Che Mid ada seorang sahabat baik. Namanya Kamliah Suhaini bt Bahari. Kami kenal ketika sama-sama bekerja di Clipsal Manufacturing (M) Sdn Bhd. Selepas sama-sama mengambil skim VSS, kami sama-sama mengerjakan umrah ke Makkah. Kamliah bawa emaknya sekali, Che Mid pulak bawa Ayan sekali. Ayanlah yang panggil Kamliah Mak Ani. Tak lama kemudian, Kamliah diambil bekerja semula di Clipsal hingga sekarang. Kamliah ialah seorang ibu tunggal 5 anak.
Kami jarang berhubung tapi baru-baru ni, dia hubungi Che Mid menyatakan hajatnya untuk bernikah lagi, Alhamdulillah, Che Mid syukur tak terkata, kerana Allah bukakan hati Kamliah untuk kembali bersuami pada tika umurnya 53 tahun. Tapi kejutannya ialah, Mak Ani nak kawen dengan syape ya? Jom tengok!! Che Mid tak lepas peluang berkongsi debaran bersama Ayan (jurugambar tak rasmi) dan Deeja... budak kecik paling kecoh..
Sebenarnya Mak Ani bernikah semula dengan bekas suaminya, Encik Aziz selepas berpisah selama 12 tahun.
Majlis akad nikah ringkas telah diadakan di Pejabat Agama Islam Shah Alam pada jam 3 petang semalam, 5 Ogos 2010. Dinikahkan sendiri oleh abang Mak Ani dan disaksikan oleh anak sulung mereka baju hitam) dan adik En Aziz.
Sah bergelar suami isteri selepas 2 kali lafaz.
Mas Kahwin RM300 dan rantai tangan emas bernilai RM1500 sebagai pembatal air sembahyang melengkap akad nikah.
Anak-anaklah yang paling gembira apabila mama dan abah bersatu kembali. Sayang sekali satu-satunya cucu tidak hadir.
Che Mid diapit oleh Mak Ani dan adik bongsunya mendokong Deeja yang keletah sangat-sangat. Habih semua orang ditegurnya, termasuk ustaz dan ustazah kat situ. Aduii.. letih ibu jaga yang oii.. Tapi bagusnya Deeja ni, tak menangis langsung!
Lagi gambar sebelum beredar dari bangunan Pejabat Agama Shah Alam
Masa kami beriringan keluar ke tempat letak kereta, Mak Ani tersedar yang rantai pemberian suami tadi hilang dari tangannya!! Kecoh jadinya. Along terus menuruti laluan mamanya tadi dengan harapan dapat jumpa balik rantai emas tu. Rupanya, rantai tu tertanggal cangkuknya dan 'terperangkap' dalam kedutan lapisan dalam lengan baju Mak Ani. Huss!!Nasib baik..
15 comments:
Salam Che Mid,
Semoga pernikahan kali kedua bagi pasangan ini berkekalan ke akhir hayat. CINTA
Ha Ha Ha....mesti selama 12 tahun dok terkenang kembali kisah suka duka ketika bersama. Di ketika itu masih tak terjumpa pengganti yang serupa... sepahit2 pun dia..semanis2 pun dia juga. Masih teringat belaian manja, gurau senda dan gelak tawa... tak lupa juga mungkin masakannya. Subhanallah... semua itu kuasa Tuhan.
p/s : Mid, nanti bagilah detail nak rumah yg macam mana. Bungalow/semi-de/terrace/umah kg/apartment..bla bla bla... area pekan, kg, tengah bandar, tepi sungai, atas bukit.... bla bla bla..
Abg kena kerja kat mana? Mungkin boleh jadik petua untuk carik kan rumah nanti. email je : nazhatulrinna@yahoo.com
Adnaz - Amin. Che Mid baru balik dari kenduri umah dia ni. Dapat sembang dengan mak dia, happy sgt dia mak ani dah nikah.. lega..
Rin, ok kita sembang thru email
Alhamdulillah,bertaup kembali kaseh mereke...
JD - Memang betul, syahdu betul tengok majlis tu berlangsung
JD - Memang betul, syahdu betul tengok majlis tu berlangsung
salam ramadhan, che mid,
apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
Tahniah buat mak ani dan suaminya. Moga berbahagia ke akhir hayat. :)
subhanallah & alhamdulillah...
terharu baca kisah ni.
pengalaman mematangkan!
Ada Award n tugasan utk Mid. Sikit jerr.... sila jengah tempat kita.
Semoga pernikahan kali kedua bagi pasangan ini berkekalan ke akhir hayat...
Yang pasti cinta itu kekal untuknya....
alhamdulillah...seronoknyaa baca kisah ni..harap2 kasih mereka kekal ke akhir hayat..begitu juga kasih kita yg baca kisah ni =)
Indah - maaf, lambat response sibuk yang entah apa-apa. maaf juga dari che mid ya dik
piewahid - inilah yang dinamakan jodoh itu di tangan tuhan
iman - amin
anis - kita sama2lah jaga rumahtangga ya
Salam,
Jodohnya kuat dan rujuk semula dengan bekas suaminya. Alhamdulillah anak-anak juga gembira, ayah dan ibu bersatu kembali.
Mak Ani ni nampak awet mudakan..macam 40an jer.Seri Pengantin baru..
Sweetie - kalau nak tau, mak ani tu sangat aktif bersukan terutama badminton. Bila bekerja, tak reti duduk diam, habih satu kilang di roundnya sebab dia incaj QA. Tulah sebabnya dia nampak aawet muda..
Post a Comment