Ads

Saturday, May 8, 2010

Majlis Tahnik / Belah Mulut Deeja dan Ian 2

PROGRAM AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL CUCU ATOK JAMIL
PADA HARI SABTU, 1 MEI 2010
DI RUMAH ATOK



Sebelum Che Mid teruskan dengan entri kali ni, Che Mid nak rakamkan setinggi terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan sedara mara yang rewang pada kenduri Deeja tempohari. Tanpa anda semua majlis itu takkan jadi meriah dan happening.

Asal mulanya Che Mid dan adik Ain (ibu Ian) cadang nak aqiqahkan anak kami sama-sama, tapi Nana dan adik Lina pun nak tumpang kekah sekali. Maka sepakatlah kami kekahkan seekor lembu ( 7 bahagian untuk 3 lelaki dan 1 perempuan). Yang perempuan tu Deeja la. Buat kenduri pulak di rumah abah Che Mid.

Yang musykilnya, sape nak makan SEEKOR LEMBU TU??? Mana taknya,  Maka Che Mid pun sibuklah menjemput sedara mara dan sahabat taulan, jauh dekat untuk meraikan majlis. Akhirnya majlis aqiqah deeja dah jadi macam kenduri kawin la pulak...

Alhamdulillah, muafakat membawa berkat, selain lembu aqiqah yang bernilai RM2700, kami adik beradik pakat sponsor itu ini. Belanja yang besar pun tak berapa terasa bila dikongsi bersama.


Inilah rupanya 'pelamin' Deeja dan Ian. Idea asal Che Mid cuma buatkan kain lace untuk menutup 'buai kecik' baby tu je, tapi adik Nor yang kreatif tu telah mencantikkan lagi sampai jadi pelamin. Terima kasih Mak Uda Nor! Che Mid gelarkan konsep ni tradisional kontemporari.




Deeja dan Ian 'bersanding' di pelamin. Agaknya kalau orang dulu-dulu, mungkin dah tunangkan sekali kut.. Yang pompuan tak de rambut, yang boboy je berjambul-jambul dan tegak-tegak rambutnya.


Cantikkan lapik enjut ( tak tau apa ke nama benda ni) Deeja. Warna ping dihiasi dengan renda dan riben merah dan putih berbentuk rama-rama. Ian punya pulak warna biru pun ditabur dengan pin berbentuk rama-rama jugak.


 

Baju Deeja yang dipinjamkan dari Cik Adik Lina sepatutnya dipakai untuk acara siang. Deeja cuma pakai tak sampai 15 minit je. Tak lama lepas tu, dia nangis kepanasan.. terpaksalah pakai baju 'standby' je.

Deeja dah mula mengantuk di pelamin. Dia memang gud gel hari tu. Tak meragam langsung walaupun panas dikerumun peminat dan di 'pas' sana 'pas' sini. Che Mid pun kadang-kadang tak tau sapa yang pegang Deeja. Kejap-kejap tanya, " mana anak aku?".

 

Satu-satunya gambar keluarga yang sempat diambil sejurus sebelum marhaban bermula. Faris berpeluh sakan sebab baru balik dari kedai cari buah nenas untuk bahan rojak buah. Lepas tu, kami berpecah dengan tugas masing-masing. Abah sambut tetamu, ibu jaga Deeja sambil sambut tetamu, Ayan dan Farah ambil gambar dan Faris jadi penanggah dengan kengkawannya. Cuaca memang panas walaupun sesekali mendung dan gerimis.


Kumpulan marhaban Taman Dato Bandar diketuai oleh Ustazah Rosni memulakan majlis dengan bacaan tahlil.


Ibu dan Deeja. Tudung Ibu dah tak betul sebab basah dengan peluh... uh... panas betul kat luar tu.


'Pengantin cilik' dengan ibu masing-masing



Ain sedang memberi ucapan pembuka majlis. Dia pakai baju masa bertunang dulu... ish.. masih boleh pakai lagi, biarpun dah ada dua anak!!


Kedua-dua budak kecik ni lena masa majlis tahlil. Tapi Ian dah dikejut sebab acara belah mulut/ tahnik dah nak mula. Tu tengah marah la.. sedap-sedap tidur kena bangun pulak. Si Deeja pulak, tidur sampai nampak spender.. ish.. apa punya anak dare ni, tak malu lah..


 Dalam keluarga Che Mid, tak pernah kami buat majlis tahnik kalau ada baby lahir. Jadi kali ni Che Mid cubalah. Caranya ialah panggil orang alim untuk menyuapkan buah korma atau manisan ke mulut baby sambil dibacakan doa. Tapi untuk Deeja, ustazah yang Che Mid nak, tak dapat hadir jadi Che Mid mintak onyang Deeja untuk suapkan kurma dan Che Mid sendiri baca doanya yang telah disediakan oleh Ustazah Laila.

Onyang hajjah Fatimah sedang melenyek sedikit kurma sebelum disuapkan.



Fes taim Ian merasa makanan. Afdhalnya acara tahnik, memberi nama bayi dan aqiqah ini ialah pada hari ke 7 selepas kelahiran, tapi ini dah hari ke 3 bulan... takpelah kan.. janji buat..


Onyang tengah suapkan air zam-zam tiga kali. Tengok hidung Ian, Ain kata hari-hari dia tarik hidung anaknya tu biar tinggi...



Ala.. ala.. cayang busyuk onyang. Bayangkan beza umurnya. Onyang dah 96 tahun dan cicitnya baru 3 bulan.


Giliran Deeja pulak. Muka Deeja dah saspen.. apa benda onyang nak bagi aku ni..


Sedapnya air zam-zam, nak lagi!!. Onyang pernah cakap pada Deeja, "Sempat tak Onyang tengok Deeja besar?" Alahai.. sedih Che Mid dengar. Onyang suka panggil Deeja "Bulat oh.. bulat"

Ok, sampai sini dulu ya. Dah pukul 2 pagi ni. Lepas ni nantikan gambar-gambar lain pulak.



7 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Omboih.Menyambut pasey deme weh...

indahhouse said...

salam che mid,
Selamat hari ibu,kak. Cantik gaun deeja tu. meriah majlisnya kak. tahniah ya.

SUE ALAN said...

Salam, tak de rezeki I kali ni ya Mid, but anyway you look so sweet and lovely.

Nora Asfa said...

Salam Che Mid,

Cantiknya & So meriah... Tahniah!!

Dah lama rupanya Midah berblogging ya.. Nice blog!

che mid said...

T kasih untuk komen anda semua, ni tengah berperang dengan masa untuk kontiniu entri pasal deeja lagi. Jangan jemu baca ya!!

che mid said...

Indahouse - baju tu ada 2 pasang, dipinjamkan oleh Cik Adiknya. Baju anaknya dulu. Majlis siang, tak sempat pakai sebab panas sangat, deeja merengek. Tapi gaun malam tu, elok aje dia pakai.

che mid said...

Sue- hari tu you pesan upload gambar deeja banyak2, tapi gambar mid pulak yang you puji... hai... terasa mudah 10 tahun pulak..