Ads

Friday, August 6, 2010

Selamat Berpisah, Ita

Malam tadi telah berlangsung majlis tahlil di rumah aruah Mazli Mohamad, selepas kira-kira 3 minggu kepulangannya ke rohmatullah. Pihak Helwa Taman Dato Bandar bertindak sebagai penganjur majlis di mana kami berkongsi membawa makanan dan minuman untuk jamuan. Puan Ita, tuan rumah, hanya menyediakan rumah sahaja.


Antara juadah yang disediakan ialah mi goreng, cucur badak, bubur kacang, apam dan nasi lemak.


Nasi himpit dan rendang paru, rojak buah Che Mid, kasui, kole kacang dan buah pisang. Air minuman pula air teh susu dan sirap ais. Terima kasih pada para sahabat yang bersusah payah membawa hidangan untuk dikongsi bersama selain meringankan beban tuan rumah.

Majlis dimulakan dengan tazkirah khas berkenaan dengan puasa dan golongan yang boleh membayar fidyah. Diikuti dengan bacaan Yaasin dan tahlil. Pihak kami juga telah melancarkan kutipan sumbangan untuk Ita dan anak-anak dan telah diserahkan kepada beliau pada malam itu juga,



Tuan rumah, berbaju hitam, bersama muslimat sedang membaca tahlil.


Ita, Diana, Nadia dan Puan Sumirah bergambar selepas menerima sumbangan wang tunai ikhlas dari Helwa Taman Dato Bandar



Ita telah memberitahu kami bahawa beliau telah membuat keputusan untuk berpindah ke Parit Buntar. Sekarang ini, Ita sedang menunggu kelulusan bertukar ke cawangan Maybank di sana. Jadi, majlis ini seolah-olah menjadi majlis perpisahan untuk kami.



Bergambar kenangan - semoga Ita tabah mengharungi hidup selepas ini.


Jiran dan teman sentiasa mendoakan kesejahteraan Ita dan anak-anak.

Untuk Ita dan anak-anak, selamat maju jaya Che Mid ucapkan. Akak tahu Ita tabah dan kuat demi anak-anak. Teruskan pandang ke hadapan dan redha dengan apa yang mendatang.

Untuk sahabat Helwa TDB, penghargaan setingginya atas dedikasi dan sokongan anda dari dulu hingga sekarang. Bertuahnya kita tinggal di taman ini, kita saling berbaik-baik dan jarang sekali kedengaran suara sumbang yang boleh mengeruhkan kejernihan persahabatan selama ini. Alhamdulillah.



5 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Tak tahulah kenapa sebak membaca N3 ni.
Semoga Ita dan anak-2nya selamat dan berbahagia, walau berada dimana sahaja.

Che Mid said...

adnaz - kalau ujian tu datang pada kita, tak tau lagi kita sekuat dia..

Che Mid said...

adnaz - kalau ujian tu datang pada kita, tak tau lagi kita sekuat dia..

aNiS tHe BumbleBee said...

Sedih membacanya..betul ckp che mid,kalau ujian tu datang,mampukah kita jadi sekuat ita..Ya Allah,kuatkanlah hati2 kami..

Che Mid said...

Anis - Amin