Entri ini dibuat susulan dari komen pembaca setia, Indah, dari entri sebelum ini tentang hubungan baik Che Mid dengan ipar duai. Che Mid dedikasikan entri ini untuk ipar-ipar dan biras sebelah suami yang juga penyokong setia blog ini. Blog ini dah jadi macam buletin keluarga kerana mereka sentiasa ternanti-nanti cerita terbaru tentang famili kami. So, sis and bro no hard feelings ok..yang baik jadi sempadan, yang buruk jadi tauladan.. follow je..
Sebelum kita berceloteh lebih lanjut, meh Che Mid kenalkan siapa tulang belakang keluarga Husain (ambik sempena nama Pak Mertua).
Suami Che Mid merupakan anak ke dua dari 6 beradik. Tetapi si abang dah meninggal dunia ketika kecik. Jadi Che Mid pun jadi kakak ipar yang tualah dalam keluarga Husain ni. Perangai Che Mid memang banyak tak eloklah.. mulut bising, suara kuat, suka cadangkan itu ini.. pendek kata kalau Che Mid ada.. memang kecoh jugalah suasana tu..
Alang Fadilah (gambar) muda setahun dari suami Che Mid, tapi lebih tua 4 tahun dari Che Mid. Dia ni anak perempuan tunggal yang juga merupakan 'mastermind' dalam hal-hal keluarga Husain. Apa-apa hal atau plan untuk mak abah atau famili, biasanya Alang jadi tempat rujukan. Dia ni paling tak berkira soal duit atau masa, urusan emak abah akan didulukan. Anak-anak buah pun mesra dan manja dengan Mak Lang dan suka sangat bermalam di rumahnya yang terletak di Shah Alam.
Ini ialah Cikgu Norazila, biras, iaitu isteri kepada Ateh anak ke empat. Juga lagi tua dari Che Mid (setahun je). Dia seorang yang sangat-sangat 'cool' dan tak kisah apa benda pun. Orang usik-usik dia gelak, orang kutuk dia relak je.. selalu jadi pengikut setia. Orang Pahang sejati tapi sekarang tinggal di Raub.
Ini birasku yang bongsu, Rahayu, isteri kepada Acam. Dia ni seorang yang tegas pada prinsip dan tak peduli apa orang akan kata. Kalau dia rasa ada yang tak kena, Ayu akan tegur atau komplen, tak kira mak atau anak buah... kalau dia rasa baik dia tak kisah. Asal dari Johor tapi tinggal di KL. Tabek spring dengan Ayu & Acam, tak kisah berjumpa di mana atau short notice, sanggup angkut 4 orang anak lepas kerja keluar KL sebab nak jumpa kami. Takde alasan penat atau nape tak bagi tau awal ...
Eh, ada seorang lagi biras Che Mid, Siti nama dia, isteri kepada Lubis atau Acit. Tapi famili ni jarang sangat bersama kami sebab mereka ada masalah tersendiri. Dalam setahun, 2-3 kali je dapat jumpa. Kalau kami nak dengar khabar, mak mertua yang akan beritahu. Bukanlah putus hubungan, tapi 'low profile' sangat...
Ni, awat tepek gambaq pompuan.. hat jantan takdak pun.. Meh cheq habaq mai.. suami-suami kami ni jenis 'Pak turut' jadi dalam hal keluarga Husain, depa dok ikuut ja cakap bini. Bini kata pi utagha depa kata baguih.. bini kata pi selatan depa kata no problem..Ni yang kami dok sayaaang sangat kat depa nih..Mana nak caghi laki lagu nih tak tau! ( Ceh.. Jawa Klang cakap utara..)
Memang pun, bab 'calling calling' samada bertanya khabar atau pun mengatur aktiviti adalah tugasan isteri-isteri. Suami cuma kata ok atau tak ok je.. tapi kebanyakannya ok sangat.. Suami Che Mid lagi la.. dia pulak yang suruh kita tepon mak dia..
Sekarang, nak tunjuk program kami pada 2011 setakat ini. Walaupun, emak abah tinggal di Kuala Lipis, Alang di Shah Alam, Ayu di K Lumpur, La di Raub dan Che Mid di SP, Kedah, kami dah 4 kali bertemu begini.. tak termasuk pertemuan 'unofficial' seperti di rumah masing-masing atau di kedai tomyam dsb.
Pada 25 April 2011, di Jeram Ikan Bakar, Kuala Selangor sempena harijadi suami yang ke 50. Idea asal dari Che Mid yang kebetulan balik Klang. Teringin nak belanja tapi akhirnya jadi kongi-kongsi 4 famili! Plan cuma 3 hari sebelum bertemu.
Pada 1 Jun 2011, bertempat di Dataran Shah Alam, cuti penggal, tapi hari bekerja. ( Famili Ateh tak join..)
Terbaru, juga di Dataran pada 17 Jun 2011, sempena Hari Bapa! (Famili Ayu pulak tak join sebab anak dan Acam demam... lepas tu menyesal tak sudah bila tengok entri dalam blog ni..)
Kalau ada yang nak tau apa tips kami boleh semesra ini.. agaknya benda-benda ni kut..
Peraturan sejak mula kawin, sambut raya bergilir di rumah mertua dan keluarga sendiri. WAJIB, tak boleh sekali-kali mengelat! Contoh - Tahun lepas, semua anak Husain beraya Aidil fitri dengan mertua, tahun 2011 ini semua anak Husain beraya di Kuala Lipis. Raya Haji nanti semua anak balik rumah mertua. Begitulah... without fail! (Tapi Che Mid ada mengelat sekali kut.. masa raya Haji... sebab tak dapat dielakkan.. sori mak..)
Rumah mertua pulak bukan bungalaw tau... flat dua bilik je. Bayangkan berpuluh anak cucu berkumpul. Dulu baby-baby sampai sekarang bujang dara. (Setakat hari ini ada 33 orang, termasuk mak dan abah) Agaknya, kami dah dididik berkumpul begitu.. asal dengar nak jumpa je masing-masing seronok!
Dulu lagi dasyat.. masa kami baru kawin dulu dan tinggal di Shah Alam/Klang/KL, selalu sambut harijadi sama-sama, hampir setiap bulan kami pot luck samada di rumah atau di tasik sekitar Shah Alam atau KL. Siap bertukar-tukar hadiah lagi. Tapi lama kelamaan, anak sendiri bertambah ramai, anak buah semakin tak terkira.. tak larat nak berbeday-beday..dah lost track tarikh hari jadi.. ha ha..
Pernah kawan sepejabat Che Mid (bukan Melayu) hairan tengok keakraban kami. Dia pulak mengingatkan, " Mid, bulan ni you tak buat gathering ke dengan family husband you?"
Ada juga yang nak tau, ada tak kami gado-gado, ipar biras ni... Eh ada.. mestilah ada.. kita bukan malaikat. Terutama Che Mid ni, dah perangai tak reti diam.. diam perkataan atau diam perbuatan..cakap ceplas ceplos..dengan mak mertua sendiri pun komplen (terbalikkan.. apa punya menantu ni? ) tapi las-las Che Mid sendiri yang nangis mintak maaf hu hu. Suami Che Mid pulak jenis tak banyak cakap.. tapi sekali bersuara huuh.. pedas. Tu sebab mak mertua lebih suka bercerita dengan Che Mid dari anak lelaki dia tu. Siap pesan lagi, " Jangan bagi tau abang tau, marah dia nanti!"
Alang ada style sendiri. Dia suka ke hadapan. Kita pun ikut je la.. buat apa nak kecoh-kecoh.. Dah dia anak pompuan sorang, tentulah dia nak lebih perhatian. Sakit pening emak abah, Alang dan suami yang sangat ambil berat. Tengah bulan ke akhir bulan, boleh je balik kampung di Lipis tu. Ada bajet ke, takde bajet tu belakang kira.. entah macamana dia orang buat kiraan, Che Mid pun heran. Tapi nampak famili Alang bahagia dan murah rezeki. Berkat buat baik dengan mak abah...
Sebenarnya kami bukanlah rapat sangat pun. Selalu 'call' pun tak juga. No news is good news. Tapi kalau ada isu seperti sakit pening ke apa, salah seorang tahu.. yang lain akan diberitahu. Sekarang dah ada fesbuk ni.. lagi senang nak berborak bergaduh.. ha ha. Kalau Che Mid nak turun KL, update je dalam fesbuk tu.. nanti adalah yang follow up..
Pernah juga berselisih faham.. ( bila las sekali.. entah tak ingat..) Tapi bila berkumpul, kita tak bercakap pasal isu yang digaduh-gaduhkan tu.. tolak tepi. Borak-borak, gelak-gelak.. lupa masalah...Back to kosong kosong.
Dan yang penting, kalangan ipar dan biras ni, takde jawatan batu api atau bawak mulut..Anggap saja apa yang mak cakap tentang anak yang itu atau menantu yang ini sebagai sesi luah perasaan. Apa pulak nak marah atau merajuk, kalau kita bercakap pasal orang lain, maka kenalah 'izinkan' orang lain mengkritik kita. Barulah adil... (Raya nanti mintak maaf he he..) Bila dah bercakap tu lega lah.. tak perlu nak besar-besarkan.
Masing-masing dah tau perangai masing-masing. Mana yang malas masak, mana yang rajin ke dapur, mana yang pembersih, mana yang tak suka mengemas... semua ada di hujung jari.. Kalau nak buat perjumpaan ke, tak payah berkira sape keluar duit lebih, sape bagi sikit atau sape tak bagi langsung.. itu rezeki Allah bagi. Redha ajelah..
Sebenarnya kami bukanlah rapat sangat pun. Selalu 'call' pun tak juga. No news is good news. Tapi kalau ada isu seperti sakit pening ke apa, salah seorang tahu.. yang lain akan diberitahu. Sekarang dah ada fesbuk ni.. lagi senang nak berborak bergaduh.. ha ha. Kalau Che Mid nak turun KL, update je dalam fesbuk tu.. nanti adalah yang follow up..
Pernah juga berselisih faham.. ( bila las sekali.. entah tak ingat..) Tapi bila berkumpul, kita tak bercakap pasal isu yang digaduh-gaduhkan tu.. tolak tepi. Borak-borak, gelak-gelak.. lupa masalah...Back to kosong kosong.
Dan yang penting, kalangan ipar dan biras ni, takde jawatan batu api atau bawak mulut..Anggap saja apa yang mak cakap tentang anak yang itu atau menantu yang ini sebagai sesi luah perasaan. Apa pulak nak marah atau merajuk, kalau kita bercakap pasal orang lain, maka kenalah 'izinkan' orang lain mengkritik kita. Barulah adil...
Masing-masing dah tau perangai masing-masing. Mana yang malas masak, mana yang rajin ke dapur, mana yang pembersih, mana yang tak suka mengemas... semua ada di hujung jari.. Kalau nak buat perjumpaan ke, tak payah berkira sape keluar duit lebih, sape bagi sikit atau sape tak bagi langsung.. itu rezeki Allah bagi. Redha ajelah..
Sebagai kesimpulan, Che Mid sangat-sangat pasti bahawa di dalam hati-hati kami telah tersemai perasaan sayang menyayangi melangkaui prasangka, dengki dsbnya. Doa orang tua terhadap kami tak putus-putus. Pak mertua setiap malam tak pernah lupa sebut nama setiap anak dalam solatnya. Mak mertua kata, " Kadang-kadang mak menangis bila dengar abah berdoa untuk anak-anak."
Akhir sekali, apa perasaan anda sebagai anak menantu bila menelefon mak mertua dan diakhiri perbualan dengan mak berkata, " Terima kasih sayang, (sebab) tefon mak!"
Kami buat kejutan meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan mak dan abah ke 50 pada 2009 - satu lagi tanda keakraban keluarga Husain. Mak, abah semoga terus sihat, panjang umur dan terus mendoakan kami!