Ads

Wednesday, December 15, 2010

"Homestay Mak Ngah"

Check in          :   11 Disember 2010 (9.15 malam, selepas tersesat ke sana ke mari)
Check out        :   13 Disember 2010 (12 tengahari)
Jumlah peserta  :   8 orang (dua orang suami isteri, 2 anak dara dan 4 bujang)
Bayaran            :   Percuma (kroni punya pasal)

Ketibaan tetamu (sebenarnya Alang dan famili) ke homestay mak ngah disambut meriah walaupun tanpa bunga manggar atau paluan kompang. Nampak sangat mereka ni kepenatan setelah seharian menghadiri majlis perkahwinan saudara di Kepala Batas dan Sungao Petani.

Anak-anak dara ditempatkan di bilik Farah, yang teruna berkongsi bilik dengan Faris manakala Alang dan Joe di bilik ke empat. Mereka dah pun makan malam di rumah pengantin, jadi selepas mandi, Che Mid hidangkan air teh o panas / oren ais dan kudapan. Kami berborak dan bergurau senda sampai lewat malam. Deeja yang jadi 'mangsa buli' sepupu sepapat bagaikan 'kancilen', langsung tak mau tidur walaupun jam dah 2 pagi. Masih lagi merangkak ke sana sini.. hai.. tak pernah-pernah Deeja macam tu..

 
Sarapan pagi esoknya, Chef Mid dah siapkan dua jenis mihun goreng - mihun Singapura dan mihun mesia. Bukannya jeneres sangat, tapi sebab kuali baru tu kecik sangat.. (kuali besar masih di Klang) jadi kenalah masak 2 kali. Saja-saja tukar kale mihun tu.. Ada jugak ubi rebus bergula dan sosej bersos cili dan mayo. Roti bakar pun ada jugak..

 
Kami cuma ada meja makan berkerusi empat, jadi terpaksa bersarapan atas lantai di ruang tamu yang macam padang bola tu.

Tengahari, Chef Mid tak payah masak tengahari sebab Alang & co pergi ikut rombongan pengantin bertandang. Hai.. selamat ... tak payah keluar belanja makan tengahari he he..

Balik saja dari rumah kenduri, kami bawa mereka berjalan-jalan ke Sik. Kan homestay kan.. kenalah tunjuk kawasan sekitar. Perjalanan kira-kira 50 minit dari SP ke Sik.
Alang dan hubby naik kereta kami. Tengok tu.. Adeeb berkeras nak duduk dengan Deeja dalam bakul.
Mula-mula bukan main boraknya... tanya tu tanya ni. Tak lama lepas tu... lelap...
Mula-mula kami berhenti di sekolah pondok Tuan Guru Haji Salleh. Sebenarnya Faris dan sepupunya sebelah Che Mid; Adam dan Ashman, belajar di situ sempena cuti sekolah ni. Faris bawak mihun goreng lebih pagi tadi. Kipas meja tu untuk menggantikan kipas Ashman yang dah rosak.
Ini dewan solat dan dewan kuliah. Che Mid tengok tempat ni ok. Faris yang mula-mula macam relakten pun nampak heppi je kat situ. Tapi untuk perempuan, hanya boleh hadir bersama suami. Jadi takde pelajar perempuan kat situ kecuali orang-orang tua.
Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa, Kampung Seberang Pekan Sik adalah antara puluhan sekolah pondok yang ada di Sik.
Ini pulak deretan pondok atau asrama pelajar. Ada bangunan baru dan lama. Tempat memasak berasingan disediakan juga. Air minuman boleh didapati dari air bukit di situ jugak. Tapi Faris kata, pondoknya terletak sebelah pondok tok. Jadik tok tu selalu hantaq ayaq kupi atau milo.. syoq la bebudak tu..

 
Ini tempat mandi di lereng bukit. Ada kolam dan ikan berenang-renang sambil bebudak tu mandi. Mesti sejuk gile..
Selepas tu, kami ke Tasik Beris, Sik kira-kira 20 minit dari sekolah pondok tadi. Masa tu dah hampir maghrib, jadi kami tak bolehlah nak jalan lagi jauh. Atas sikit lagi, ada D Puncak Lake Resort.. ha..lagi banyak tasik-tasik boleh kita tengok. Boleh makan-makan jua. Tapi hari dah nak gelap terpaksa batalkan hasrat tu. Tauke homestay ni tak reti atur program ke...









Apa pun Alang dan anak-anak nampak enjoy.. walaupun ada yang mengadu lapaq kedengaq!
Masing-masing pakai baju sedondon je..


We are so starving.. we can eat an elephant!!  Apalah Che Mid bebel kat weter tu.. oder je la cepat..

Akhirnya kami dapat membaham nasi putih berlaukkan siakap stim dan masam manis, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam bercili, telur dadar dan keropok. Air limau bubuh dalam jag. Sate 60 cucuk!! HABEH LICIN!! Deeja dapat roti bakar fri of caj lepas dia main mata kat abang weter tu!!

Jangan serik tau.. lain kali datang lagi ok. Ajak Mak Teh, Mak Cu dan sepupu sepapat yang tengah jeles bila baca entri ni.

Deeja merengek nak ikut Mak Lang balik Shah Alam. Dia tak nak keluar kereta bila Mak Lang acah-acah nak bawak dia, tapi dia pelik kenapa ibu tak ikut masuk sekali..

Itulah kumpulan pertama yang datang ke homestay mak ngah. Dengarnya minggu depan ada orang Meru nak tempah.. kita tunggu!!

6 comments:

Rahayu said...

Aduss.... bestnya...tunggu Mak Chu sefamily lak yer

indahhouse said...

Salam che mid,
Datang baca enty yg tertinggal. makin comel Deeja. :)
Alhamdulillah, sesi perpindahan dah selesai. Tentu lega hati. jauh tu, drive MPV, che mid :))
Home stay tu nampak bagus. My MIL suka bila lihat pondok, tapi sayangnya kelas utk perempuan takde.
Moga2 che mid sekeluarga gembira di tempat baru. Che Mid mesti peramah orangnya, mesti cepat dapat kawan baru. :))

Che Mid said...

Memang che mid peramah indah, masalahnya takde jiran yang nak disapa.. he he. Yang ada tu jauh-jauh.. setakat ni masih senyum-senyum je..

Che Mid said...

Ayu - Nanti makchu datang kita pegi tengok ladang anggur ya!!

Lina Rahim said...

Kak Mid pakai camera apa ye tangkap gambar..? cantik betul gambar-gambar kat blog akak..tapi sure la DSLR kan..

Che Mid said...

Lina- Kedua-duanya. Kebanyakan gambar guna digital camera biasa je. Contohnya, gambar header kat atas tu pakai digital biasa. Tapi ada juga guna DSLR. Ni tengah susah hati ni, sebab dig camera akak dah mula buat hal.. tunggu beday present lama lagi hi hi