Ads

Tuesday, December 9, 2008

Aidil Adha di Lipeh



Berita runtuhan banglo di Bukit Antarabangsa memang amat menyedihkan. Seolah-olah ia satu skrip drama yang akan diulang-ulang selepas beberapa waktu.

Kedudukan rumah mertuaku di Sungai Kerpan, Kuala Lipis, Pahang terletak di puncak bukit, di bandar Kuala Lipis. Dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Raya Haji lalu, memang banyak terjadi tanah runtuh; samada di lereng bukit atau di tebing sungai. Ditambah dengan hujan yang boleh dikatakan sepanjang masa, kami menyelusuri banjaran Titiwangsa demi ibu bapa tercinta.




Ini ayah mertuaku. Menjadi hobinya untuk untuk masuk dapur selepas makan untuk mencuci apa-apa yang belum tercuci. Tidak dapat memandang dengan mata kasar, abah melihat dengan mata hati....





Ini mak mertuaku. Darah tinggi naik pula masa raya-raya ni. Mungkin itu sebab nampak tak bermaya dan kurang bercakap. Tapi digagahi juga memasak rendang dan kuah kacang untuk santapan pagi raya. Lemang pula kami bawa dari KL dan Klang.


Cucu-cucu mak yang tinggal di Lipis, rapat dengan mak tapi tak rapat dengan sepupu lain yang tinggal di KL, Shah Alam dan Klang.




Ini 3 biras; Ayu, La dan Mid. Dah bersiap nak balik ke bandar.





Ini 3 bujang lapoknya.. Ateh, Abang dan Acam, si bongsu. Dah namanya adik beradik, bajunya pun macam samaaaa je.. Sesekali berjumpa macam budak-budak, sekalipun dah beranak pinak.





Ni, si haji bakhil nak berangkat pulang. Ponjot di atas tu bukannya bekalan sepanjang jalan, tapi baju-baju tak cuci..





Ini babak paling lucu.. masing-masing menutup kepala dengan apa yang ada sebab hujan dah turun!! .. angkat kain di jemuran!! em em em





Cepat-cepat!! hujan tambah lebat!!



Inilah sahaja cerita raya ni, tak banyak shot gambar sebab tak banyak adegan menarik...

Saturday, December 6, 2008

Selamat Bersunat

Pada 30 Disember 2008, telah berlangsung program khatan beramai-ramai di Taman Dato' Bandar. Seramai sepuluh orang anak-anak TDB dan seratus lebih lagi dari serata Meru telah mengambil bahagian.
Pada hari Sabtu malam Ahad pula diadakan majlis berarak diiringi selawat dan deretan bunga pahar, diikuti dengan khatamul Quran oleh peserta khatan di surau Al-Faizin bersaksikan kaum keluarga dan jiran setempat. Jamuan nasi minyak pula menjadi santapan tetamu.
Sayang sekali tiada visual untuk paparan ini kerana saya berada di Semai Semoi ketika itu (posting dibawah). Namun saya telah menziarah beberapa orang anak-anak ini dan diambil gambar untuk tatapan.

Gambar pertama ini ialah adik Ahmad Fariz Syamin bin Shamsuddin, seminggu selepas bersunat. Nampak sihat dan ceria ketika majlis marhaban diadakan di rumahnya pada 6 Disember. Di belakang kiri ialah ibunya Puan Saidah, nenek saudara dan wak kesayangan, Kak Mon.
Riang kerana dapat main video sepanjang masa 'berpantang', adik Muhd Anuar Hasnizam dikediamannya. Ibunya, Puan Zehan tentu berdoa semoga Nuar akan jadi lebih berani dan macho bila dah sembuh nanti.

Gambar Muhd Haziq Ahmad Rozi di tempat pembaringannya. Berangkut semua kelengkapan tidur ke ruang tamu. Haziq ditemani abangnya, Hazim tidur di situ. Ibunya, Puan Ani berkata Haziq suka makan bubur dengan ikan bilis saja ketika bersunat ni. Tak kisahlah, janji baik.
Satu lagi anak yang saya ziarah tidak dapat diambil gambar kerana ketika itu Along (lupa nama sebenar) sedang menangis kesakitan. Along bertengkar dengan adiknya lalu adiknya menekan 'anunya' menyebabkannya menangis kesakitan. Tak sampai hati la pulak saya nak ambil fotonya.
Inilah antara paparan aktiviti kemasyarakatan TDB pada hujung tahun ini.


Thursday, December 4, 2008

Ronda-ronda Bukit Malawati

Semalam (4 Disember 2008) saya dan anak-anak telah ke Pusat Latihan YBK kerana suatu urusan. Selepas itu kami pun ronda-ronda di Bukit Malawati. Memang dah lama sangat tak ke sana, anak-anak pun tak ingat samada mereka pernah menjejakkan kaki ke tempat bersejarah itu.

Tahniah kepada MPKS kerana telah menjaga peninggalan sejarah ini dengan baik dan cantik sekali.




Ini adalah laluan masuk ke Bukit Malawati (Ayan 'shoot' dari kereta kami yang sedang bergerak). Jalan naik ke puncak tu sempit, dan telah dijadikan laluan sehala.


Pandangan dari puncak bukit menghadap Laut China Selatan. Bukit Malawati merupakan tempat strategik untuk pertahanan ketika peperangan. Sungguh mengasyikkan..

Gambar menunjukkan muara sungai menganjur ke laut. Kelihatan rumah-rumah nelayan Kuala Selangor. Di sana terdapat jeti-jeti tempat turun naik ikan; kalau nak merasa ikan segar dan agak murah, bolehlah ke sana.


'Masyarakat' paling ramai sudah tentulah sang monyet yang sering bergayutan dan berkeliaran. Jangan terkejut jika mereka meminta makanan dari pelawat.



Cuba teka jantan ke betina...

Agaknya berapa ratus tahunkah usia pokok besar ini? Seratus, dua ratus? Sebenarnya banyak pokok-pokok seperti ini di sekitar Bukit Malawati ini. Sekali tengok cantik, dua kali tengok.. serremm..



Faris tersenyum sambil bertenggek di tepi meriam yang menghala ke Laut China Selatan. Sayang, dalam muncung merian tu. tersumbat sampah sarap. Macamana meriam tu nak meletup?

Batu hampar di lereng bukit. Kawasan ini juga agak luas dan bersebelahan dengan tempat parkir, tetapi ia tidak menghala ke laut. Saya rasa pihak MPKS patut mempamerkan sedikit keterangan mengenai setiap monumen tinggalan sejarah yang ada, sebab pelawat mahu tahu mengapa dan cerita disebaliknya kan!


Baitul hilal Bukit Malawati - tempat mencerap anak bulan untuk menentukan tarikh berpuasa dan hari raya. Cantik!


Rumah api, juga di puncak bukit. Saja tak nak 'adjust' gambar. Jadi anda 'adjust' kepala anda.. he he



Papan tanda Makam Diraja Kota Malawati. Saya tak perasan pula ada makan di raja di sini.


Rupa-rupanya di sinilah terletaknya Makam Sultan Selangor pertama - Sultan Salehuddin (1765 - 1770), Sultan kedua, Sultan Ibrahim (1770 - 1826) dan Sultan ketiga, Sultan Muhammad (1826 - 1857). Maknanya tempat ini amat signifikan dari segi sejarah kesultanan negeri Selangor.

Satu garapan seni fotografi ... anak-anak tersayang dengan aksi masing-masing, tapi sebenarnya mereka berdiri di tebing yang amat curam.. kus semangat!!

Foto tambahan diambil dari atas jambatan ke Tanjung Karang, juga ketika kereta sedang bergerak. Boleh tahan juga Ayan jadi tukang gambar ya!


Wednesday, December 3, 2008

Kenangan manis di Semai Semoi

Selama empat hari tiga malam di Pos Betau, Kuala Medang, Raub, Pahang sememangnya meninggalkan kenangan manis. Program sempena kem jati diri bersama siswa siswi UKM diadakan di sebuah dusun buah-buahan di perkampungan orang asli kaum Semai.






Pertama kali bersua dan bermesra dengan kaum orang asli yang peramah dan baik hati terutamanya kanak-kanak amat mengujakan. Nama-nama seperti Sarimi, Shahrul, Zainal, Linda dan Alwira adalah antara belasan anak-anak yang sentiasa memeriahkan kem kami.Program di Kem Semai Semoi ini sedikit sebanyak menambah informasi tentang kehidupan orang asli di situ. Gambar di atas menunjukkan permainan popular mereka yang digelar 'kereta', diperbuat dari batang buluh dan disambung kepada dua biji roda. Ia kelihatan dimainkan oleh anak-anak lelaki kaum itu.





Puas bermain mereka akan bermandi-manda di sungai berdekatan. Biasanya mereka akan berbogel dan memanjat pokok lalu melompat semula ke dalam air dengan girangnya.



Anak-anak ini bersekolah di sekolah orang asli berdekatan dengan rumah mereka. Wajah-wajah comel dan amat sihat ini menggambarkan kehidupan mereka yang serba ringkas dan mudah. Tiada tekanan, tiada jeritan dari ibu mereka menghalang mereka terjun sungai atau bermain lumpur. I mean.. that is their life and they enjoy it.










Ini pula ialah deretan rumah orang asli Semai. Jalan besar tanpa tar di hadapan merupakan laluan utama kampung tersebut yang hanya boleh digunakan oleh pacuan empat roda dan motosikal. Kereta biasa boleh juga tetapi amat 'mencabar' kemahiran pemandunya kerana keadaan jalan yang becak dan tinggi rendah. Kami terpaksa meninggalkan kereta di luar kampung sebelum menaiki 'frontier' ke kem yang terletak di belakang rumah-rumah ini.





Kelihatan dua orang anak kecil kecil sedang bermain-main di beranda rumah mereka.







Mereka terkenal dengan sifat pemalu tetapi mesra. Tengoklah gambar ni, ketika saya hampiri mereka sedang duduk beramai-ramai di pangkin buluh ni, tetapi apabila saya ajak bergambar semuanya lari..

Okay, kita tinggalkan dulu kisah orang asli Semai ini dulu. Kita tengok pula kisah program ini pula. Gambar atas menunjukkan Balai Perindu yang diperbuat dari batang-batang buluh yang dijadikan lantai dan dinding serta tiang dan diikat menggunakan rotan. Bumbungnya pula dibuat dari daun bemban (kalau tak silap). Khemah-khemah di dalamnya itu adalah kepunyaan petugas dan fasi. Al maklumlah, orang bandar masuk kampung, kami sepatutnya tidur saja atas buluh tu, tapi agak terdedah, aurat nak jaga pun susah, lagi pun sang agas sangatlah bermaharajalela. Siang malam kami terpaksa membuat unggun api untuk menghalau agas.



Ini pula khemah para peserta seramai 51 orang. Kanopi di belakang pula, digunakan untuk sebagai ruang solat dan syarahan.



Pemandangan kem dari jalan masuk. Khemah dengan penghadang biru adalah dapur. Di belakang pula sungai yang mengalir. Memang sunyi dari hingar bingar kota, tetapi hening berselang seli dengan bunyian unggas dan aliran sungai.




Inilah dia sungainya. Rakit siap ditambat di pokok untuk memudahkan kami bermandi manda dan bergurau senda.





Aktiviti kolaj sedang diadakan. Ada yang masuk ke hutan mencari bahan.. tak takut ke dik ooi!




LDK sedang berjalan, semua khusuk mendengar kata-kata ketua fasi termasuk juga adik-adik OA kita..





Acara 'explorace' turut diadakan sebagai sebahagian dari modul. Petugas-petugas terdiri dari 'orang kuat' Kuala Medang iaitu En Tarmizi dan En Aziz dibantu oleh belia-belia OA. Gambar di atas menunjukkan acara boling kelapa. Tak senang dan tak susah juga lah... Peserta perempuan pakai baju hujan sebab ketika itu hujan turun.





Ini acara terompah tempurung kelapa sambil membawa sudu berisi pinang. Setiap kumpulan juga dikehendaki membawa 3 biji telur mentah dari awal hingga akhir acara. Jika ada yang pecah, markah akan ditolak.





Acara paling mencabar tapi taklah susah sangat - makan sirih campur pinang dan kampur, sam bil minum kopi o pahit yang menggelegak. Tapi kelakar pulak sebab tukang bancuh kopi diam-diam dah tambah gula, jadi peserta selamba ajalah minum siap mintak tambah lagi!!





Seterusnya peserta dikehendaki meraut daun kelapa untuk dijadikan lidi penyapu. Kalau takde pisau, guna jari pun boleh!!




Hai! beriya-iya menyumpit tapi takde nye kena. Ada anak panah yang tersasar samapi hilang tak dapat jumpa semula.. hebat orang bandar menyumpit. Kumpulan yang gagal mengenai sasaran selepas tiga kali cuba, terpaksa didenda dengan mengisi air dengan span ke dalam botol dari anak sungai belakang rumah OA.




Cek poin akhir, memasak nasi dalam buluh dengan daun lerek. Macamana agaknya rupanya ya..
Telur ayam yang di bawa ke hulu hilir tu pun dimasukkan sama.




Ha inilah dia nasi daun lerek. Dibungkus seperti lepat, bila dah masak jadi macam nasi himpit atau lontong Jawa.



Saat yang ditunggu-tunggu, berendam dalam air sungai selepas tubuh disaluti lumpur ketika explorace. Fuhh.. rasa segar sesegar-segarnya..

Alangkah nikmatnya makan bubur pulut hitam di sisi unggun api buat penghalau agas, berlatarkan sungai yang terlupa nak tanya apa namanya..



Malam kemuncak - BBQ ayam, udang, daging lembu & kambing dll. Tak lupa juga nasi daun lerek tu. Telur ayam pula dimakan dengan nasi lemak keesokkannya.




Wajah-wajah gembira pelajar UKM ber BBQ bersama. Penat beraktiviti lasak dan tidak cukup tidur bukan alasan untuk tidak ceria. Bravo!!



Semalamnya mereka telah menghanyutkan diri di sungai dalam acara 'drifting' dan malam pula ber'night walking' hingga jam 3 pagi. Ada yang tak mandi terus tidur kerana kepenatan. Namun ini saatnya untuk makan dan makan.. he he



Inilah dia fasi cum chef... Cik Fi. Hari kedua meninggalkan memori tak berapa indah apabila balai dari rotan dan buluh hampir menghempap khemah dapur. Maka kami bertempiaran lari.. Ada khemah yang rosak . Jadi, makan tengahari lewat 1 jam... cabaran.. cabaran..

Yang bestnya, kami makan pucuk paku segar dan ulam daun selum tersangat segar dari Kuala Medang. Madam Chef pula sangat efisyen, rempah-rempah utama dah siap dijadikan 'paste' dari KL jadi tak banyak masa digunakan untuk memasak. Tau-tau dah masak.. Air minuman pula datang dari bukit .. segar dan banyakkk tu..







Ini pun chef emergency.. namanya Cik Umi Kalsom. Kelihatan Cik Umi sedang menggoreng cucur kodok untuk minum pagi yang kemudiannya menjadi minum petang. Penceramah terlalu bersemangat menaikkan semangat sehingga tak sedar pagi dah jadi tengahari. Jadi mereka terus makan tengahari tanpa minum pagi.






Selamat tinggal Pos Betau dan sahabat Semai. Walaupun saya diserang sakit mulut dan panas badan kerana kurang minum tapi takpe... ada rezeki kita jumpa lagi!! Adios!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk beriadah atau berprogram di Kem Semai Semoi atau Homestay Kampung Medang sila email saya di hmj_66@yahoo.com