Ads

Monday, April 27, 2009

Che Mid dah sihat

Assalamualaikum

Salam pada semua sahabat siber. Alhamdulillah, Che Mid dah semakin sihat dari sehari ke sehari. Cuma telinga kiri ada rasa seolah-olah ada benda di dalamnya, dan leher macam 'teleng-teleng' sikit. Sehari dua ni, rasa nak pekena urut satu badan, baru betul-betul sihat kut.
Terima kasih juga pada rakan dan saudara mara yang datang berziarah dan mendoakan kesihatan Che Mid. Terasa benar kesembuhan ini begitu cepat berkat doa anda semua.
Hari ini dengan rasminya Che Mid mula memandu semula, menggunakan kereta suami yang ditinggalkannya kerana 'out station' ke Gurun. Alhamdulillah, takde pulak rasa takut atau trauma apabila melalui tempat kemalangan. Kereta sendiri masih di 'icu'. Mungkin sebulan lagi baru siap..
Nantikan posting terbaru Che Mid sekejap lagi ya.. Tunggu!!!

1 comment:

Rinnchan said...

Heh Heh heh....lepas ni tok sah "merempit" lagi naaaaa..... bawak keta elok2 !!!!