Ads

Saturday, August 21, 2010

Susahnya Ibadah ...

Ramadhan datang dan akan pergi tak lama lagi. Bagaimana ibadah kita Ramadhan ini? Di tahun-tahun kebelakangan ni, alhamdulillah, che mid dapat  bertaraweh dan bertadarus bersama sahabat di surau berhampiran. Selalu juga dapat khatam al-Quran di rumah, walaupun main 'citing' sebab mula baca Quran sebelum masuk Ramadhan.. he he

Che Mid bertuah sebab dikelilingi oleh keluarga dan sahabat yang hatinya dekat dengan surau dan kalamullah. Kami saling mengingati dan memotivasi diri masing-masing. Kata-kata seperti,"Malam tadi awak tahajud tak?" atau "Eh, saya belum dhuha lagi ni, tunggu kejap ya" adalah biasa bagi kami.

Tapi tahun agak berbeza. Dengan kelahiran Deeja, masa dan tumpuan terarah padanya. Sampai hari ini, cuma sekali berkesempatan bertaraweh di surau. Yang selebihnya di rumah sahaja atau tak buat langsung bila deeja merengek demam. Pernah juga, che mid segera bertelekung untuk subuh di surau. Deeja terkejut bangun bila muazzin melaung azan, tak jadilah che mid berjamaah. Mengaji pula, puasa 10 hari che mid baru mencecah Surah al-Imran. Tak dan semuka dua, Deeja dah mula nak itu dan ini.

Masyaallah, besar juga ujian Ramadhan buat ku Ya Allah. Tapi, hati yang kesedihan sejuk kembali bila mengenang ganjaran yang Allah beri tika kita menyusukan bayi. Tak mengapa Deeja, pahala ibu tak berkurang walau di surau berkumandang laungan selawat nabi, ibu pula mendodoimu supaya tidur.

Aktiviti imarah surau sempena Ramadhan berjalan lancar. Untuk muslimat, tahun ini kami dah pun selesai ihya' Ramadhan dengan solat sunat seperti dhuha, taubat, tasbeh dan hajat. Diikuti dengan tazkirah Ramadhan dan ceramah khusus bertajuk 'Aurat Wanita'.

Ustazah Jamilah dari Sekolah Al-Farobi bertindak sebagai imam solat sunat sedang memimpin tazkirah.



Sebahagian hadirin bergambar dengan Ustazah Jamilah dan Ustazah Arniza

Kalau orang lelaki bertadarus disebelah malam selepas moreh, orang perempuannya pula berbuat demikian jam 8.00 pagi setiap hari. Ikut pengalaman tahun-tahun yang lepas, kami dapat khatam al-Quran dalam masa 2 minggu puasa.


Apasal tiba-tiba ada gambar bebudak ni? Ha, inilah pengikut setia kami setiap hari.


Sekali tengok macam taska.... tapi itu tak menghalang ibu-ibu dan nenek-nenek untuk bertadarus. Siap bawa susu, biskut dan mainan untuk isi masa anak-anak atau cucu-cucu. Nor sedang membaca sambil diperhati oleh Su dan emak che mid.


Khusyuknya Zehan dan Ani memeriksa bacaan Cik Jah.


Ruzzi dan Kak Ita pula menyemak bacaan Mak Teh

Selain dari itu, kami juga membantu menyediakan bubur lambuk pada setiap hari Sabtu untuk edaran kepada penduduk setempat. Ni, kejap lagi che mid nak pergi la ni. Jumpa lagi... jangan lupa pertingkatkan amalan bulan puasa ni.




8 comments:

norliza_osman said...

Selamat beramal buat Che mid sekeluarga..

aNiS tHe BumbleBee said...

seronoknya tgk aktiviti kt tempat che mid..aktif betul..selamat beribadah di bulan yg mulia ni ye..

Rinnchan said...

Salam Ida,
Zaman pampers dan susu dah lama berlalu buat diri ini. Kini tiba masa utk kita lakukan banyak perkara utk diri sendiri...
Ida lah yg hebat, dlm usia begini masih ada kudrat utk melayan sikecik. Lama "membujang" yaa..he he he...
Selamat beribadah... skop ibadah luas. Jgn susah hati ya...

Che Mid said...

Liza - buat Liza juga.. termasuk sikecik sekali he he

Che Mid said...

Anis - Memang betul tu Anis, sejak perumahan kami mula dibuka, kami telah dididik sebegitu. Ramai atau sikit yang hadir itu bukan soalnya, aktiviti mesti berjalan. Semoga kita terus istiqomah..

Che Mid said...

Rin - memang penat rin oooi... tapi nasib baik ada 4 asisstants, bolehlah curi-curi masa sikit..

sweetie2010.blogspot said...

Salam Ramadan Che Mid,

Walaupun kat rumah, masih boleh menambah amalan ibadat kitakan. SUka dengan aktiviti yang dibuat di taman Che Mid,Walaupun ada anak kecil, masih boleh lagi pergi bertadarus. Kat Taman Sweetie diorang buat pagi jam 8.00 jadi, hanya surirumah yang boleh pergi.

Che Mid said...

Sweetie - Samalah tu, itulah kelebihan surirumah.. yang bekerja tu cuma dapat hadir hujung minggu ajelah. Hari ini Insyallah, kami khatam 30 juzuk.Deeja pulak, alhamdulillah, senang dijaga dan tak takut orang, jadi boleh kawan-kawan tolong jagakan bila turn che mid mengaji..