau ikut hati memang nak buat cepat, lagi cepat selesai lagi bagus kan

Che Mid said...

kak asfa - thanks for the du'a. will keep you update

Ayu said...

Salam Kak..semoga Allah melindungi akak sentiasa...

Nida n' Hanafi said...

AS-salam..

Ya Allah.. sayu hati membaca entri Che Mid ini. Semoga kembali pulih dan operation dapat berjalan dengan lancar... dan semoga dapat membuat keputusan yg terbaik..ameeennnn.

Doa dari kejauhan...

Che Mid said...

Ayu - thanks ayu, akak tau kalau dekat.. mesti ayu akan datan jenguk akak kan

Che Mid said...

Nida - kita sebagai ibu ni, nak buat apa-apa pun kena fikirkan orang alin dulu, hasbenlah, anak-anaklah lepas tu baru diri sendirikan. Selagi sakit boleh ditahan...

am said...

pengalaman saya pun sama macam awak hadapi skang..tonsil makin membengkak sebab antibiotik x berapa berkesan..dc suggest wat operation buang tonsil tapi saya pun takut sbb dgr pada mereka yg dah buat 2 minggu x ley nak makan nasi..telan bubur je la yg mampu tp tu pun sakit coz still ada pendarahan..luka belum baik..saya pun dh x tahu nak wat cmana..

Anonymous said...

assalam,

terbaca blog akak tonsil yg smp telinga pun kena infection...bole share cite seterusnya?mcmane keadaan akak skrg? teruskan dgn opertaion tak?syg bertanya on behalf adik sy pun mengalami situation yg samaa..dlm delima tkt nak operate...tq;)

Unknown said...

Call/sms 012-6546509 untuk membuang Lendir pekat yg terkumpul/terperangkap di tekak.
Boleh menyebabkan tonsil.

Boleh juga layari Facebook : Rawatan resdung Efektif

========
Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema)

=============

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.

Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Unknown said...

huhu.. serius sakit giler tonsil nie..3 4 tahun jgk kot ulang alik klinik.. Alhamdulillah, sekarang saya bebas dari sakit tonsil ni..
Kalau nak tahu carany, boleh contact saya yer 60109333205