Ads

Monday, June 6, 2011

Cuti Sekolah Balik Kampung

Selamat bercuti sekolah..

Che Mid baru balik dari rumah Klang, tu sebab tak menjenguk blog. Bila di kampung tu, sibuk lain macam... Che Mid nak jumpa pakcik yang kematian isteri tempoh hari, nak ziarah adik yang baru dapat baby baru, nak jenguk adik ipar yang baru keluar hospital.. pendek kata tak lekat kat rumahlah.. 

Tapi Che Abang pulak nak ganti pintu dapur yang dah diserang sang anai-anai, kabinet dapur pun hampir runtuh...taman di tepi rumah dah jadi hutan.. rumput dah panjang.. dia kata kalau ada gajah pun tak nampak..cuci akuarium pun tak lagi.. bila dah cuci dan ganti air baru nampak berapa ekor ikan yang tinggal..



Che Abang ambik cuti seminggu, tapi cadangnya cuma mahu 3-4 hari je di kampung, selebihnya nak berehat di rumah SP... dek kerja tak siap-siap, rumah pakcik pulak nak buat kenduri tahlil, tak elok sangat rasanya kalau tak menjengah.. dah lah masa hari kebumi tak balik kampung. Akhirnya kami bertolak pulang ke SP pada Sabtu petang, setelah 'rewang' setengah hari. Gotong royong memasak diketuai oleh emak Che Mid. 

Antara lauk pauk ialah sambal goreng Jawa, ayam korma, sambal udang, sayur campur, pulut kuning berkuah kari telor. Dah jadi kebiasaan orang Jawa ni, sedara mara datang membawa buah tangan, ada pulak yang sedekah pucuk turi, keledek dan pisang. Jadi bertambahlah menu dengan masak lemak pucuk turi campur keledek dan pengat keledek campur pisang. 


Antara lauk pauk kenduri - sambal goreng Jawa. 


Ayam korma

Karipap yang sedang disiapkan... tak merasa pun che mid

masak lemak daun turi campur keledek

Walaupun tak menunggu hingga sudah majlis, puas hati dapat bertemu sanak saudara terutama sepupu-sepupu yang baru bergelar anak yatim. Nampak Aisyah, Nurul dan Baby sangat tabah dan boleh meneruskan hidup tanpa mama disisi. Bagus arwah mamanya mendidik, anak-anak berdikari di dapur tanpa disuruh.

Sementara Che Mid 'rewang' di rumah pakcik, Che Abang dan Faris berkemas barang untuk balik SP. 


Dua buah basikal lama tersadai menjadi penumpang Naza Ria kami. Telah dibuka satu persatu.. Terselit juga pasu bunga tak terbela, hidup segan mati tak mahu..


Esoknya, operasi memasang dan membaik pulih basikal lama.. Faris dan gang sebelah rumah mengilat semula rim berkarat..

Satu basikal sedia untuk 'test run'!! (Ini basikal Farah hadiah harijadi 12 tahun.. sekarang dah 16 tahun..) Bakul hadapan dan tempat duduk belakang tak pasang lagi..

Ini basikal antik abah. Boleh abah eksesais keliling taman tau ke kedai..

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Che Mid,

Kalau balik kg ditambah ada tempat lain yg hendak dikunjungi memeng tak cukup kalau 3-4 hari.

Basikal itu masih kelihatan elok. Sayang kalau terbiar tak dibawa balik...

norliza_osman said...

Salam,

seronok balik kampung..

Ateh Nour said...

Sallam Che Mid,

Seronok yee balik kampung,
dapat jumpa saudara mara..

aNiS tHe BumbleBee said...

oh.sambal goreng jawa!!!super duper besttt!!

Kak Imun said...

Salam,che mid. Seronok kan pulang kampung. Wah, ayam korma nampak sedap....!....:D

Che Mid said...

kakzakie - waalaikumsalam, che abangnya tu memang suka mereper basikal.. lepas tu terbiar je sampai pancit semula.. sekarang tgh sibuk suruh anak naik buat jalan-jalan..

Che Mid said...

liza - bila dah balik kampung dan siap mengemas.. sayang pulak nak tinggal balik SP..

Che Mid said...

lipislady - sebenarnya anak che mid yang sulung, farhan, duduk rumah tu sorang2.. jadi kira balik tengok dia la tu..

Che Mid said...

anis - sambal goreng jawa terkurang udang hi hi.. udang mahal time ni..

Che Mid said...

myfrin- kalau ikut hati hendak je tunggu sampai majlis habis.. boleh makan masakan lain yang tak sempat nak jamah lagi.. apa kan daya.. nak jalan jauh balik SP 4-5 jam tu..

azieazah said...

Seronoknya CHE MID dapat balik kampung. Ada kenduri plak tu. Pastu angkut basikal kenangan ke bandar. Wahhh... recycle bicycle!

Fkhalidah's said...
This comment has been removed by the author.
Rahayu aka Mak Chu said...

farah comment apa sampai kena delete dgn ibu tuh..he he he.. akak, x sabar nak tunggu posting akak di padang shah alam @ makan nasi lemak..yu huuuu...