Ads

Thursday, September 25, 2008

Udang masak lemak belimbing

Ini buah belimbing buluh dipetik dari belakang rumah. Fresh and juicy!! Masamnya masyaallah!

Udang kertas dibeli dari kedai belakang rumah.. kira fresh jugalah...
Resepi ni asalnya dari ibu mertuaku. Bahan-bahannya ialah:-

1/2 kilo udang
10-12 biji belimbing buluh
15 biji cili api (ditumbuk)
3 inci kunyit (ditumbuk)
2 batang serai ( dititik)
1 biji kelapa (ambil santan pekat dan cair)
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:-

Udang dipotong mata dan janggutnya (kalau ada misai pun buang sekali)
Belimbing buluh dipotong nipis. Misai pun buang jugak. Kemudian diramas dan dibuang airnya. Siapa yang suka masam tak nak perah pun takpe
Masukkan kesemua udang, belimbing, bahan tumbuk dan serai kedalam periuk yang berisi santan cair. Kalau suka pekat, jangan bubuh banyak santan cair, sebab udang akan mengeluarkan airnya sendiri nanti.
Didihkan atas api yang kecil sambil kacau perlahan-lahan
Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi sehingga masak

Hasilnya, lihatlah sendiri!!


Masakan ni kira faveret saya sekeluarga, kalau mak mertua datang bertandang saya suka mengendeng dia untuk masak udang ni. Tapi makan punya time, mak mertua lalu pun tak nampak.. kah..kah.

Sunday, September 21, 2008

Nur Ramadhan Natrah Abdullah




Kesempitan hidup amat terasa lebih-lebih lagi selepas di halau keluar rumah oleh keluarga suaminya. Natrah, 36 tahun, kemudian tinggal menyewa di Jalan Jabar, Meru bersama suami dan 6 dari 8 orang anak-anaknya yang berusia antara 15 dan 1 setengah tahun.






Selain dari masalah kewangan beliau sering menjadi mangsa pukulan suaminya apatah lagi ketika suaminya mabuk. Susu anak pun tidak mampu dibeli. Dua orang anak kecilnya cuma minum air kosong menggantikan air susu.






Penderitaan dan kesedihan natrah tidak tertanggung lagi. Tiada tempat untuk dia mengadu dan meminta pertolongan. Ibu bapanya pula telah meninggal dunia lama dahulu.






Hidayah Allah meniup hatinya tatkala azan berkumandang dari surau berhampiran rumahnya. Natrah mengadu,"Kenapa Tuhan Allah tidak mahu menolong saya? Mungkinkah kerana saya bukan Islam?". Airmata mengalir dari kelopak matanya. Menangisi nasibnya yang sentiasa dirundung malang. Pertanyaan sebegitu sering bermain difikirannya.






Suatu hari, Natrah nekad. Dia memberitahu suaminya," sekali lagi awak pukul saya, saya akan masuk Islam itu jam juga." Akhirnya Natrah benar-benar mengucap kalimah syahadah berdasarkan keyakinan bahawa tuhan Allah sahaja yang boleh menolongnya. Natrah memeluk Islam bersama 6 orang anak yang ada bersama ketika itu, meninggalkan suaminya yang benar-benar tidak menyangka Natrah akan bertindak sedemikian. Anak kedua Natrah telah berkahwin dan kini sudah mempunyai seorang anak. (Umurnya baru 14 tahun!), dan anak ketiganya tinggal bersama-sama datuknya. Anak-anaknya juga telah diberi nama Islam.






Tiada persediaan spiritual. Tidak tahu solat ataupun puasa. Cuma Natrah tahu tuhan Allah akan membantunya dan menghilangkan penderitaannya dan anak-anak. Ketika ditanya apa perasaannya selepas mengucap kalimah syahada, Natrah menjawab," saya hati banyak happy. Badan jadi ringan. Anak-anak pun suma happy, tak dak sakit hati. Saya cakap suami, sekarang awak tak boleh sentuh saya. Duit tuhan Allah bagi ( sumbangan orang ramai) cuma untuk saya dan anak-anak sebab saya sudah Islam. Kalau awak sentuh saya lagi, saya report tuan Imam."






Suami yang terkejut langsung terkedu. Tidak ada lagi herdikan marah untuk Natrah. Menurut Natrah lagi, suaminya asyik menangis sampai empat hari sebab isteri dan anak masuk Islam. Suaminya sedih sebab dua lagi anak mereka tidak masuk Islam. Mungkin juga Dorai amat terasa 'kehilangan keluarga'. Tetapi bila di tanya bila nak masuk Islam, Dorai berkata,"nantilah dulu, saya ada emak bapak lagi. Saya mau kasi dia tahu dulu. Kalau emak bapak sudah mati tak apa," Namun begitu, menurut Natrah, Dorai juga telah menyatakan keinginan untuk memeluk agama Islam kepadanya.






Saya memujuk lembut," Takpe Dorai, awak boleh masuk Islam pelan-pelan, tapi ingat, awak boleh duduk rumah ini tiga bulan sahaja. Selepas tiga bulan awak tak boleh duduk sini lagi. Jadi saya harap awak fikir baik-baik, ingat anak-anak". Dorai hanya tersenyum dan mengangguk tanda faham maksud saya. Natrah menyampuk," Itu Imam ada cakap, suami boleh duduk ini rumah tapi tak boleh tidur sama saya. Nanti sudah masuk Islam, Imam kasi kawin lagi satu kali, baru boleh tidur sama saya".
Kami bergambar bersama Natrah dan tiga dari lapan orang anaknya





Jelas sekali ikatan kasih sayang selama 16 tahun usia perkahwinan masih utuh. Walaupun menerima tekanan dari kaumnya sehingga memaksa Natrah 'dipindahkan' ke rumah lain oleh pihak JKKK demi keselamatannya, Natrah tidak tunduk. Dia berkata," saya tidak takut. Saya tau, tuhan Allah tengok saya, nanti dia balas. Saya tidak takut hilang kawan India, sebab saya ada ramai kawan Melayu sekarang. Hati saya banyak senang sekarang. Saya mana-mana pergi pakai tudung. Anak saya pun suka pakai tudung. Suami ada cakap, saya punya muka sudah ubah jadi cantik.. saya hidup 19 tahun dulu serupa mati, sekarang saya macam orang hidup.." Memang dalam maknanya ungkapan kata-kata Natrah.






Mudah-mudahan Natrah akan sentiasa dinaungi hidayah Allah swt. Rumah baru yang didiami kini terletak di belakang surau. Kami menasihatinya supaya sentiasa berjamaah di surau dan belajar solat. Saya juga memberi perangsang dengan mengatakan bahawa Natrah hari ini bersih bagaikan bayi yang baru dilahirkan. Tiada dosa seperti saya yang sudah dilahirkan Islam ini. Jadi Natrah perlu belajar agama dan tidak meninggalkan suruhanNya. Insyaallah.






Perasaan saya - Ketika mula-mula melihat wajahnya, Masyaallah, amat bersih dan tenang. Saya peluk dia seolah-olah seperti memeluk adik yang telah terlalu lama tidak ditemui. Gembira kerana Allah telah memilihnya untuk memeluk agamaNya, terharu kerana cabaran mendatang yang belum tentu bagaimana. Semoga Allah menetapkan imannya, dan membukakan hati suaminya untuk kembali bersama sebagai satu keluarga Islam, dunia akhirat. Amin

Friday, September 12, 2008

Berbuka stail mat salleh

Suatu pagi sewaktu bersahur, anak bujang saya Farhan panaskan garlic bread di micro wave, tapi ikut suhu oven.. sampai 15 minit, maka rentunglah garlic bread tu. Sedar-sedar micro wave berasap sampai satu rumah. Jiran ingat ada kebakaran, kecoh jugaklah esok paginya tu..

Tak sampai hati tengok anak nak makan garlic bread tak kesampaian, saya pun rancanglah nak sediakan western food style untuk berbuka pada petang tersebut. Jom tengok apa menunya..
Pertama, tentulah roti bawang putihnya, beli siap di Tesco berhampiran baru seminggu yang lalu.



Kedua, sup cendawan kimball dalam tin yang di masak dengan air untuk dicecah dengan roti bawang putih tadi. Yang berwarna warni pulak ialah campuran salad sayuran dan buah-buahan. Cili bengal hijau, epal hijua dan merah, tomato comel-comel, timun highland dan daun salad hijau dan ungu sikit sebagai pelapik mangkuk salad. Tapi saya tak campur siap-siap dengan dressing sebab anak-anak nanti tak boleh pilih pulak. Sosnya pula saya campur mayonais dengan sos tomato maka jadilah sos seribu pulau, (ha ha thousand island la) tanpa jeruk. Nak makan nanti baru campur atau cecah. (Tiada dalam gambar, dah nak berbuka baru siap buat sos)

Faris tak suka salad, jadi apa saya buat, saya bungkuskan salad dan sos itu dalam daun salad, dan suap dalam mulutnya. Baru dia kata boleh makan... emm nak manja la tu..

Ini pula potato harshbrown yang di goreng secara 'deep fried'. Boleh makan dengan sos cili pun ok jugak.. Harshbrown (tah ape dalam bahasa melayu) ni semua orang suka. Kalau makan masa sarapan pagi, kami suka makan dengan kacang merah.

Sosej ni saya goreng juga. Anak-anak makan begitu sahaja tapi saya campurkan dengan salad tadi.


Inilah rupa menu utama berbuka puasa (yang hitam tu adalah ayam madu baki semalam). Nampak macam tak mengenyangkan berbanding nasi. Tapi tak habis pun..

Ha, yang ni pula pencuci mulut iaitu bubur candil. Dapat idea dari fp rin, tapi saya masukkan santan terus dan tambahkan sagu biji. Untuk lebih 'fun' lagi saya warnakan tepung pulut dengan pewarna merah dan titikkan perisa strawberi. Yang purple tu pula saya masukkan pewarna purple dan perisa keladi. Ish ish.. tak pernah di buat orang. Jadi saya namakan 'bubur candil moden' ok tak?