Ads

Tuesday, March 24, 2009

Ayat-ayat Cinta yang Istimewa


Petikan komentar untuk Novel 'Ayat-ayat Cinta'.



"Hamka kecil telah lahir. Ayat-ayat Cinta, buktinya!" - Prie GS



" Ayat-ayat Cinta adalah novel yang sangat bagus dan lengkap kandungannya. Ini bukan hanya novel sastera dan novel cinta, tapi juga novel politik, novel budaya, novel reliji, novel fiqh, novel etiqa, novel bahasa dan novel dakwah. Sangat bagus untuk dibaca siapa saja."


- Ustaz H Abu Ridho





" Ambillah novel Ayat-ayat Cinta dan masukilah keindahannya, nescaya akan engkau dapati luasnya pengetahuan dan goresan pena yang penuh berkhasiat. Kadangkala ia mengundang airmata, tetapi hujungnya tetap ilmu yang berguna. Kadangkala ia membuat hati kita tergoda, tetapi nafasnya tetaplah ajakan untuk kembali pada agama yang mulia. Ajakan yang lembut dan penuh makna. Kalaulah tidak ditulis dengan kehalusan ilmu yang kuat, tentulah ia akan menjadi tempelan-tempelan ayat yang membuat penat."


- Inspiring Words for Writers





Ungkapan komentar di atas tadi ku baca satu persatu seiring komentar lainnya. Tidak ketinggalan juga prolog dari Hadi Susanto. Ya, memang benar dan tepat sekali.



Aku jarang sekali membaca novel kerana ia akan mengambil waktu yang lama untuk menghabiskannya. Namun aku tidak boleh menahan diri setelah menonton filem Ayat-ayat Cinta; dan ada yang mengatakan bahawa novel berkenaan adalah jauh lebih baik dari adaptasi filemnya. Novel ini juga menjadi lebih mudah dibaca kerana ia telah diubahsuai ke dalam bahasa Melayu.

Memang benar, novel ini seolah-olah satu tazkirah panjang yang digarap dengan teladan melalui cerita tersendiri. Lengkap dengan rujukan buku-buku. Paling menarik bagiku ialah tutur kata dalam bahasa Arab dan Jerman yang kemudian diterjemahkan di bawah. Nampak jujur dan tulus sekali penulis ini. Buku ini sesuai sekali dijadikan hadiah kepada sesiapa saja terutama kepada orang-orang muda.

Sebagai contoh, aku tuliskan di sini saat-saat ketika Fahri dipertemukan dengan bakal isterinya.
" Ini adalah majlis taaruf untuk dua orang yang sedang berniat untuk melangsungkan pernikahan. Menurut ajaran Nabi, seorang pemuda boleh melihat wajah perempuan yang hendak dinikahinya. Untuk melihat daya tarik dan menyejukkan hati. Maka lebih baiknya, anakku Aisha membuka purdahnya. Meskipun Fahri sudah melihat wajahmu melalui gambarnya. Tetapi dia harus melihat yang asli sebelum melangsungkan akad nikah. Bukankah begitu Ummu Amena?" Kata-kata Ummu Fathi ini membuat jantungku berdesir. Sebentar lagi Aisha akan menanggalkan purdahnya, dan aku... Masya Allah... aku akan melihat wajah calon isteriku.
Aku memandang Aisha. Dia memandangku lalu menundukkan kepalanya. Kelihatannya dia sangat malu dan serba salah.
"Aisha, bukalah purdahmu! Calon suamimu berhak melihat wajahmu sebenar," desak Sarah, makciknya.
Sambil mendekap Hasan aku menyaksikan tangan kanan Aisha perlahan-lahan membuka purdahnya. Ada hawa sejuk mengalir dari atas. Masuk ke ubun-ubun kepalaku dan menyebar ke seluruh saraf tubuhku. Wajah Aisha perlahan terbuka. Dan wajah putih bersih menunduk tepat di depanku. Subhanallah.

Yang ada di depanku ini bidadari ataukah manusia biasa. Maha Suci Allah, Yang menciptakan wajah seindah itu. Jika seluruh pemahat paling hebat di seluruh dunia bersatu untuk mengukir wajah seindah itu tak akan mampu. Pelukis paling hebat pun tak akan dapat menciptakan lukisan dari imaginasinya seindah wajah Aisha. Keindahan wajah Aisha adalah karya seni Maha Agung dari Dia Yang Maha Kuasa. Aku benar-benar merasakan saat-saat istimewa. Saat-saat untuk pertama kali melihat wajah Aisha.

Nah, hebatkan! Jadi, saya cadangkan anda carilah buku ini dan bacalah..

Jalan-jalan Tengok Air Terjun Chamang

Di perjalanan pulang dari Kuala Medang tempoh hari, kami singgah ke Air Terjun Chamang, tidak jauh dari Bandar Bentong. Tau tak, suami saya (orang Lipis) pun tak pernah menjejakkan kaki ke sana walaupun sering melalui jalan Bentong - Raub setiap kali balik kampung.


Inilah rupa tengah-tengah bandar Bentong. Sebaris kedai terlindung mentari dan sebaris lagi terik dipancar sinarnya.

Lihat betul-betul, ada jaluran pelangi membelah awan.


Silau mentari panas menjadikan sekelilingnya kelam.




Tidak jauh dari jalan masuk ke air terjun terdapat satu tokong Buddha. Jarak perjalanan dari jalan besar ke air terjun kira-kira 6 km.





Papan tanda Air Terjun Chamang di tepi laluan berliku menggamit keghairahan pengunjung. Paling menarik, kita boleh memandu terus ke kaki air terjun. Tidak perlu berjalan jauh ke dalam seperti setengah-setengah tempat perkelahan lain.






Di sebelah kiri, deretan pokok buluh di lereng bukit bukau menemani perjalanan. Nun di bawah sana, seperti ada anak sungai mengalir.






Dah sampai !! Inilah dia Air Terjun Chamang. Gambar diambil tidak jauh dari tempat letak kereta.


Air memang deras walaupun ketika cuaca panas begini. Tidak ada yang mandi manda di bahagian atas air terjun.




Leka sungguh mereka melihat air deras yang turun laju, sehingga tidak sedar saya curi ambil gambar.




Memang mengasyikkan menikmati pemandangan air sungai. Faris sibuk nak main air tapi abah tak benarkan. Mana ada baju ekstra.. lagipun abah kata air deras sangat.




Tak dapat mandi, tengok orang mandi pun ok jugakkan!! Saya rasa tempat ini tidak terlalu sesak dengan pengunjung, tidak seperti Sungai Congkak atau pantai-pantai.
Tengok budak pakai tuala tu, sedang menunggu nak makan ais krim selepas kesejukan main air. Ada seorang lagi budak perempuan, tapi setiap kali saya nak 'shoot' dia menyorok di belakang motor ais krim tu...
Apa lagi kami pun makan aiskrim la.. Gerai-gerai menjual makanan panas pun ada juga. Lepas tu kami minum dan kongsi makan mee goreng dan maggi goreng. Saja suka-suka, sebenarnya masih kenyang lepas makan tempat orang kahwin tadi..
Selepas itu, kami menaiki jambatan gantung untuk menyeberangi sungai.




Lihatlah pemandangan dari atas jambatan gantung ini. Cukup indah sekali!!



Satu lagi coretan alam!!


Perasan tak ada orang jemur seluar dalam atas batu. Saya pun kecohlah nak 'shoot'. Tiba-tiba cik abang kata," Eh, tuan punya spender tu tengoklah!". Alamak, saya buat muka 10 senlah. Nasib baik pakai sunglasses.



Bagus betul pihak pengurusan ni. Antara yang ditulis - Tidak boleh mengambil apa-apa kecuali gambar dan tidak boleh meningglkan apa-apa kecuali kesan tapak kaki. Oh, sebab tulah tempat bersih...


Mendongak ke awan Chamang, pun cantik jugak.


Bunga-bungaan ini berwarna putih dan besar saiznya, tapi saya tak pernah melihatnya sebelum ini. Mungkin bunga hutan..


Air Terjun Chamang kami tinggalkan dengan catatan indah di ingatan. Lain kali kami datang lagi ya... dan kami akan mandi sepuas-puasnya!!




Saturday, March 21, 2009

Jalan-jalan Tengok Pengantin di Kuala Medang

Sabtu, 21hb mac 2009, saya dan anak-anak mengikuti suami ke Kampung Kuala Medang, Raub, Pahang untuk menghadiri majlis persandingan stafnya; Norazilah bt Hj Ismail dan Rosdan bin Hj Baharom.
Perjalanan ke Kampung Kuala Medang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Kuala Lumpur. Kami bertolak kira-kira jam 10.15 pagi dan tiba di sana hampir 1.30 tengahari. Namun perjalanan sejauh itu, langsung tidak menjemukan. Kami leka menyaksikan keindahan bumi hijau dan langit luas ciptaan Yang Maha Esa.
Jarak 60 km dari bandar Raub diiringi oleh perkampungan tradisi Melayu, ladang Felda Sungai Koyan dan hutan tropika.


Pekan Sungai Koyan 1 menggamit pemandu untuk singgah melepas lelah.



Papan tanda 'Homestay Kuala Medang' mudah dilihat di sepanjang perjalanan. Ya, memang Kuala Medang terkenal dengan eko-pelancongannya. Papan tanda di dalam gambar atas terletak di Felda Sungai Koyan, berhampiran masjid dan balai polis.



Jalan masuk menuju ke Kuala Medang yang sunyi dan nyaman. Hanya sesekali berselisih dengan kenderaan lain.



Dah hampir ke rumah pengantin. Biasalah, saya yang jadi pemandu arah. Bila skala jarak dalam kad jemputan kurang tepat (mengikut andaianlah), mulalah menggelabah, nak terus ke, pusing balik ke...



Kawasan berbukit bukau Kuala Medang memang cantik. Ini simpang masuk ke rumah pengantin. Ronda-ronda di kawasan perumahan pengantin (sebenarnya sesat...) akhirnya kami bertemu jua rumah yang dihajati.


Farah bergaya sakan di lorong masuk rumah pengantin. Sungguh hijau dan nyaman sekali. Jauh dari kebisingan kota dan pencemaran udara. Terdapat beberapa pokok kekabu di kawasan itu, kelihatan memutih di sana sini.


Di halaman rumah pengantin, khemah siap menanti ketibaan tetamu.

Para tetamu dan penanggah berbual-bual dan bergurau senda menambah lagi kemeriahan majlis.


Bertambah-tambah meriah dengan nyanyian merdu jejaka-jejaka Kuala Medang. Sambil menyanyi mereka saling mengusik.



Bab makan pun istimewa juga ni. Nasi minyak dan nasi putih berlaukkan dua jenis masakan daging lembu. Kalau tak silap masak gulai dan rendang. Kerabu pucuk paku segar pun ada. Sejenis masakan pucuk ubi dan terung putat dicampur bunga kantan pun dihidang sama. Saya tak pernah tengok masakan ni, itulah kan.. kenalah banyak berjalan kalau nak rasa masakan orang.


Ulam-ulaman dan sambal belacan pun ada jugak. Makin lajulah Farhan makan.. Acar timun mentah dan acar buah pun tak ketinggalan.


Ni tengah suap Faris bubur pulut hitam. Boleh tahan sedapnya.


Ole-ole dari pengantin baru. Didalam beg comel tertera gambar pengantin tu ada dodol, kalendar kecil dihiasi gambar pengantin dan rama-rama hiasan yang cantik.

Bunga telur berwarna hijua untuk dijinjing pulang.

Sebelum berangkat pulang, tak lepaskan peluang berfoto di halaman. Sebelum tu, kami bergambar ramai di pelamin bersama-sama mempelai tapi tak teringat nak ambil sendiri. Rugi betul..



Inilah satu-satunya gambar pengantin yang diambil. Selamat Pengantin Baru Zila dan Rosdan. Semoga berbahagia dunia akhirat.


Thursday, March 19, 2009

Upin oh Ipin

Dah tengok Geng Upin & Ipin - Pengembaraan Bermula? Ha! Tak tengok lagi, hi.. rugi.. rugi. Apa? Dah tengok lima kali!.. Melampau ni.. tak bagi can orang lain la pulak!.


Dengar ni! Kita orang semalam (18 Mac 2009) pergi tengok Upin di TGV Bukit Raja. Seramai 18 orang telah menggempur panggung. Semua Upin punya pasal. Ada yang dah bertahun tak tengok wayang, pun 'tewas' juga kali ini. Nak tau sapa yang berombongan Cik Kiah dari Taman Dato Bandar ni... siapa lagi saya la dan Faris dan Farah, emak saya, Ruzzi dan 3 anak, Kak Idah dan 3 anak, Cik Nah dan 2 anak serta Jah dan 2 anak. Semuanya ahli marhaban yang baru menang hari itu. Konon-konon dapat duit hadiah ni, nak enjoy tengok Upin la!!
Kami pergi menaiki 3 kereta. Dah buat tele-tempahan tiket untuk 12 orang dan bakinya kami beli di kaunter untuk pertunjukan pukul 11.30 pagi.






Baru lepas beli tiket, tu yang Faris pegang. Faris dan Farah dah tengok 2 kali. Ibu yang tak tengok lagi. Jadi bila ibu nak tengok apa lagi, mereka pun tak nak tinggallah.



Ruzzi dan anak-anak, Hakim, Haziq dan Zira, sedang beli jajan.. Zira minat habis dengan Upin tu, setiap kali nampak gambar atau T shirt Upin, alamat nangis mintak satu!Mira anak Cik Wahab memeluk pop corn dengan eratnya.. Bagi Cik Mid sikit boleh?Si kecik ni pun minat sangat dengan Upin.


Tiga jejaka beraksi di hadapan poster sambil menanti waktu masuk ke pawagam. Kecoh pawagam dengan karenah rombongan kami.
Jam 11.20 pagi, kami berbondong-bondong masuk di ketuai oleh Angah Diana. Pening staf TGV nak mengira jumlah manusianya, kerana Angah bagi kesemua 18 tiket sekali. Kami duduk di bahagian tengah (1 barisan setengah).
Ketika panggung dah gelap, saya lihat ada seorang ibu bersama 3 orang anak sedang mencari tempat duduk di bawah, mengisi 4 tempat duduk terakhir. Saya bisik pada Farah," Itu mesti last minute beli tiket punya kes.." Farah jawab," Bu, tu macam Mak Ngah aje!". Memang pun, Acik datang bawa anak-anak. Bila saya dekati, Acik kata anak-anaknya dapat tahu yang kami menonton Upin, terus dia 'paksa' Acik ikut sekali. Jadi keseluruhan Geng kami ialah 22 orang.. Ooh..hebat penangan Upin!
Filem ini mengisahkan bagaimana Geng Upin mengembara secara tak sengaja ke dunia lain kerana cuba menyelamatkan binatang pelik bernama 'Oopet' yang sangat comel. Berbagai kejadian kelakar, seram dan sedih di sepanjang cerita. Jalan cerita yang segar dan mudah memang mengundang gelak tawa kami dari awal hingga akhir. Memang sesuai sangat untuk seisi keluarga menyaksikannya. Satu kejayaan besar untuk anak-anak muda Las Copaque yang mencipta Upin dan Ipin ini. Saya amat berbangga!!


Wajah-wajah selepas keluar dari pawagam. Anak-anak lain dah bertempiaran mengembara ke Jusco pulak!!
Sebelum kami pun ikut 'mengembara', kena isi perut dulu. Jam dah pukul 1.30 petang. Lepas tu kami ronda-ronda sekejap dan tiba di rumah kira-kira jam 3.30 petang.

Monday, March 16, 2009

Marhaban Ya Marhaban

Kumpulan marhaban Helwa Taman Dato Bandar telah dipelawa menyertai pertandingan marhaban peringkat Kampung Meru sempena Karnival Maulidurrasul pada 14 Mac 2009.
Seramai 9 orang ahli marhaban termasuk saya telah bersetuju untuk 'menyumbangkan' suara kami.
Biasalah orang perempuan, berlatih belum 'fasih' tapi sibuk dengan bajulah.. tudunglah.. selendanglah.. Heh.. susah nak cari 9 helai yang serupa dan murah!!

Ni tengah sibuk 'shopping' la ni. Semua dah bersetuju nak pakai jubah hitam, tudung biru hitam dan selendang biru. Saya, Zi dan mak pun pergilah ke Kompleks PKNS Shah Alam, untuk mencari mana yang berkenan dan boleh membuatkan kami nampak 10 tahun lebih muda..kih..kih

Jubah saiz 38 ni dibeli oleh Zi. Saya punya saiz 44 takde. Rupanya susah untuk orang berbadan kecil macam Zi nak beli baju ya. Saiz memanjang takde...


Ini pulak setelah ketibaan di perkarangan Masjid Assyarif Meru. Masing-masing saling mencantikkan diri kawan-kawan.


Dari kiri Ani, Enon, Cik Nah dan Zehan bersiap sedia nak menunjukkan bakat terpendam.



Ibundaku tercinta bergaya macam mak Datin. Dah tak sabar-sabar nak masuk masjid, tapi dia kata takde orang lagi.


Ini sayalah.. vokalis tersohor TDB.. perasan..


Wajah-wajah saspen menunggu masa untuk bermarhaban. Zehan dan Enon dah demam-demam. Ani sampai hilang suara ... Tapi takpe.. itulah cubaan untuk orang yang nak menang.. he he. Eh... mana pergi kumpulan lain.. tak nampak bayang pun.


Tazkirah oleh Ustazah Laila ketika menunggu ahli panel Hiwar tiba di masjid. Ustazah ni menekankan kebaikan berbekam mengikut sunnah Nabi saw untuk membuang darah kotor dari tubuh. Dia juga berkata bahawa Allah beri kelebihan kepada orang perempuan yang boleh membuang darah kotor secara semula jadi melalui haid.


Panel pertama tak datang kerana kereta rosak. Akhirnya hanya Ustazah ni sahaja berceramah.(Ampun, terlupa nama). Disisinya ialah Ustazah Shimah sebagai moderator, (junior sekolahku). Ceramah berkisara pada kehidupan Nabi Muhammad saw.




Dan tibalah masanya, persembahan marhaban dari kumpulan kami. Dimulai dengan salam.. Rasa-rasa macam nampak suami Enon datang dan ambil video kami...



Selepas itu semua orang duduk. Saya membaca rawi. Ruzzi pegang mikrofon. Apasal selendang Enon tu lain macam je.. Hish tak ikut arahan betullah dia ni..


Tamat rawi, masing-masing berdiri diikuti dengan muslimah yang hadir. Kami pun bermarhabanlah..Sollah alaikallah.. masa diambil lebih kurang 18 minit.

Diakhiri dengan selawat, olahan kami sendiri. Gaya direka oleh Ruzzi. Memang dialah yang paling sibuk pun sepanjang latihan. Tamat giliran, kami diminta pihak penganjur untuk memimpin selawat beramai-ramai dengan hadirin. Apalagi, kami pun bertambah-tambah semangatlah. Dua nazam selawat kami dendangkan.
Kemudian kami juga diminta bersalawat lagi ketika penutup majlis. Semua orang bersalaman dan ada yang kagum dengan persembahan kami. Ada yang minta kami ajar mereka dan ada yang tanya kenapa tak buat album... Fuhh..lagilah kami perasan menang!!


Kak Ida dan Cik Nah siap berposing di tengah panas.. tunggu Mat Arab lalu kot..

Tamat majlis kami pun berjalan-jalan di gerai-gerai jualan di kawasan masjid. Orang tak berapa ramai lagi masa itu. Kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan pun ada. Sebelah malam ada Forum Perdana dan salah seorang ahli panelnya ialah Ustaz Kamal Ashaari.
Nampak tu, masing-masing sibuk memegang dan melihat jualan. Teringat ketika di Mekah, selepas umrah, masing-masing 'tawaf kedai' pulak.



Eh! Zira.. pun datangya. Malam tu terus demam panas.. kesian dia, tu la, penat ikut ummi berlatih ya..


Menang tak????
Oleh kerana hanya satu pasukan yang bertanding, dengan ini Kumpulan Marhaban Helwa Taman Dato Bandar diisytiharkan menang tanpa bertanding!!
He.. he.. jangan marah!!