Ads

Saturday, July 16, 2011

"Aku Dah Tak Mahu Hidup Lagi"


Nyaiku sayang

Matamu memandang, tapi sudah tiada sinar
Telingamu mendengar tapi apakah kau masih mahu mendengar
Mulutmu bungkam, tentu kau sudah malas berbicara
Jadi, apa lagi yang kau tunggu....

Gambar atas ni di ambil hujung minggu lepas.
Nyai tak cakap banyak, bila aku salam dia kata, " Nyai demamlah..." Perlahan dan lemah je suaranya.
Diajak makan tak mahu, diajak minum menggeleng.
Asyik diam tanpa kata...

Aku tak sempat (takde masa) berbual dan bertanya khabar kerana sibuk melayan orang lain yang lebih banyak bertanya itu ini, dari masa aku tiba hingga ke tengah malam
Esok paginya, Nyai cuma minta aku tambah air kosong dalam minumannya. Dia kata, " Manis sangat..."
Itulah kata-kata akhir yang aku dengar (tanpa aku melihat wajahnya)
Aku bertolak pulang ke SP tanpa melihat wajahnya kerana Nyai telah di hantar ke rumah makcik

Semalam Nyaiku nazak, semua adik beradikku berada di sisi, kecuali aku
Sebenarnya Nyai sudah beberapa kali tenat, dihantar ke doktor, disuruh bawa balik (takde harapan) kerana usia Nyai dah menjangkau 100

Nyai,
Pada saat ini aku ingin sekali berada di sisimu, membelai dan betul-betul menatap wajah tua mu
Aku tau, Nyai hanya menunggu hari untuk pergi. " Atok dah datang suruh Nyai ikut, tapi tangan tak dapat capai.."

Ya Allah, 
Kau kasihanilah Nyaiku. Ampunilah segala dosa-dosanya. Permudahkanlah segala urusannya,
 Ya Allah,
 Permudahkanlah sisa-sisa hidupnya dan permudahkanlah pemergiankannya kembali kepadaMu.

Aku tak tahu doa ini wajar atau kurang ajar, tapi aku kesian dan sedih sangat menatap gambar di atas, seolah-olah mengatakan, " Aku dah tak mahu hidup lagi.."

27 comments:

JunAina said...

salam perkenalan dan salam ukhwah...

melihat wajah tuanya memang hati terasa cukup sayu...doa yang terbaik buatnya, semoga segalanya di permudahkan.

monyang aina juga pergi meninggalkan kami semua di uasia lebih seratus tahun...

Unknown said...

siannya kan che mid...sedih bila tak ada masa nak menyelami perasaannya..semoga nyai che mid pergi dgn tenang

ajumohit said...

situasi ini sama dgn arwah wan saya..kesian melihat hari2 terakhir bersamanya...nak solat, buang air, mkn mesti dibantu..mgkn ini yg arwah rasakan sblm meninggalkan kami..smg nyai dipermudahkan sgl urusannya

mama maman aka yana said...

ajal maut ditangan Ilahi.. kita yg sihat2 nih pun selalu beringat.. jika mmg ajal ku hendak diambil.. minta2 la diambil ngan paling lembut dan dilindingi segala keaiban diri... biar hanya Ilahi tentukan... moga2 segala urusan dipermudahkan...

Granny Hani said...

saya kehilangan nenek awal tahun ini.saya tau apa yang che mid rasa sbb saya pernah rasa...Kita doakan yg terbaik untuk nyai..Tuhan tahu segalanya.InsyaAllah.

mamawana said...

Banyakkan berdoa untuk Nyai. 100 tahun usia itu suatu umur yg hebat. Semoga dipermudahkan segala urusan.

kasihibu said...

sebak baca en3 ni, sya pun tak tahan tengok orang tua tua
sedih, kesihan

Adnazthie said...

Assalam Che Mid..

Semoga segalanya dipermudahkan untuk Nyai.

Che Mid said...

JunAina, Salam kembali, T kasih sudi follow.

Che Mid asek teringat dia je skrg ni, terasa hati tu dekat sangat dgn nya..

Che Mid said...

Ila - Kita yang muda lebih suka berbual dgn yang muda juga. Yang tua selalu di tegur sekadar basa basi saja..bila dah balik rumah sendiri, baru terbayang semula.. menyesal pun tak guna

Che Mid said...

ajumohit - Nyai Che Mid masih sihat, boleh bergerak sendiri, solat pun ok lagi.. tapi tulah, agaknya semua yang dia nak dah dapat, anak cucu cicit pun dah ada.. entah apa dia fikir agaknya..

Che Mid said...

Mama maman - Amin. Setuju sangat..

Che Mid said...

Hani - Takziah dari CM. Betul, Allah Maha Mengetahui..

Che Mid said...

Mamawana - Hanya doa yang CM boleh titipkan. Bila telefon mak kata, Nyai tak nak cakap..

Che Mid said...

sayangsayangibu - Semoga kita sentiasa berbelas kasihan kepada orang yang tua dan lemah, satu hari nanti kalau umur panjang, kita pun akan jadi macam tu juga

Che Mid said...

Adnaz - Nyai ada kt umah mak ni..che abang pergi KL, nak ikut tak boleh, Faris sekolah...

~izan~ said...

slm che mid,

maaf lama tak singgah sini..byk ketinggalan entry kawan2..ansur jln2..perlu masa nk survive sorg2 smula..

sayu izan tgk gmbr nyai akak tu,mmg org kata berat mata memandang,berat lagi bahu memikul kan.. semua yg berlaku ada hikmah tersendiri...

Sang Pemerhati said...

Sayu hati tengok nyanyi nyai che mid..terus teringat kat uyut saya gak..sedang menghadapi detik2 waktu yg sama.. Semoga mereka terus tenang dalam meniti hari2 tua mereka..insyaAllah..

suri solehah said...

tersentuh baca entri cikmid ni...tiba2 teringat bonda kat kampung yang kurang sihat... :-(

Kak Imun said...

Salam, che mid. Semoga Allah permudahkan kehidupan Nyai di dunia dan akhirat, InsyaAllah.....:)

Anaasuria said...

Salam Che Mid, semoga Allah mentakdirkan yang tebaik untuk Nyai, samada kematian atau kehidupan yang lebih panjang...

syariza09 said...

nyai tu moyang ka kak?

arwah nenek saya dulu2 pon mcm tu, masa dia idop slalu dia sebut, sblm cucu (adk ipar la)dia kawin, biarlah dia pergi dulu, sbb x nak nyusahkan org lain.nenek sy ni cuma leh baring ja. tgk pic ni tringat pulak kt arwah...AL-Fatihah

Che Mid said...

Izan - Welcome back!, Yalah, kita tua-tua esok tak tau macamana kan

Che Mid said...

Sang Pemerhati - Akak pernah jumpa uyut, memang dia terlantar dah tak boleh mendengar dan bergerak.. mujur ada anak yang boleh menjaganya dnegan baik. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk mereka..

Che Mid said...

Suri - Semalam dapat bercakap dengan Nyai di telefon, dia tanya bila nak balik jumpa dia... aduhai .. kalaulah dekat bolehlah balik setiap minggu..

Che Mid said...

Kak Imun & Anaa - Amin. itulah yang selalu CM doakan dalam solat

Che Mid said...

Bertuahnya kita merasa hidup dengan nenek. Akak cucu sulung Nyai, memang rapat. Cuti sekolah mesti dengan dia, akak pernah ikut dia jual kain keliling kampung.. ah sedihnya..