Ads

Monday, February 15, 2010

Ahlan Wa Sahlan Faiqah Khadeeja

Sebelum apa-apa, Che Mid nak minta maaf banyak-banyak sebab terlalu lambat update blog ni. Maklumlah lepas bersalin, Che Mid tak berapa sihat dan suasana rumah agak kelam kabut sikit jadi tak berkesempatan nak duduk depan laptop. Che Mid sendiri tak sangka dah sampai hari ke 13, baru sempat 'kemas' blog ni..


Faiqah Khadeeja bt Fazli selamat dilahirkan pada 3 Februari 2010 jam 2.34 pagi di Hospital Sungai Buluh. Berat Deeja ialah 3.3kg dan dilahirkan secara normal selepas ovediu 7 hari ( 26 Jan due date).


Terima kasih  atas sokongan dan keprihatinan sahabat dan sedara mare yang call dan sms tanya dah bersalin ke belum. Che Mid pun tertunggu-tunggu sampai tak larat nak tunggu.




Pose pertama Deeja, jam 3.29 pagi 3 Feb ( 1 jam selepas dilahirkan )

Deeja pada jam 10 pagi, 4 Feb ( 8 jam selepas dilahirkan)

Rasanya, orang yang paling gembira dengan kelahiran Deeja selain dari Che Mid dan suami, tentunya Mak Nenek kerana tarikh 3/2 adalah tarikh lahir nenek. Jadi Mak Nenek ada geng la..

Ok la dulu... nantikan entri seterusnya dengan gambar lain pulak..

P/s untuk Ana - sori, Deeja takde muka Korea.. jadi tak boleh bagi kat Ana le gamaknya..

P/s untuk Sue Allan - pls contact me at 013-3672459 ya..

4 comments:

Adnazthie said...

Ahlan Wa Sahlan gak buat Faiqah Khadeeja, Che Mid dah kembali..
comel, tecik-2 dah nampak hidungnya mancung. Tahniah Che Mid.

che mid said...

Wah-wah, Adnaz ni... setia betul awak ya..mehlah datang rumah..

norliza_osman said...

salam buat che mid.. slame ni memang saye tak pernah comment.. sebab saye ni silent rider che mid.. Sempena kelahiran khadeeja, tahniah buat che mid..

che mid said...

Norliza, Che Mid baru singgah umah awak, ooh.. menunggu orang baru juga rupanya ya,jaga diri elok-elok.. nanti tukar-tukar story pulak ya..